Powered By Blogger

28 Disember 2020

Warna Warni Hidup 2020.

 

Alhamdulilah lagi a few days kita nak ucapkan selamat tinggal 2020. Tahun ini memang tahun yang sangat tak disangka2 akan berlaku, siapa jangka sejak dari 18/3/2020, bila kena PKP satu negara. Mostly boleh katakan 1 dunia buat benda yang sama. Allah uji 1 dunia yang sebelum ni terlalu leka. Sebabkan virus yang kita tak pernah Nampak dengan mata kasar boleh datangkan maut.

Aku kena bersyukur, dalam berjuta-juta manusia yang di jangkiti, aku & family masih lagi dilindungi Allah sehingga kini. Cuma this year memang banyak kali aku masuk hospital. Bkn sebab covid tapi anxiety & panic attack.

Sampai sekarang aku tak percaya yang aku pernah ke klinik psikiatri, merasa lah kena makan ubat penanang. Sebenarnya aku pun tak tahu aku kena panic attack, sebab tanda2 dia lebih kurang sama macam kena SVT, palpitation heart beat terlalu tinggi. Cuma kali ini aku rasa macam resah, gelisah, rasa macam kejap lagi aku ,mati ni. For 2 weeks aku ulang alik ke serdang hospital cari punca, Cuma bila check ecg normal, tekanan darah normal, xray normal. Sampai sekarang feeling dia tak hilang, cuma aku selalu buat tak tahu bila rasa tak normal tu datang. Macam-macam cara Zakwan nak bagi aku selesa. Aku berbekam, berurut,  buat rawatan syifa & merasa la ke kaunseling 2 kali dekat klinik mentari Putrajaya. Lepas tu aku stop sendiri.

Punca dari sini lah aku cuba buat apa yang aku minat ajak Zakwan bercamping. Masa tgh scroll fb nmpk satu group camping family. Aku ajak Zakwan tuk cuba bercamping ye la mana tahu boleh dapat balik perasaan positif dalam diri. Sebab dulu lagi aku minat utk camping tapi tak pernah merasa, ye la mana ayah aku nak bagi. Bila duduk depan sungai nampak pokok2, jiwa boleh tenang. Lagipun percutian camping ni percutian yang mampu milik, gitu. So far lepas pkp kami baru pergi 5 campsite. Next year inshaAllah umur ada boleh la cari lagi tapak camping. Lagipun adni & aisha enjoy, taka da la terperuk duk kat rumah. Rumah dah la tak ada tanah.

Harapan aku utk next year, Allah permudahkan segala urusan utk mereka di barisan hadapan. Kesian tgk dorang bertungkus lumus. Semoga vaksin yang katanya dah ready boleh membantu serba sikit. Kesian jugak tuk yang terjejas. Ekonomi dah hampir runtuh. Kami ni pun dah paras2 nyawa ikan jugak belajawan. Lagi2 next year mungkin rumah baru bakal dapat kunci.

9 Oktober 2020

Family Day - Teratak Kabung Janda Baik

 

Family Day – 2020. Wak Miah & Enjah

2-4 October 2020, adik beradik mama decide buat family date dekat Teratak Kabung, Janda Baik. Fully sponsor by Paklang sebab dia dapat KWSP utk pengeluaran 50tahun. Thanks Paklang & Maklang. Family day kali ni lebih pada makan, mandi sg, dan makan, dan tidur. Tp tak lengkaplah kan family day tak ada sukaneka. Games tetap buat wlpn plan last minute yang penting masing2 enjoy.

Paling penting tahun ni rezeki kami, dari Zakwan, ke diri sendiri, adni & aisha masing2 rangkul juara. Haha kecoh x? Belum lagi dapat cabutan bertuah RM50 + menang acara last tiup tepung laki bini dapat lagi RM50.. memang berbaloi, tolak minyak dgn tol naik janda baik. Thanks paklang..muah sikit

Homestay kali ni cik Ika yang pilih. Fasilities okay, beranda pun luas kami main games semua kat beranda je sebab tak ada kawasan lapang, lagipun sekarang nak elak dekat2 ngn orang lain, social distancing okehh.. Mama suka homestay ni sebab kelengkapan masak semua complete, periuk, kuali, pelandas semua macam stail nak buat kenduri. As family chef, memang seronok la mama masak. Cuma yang tak best jauh sikit dari anak sungai, Cuma rezeki I paklang book chalet lain 1 mlm, sebab bilik tak cukup, untuk mlm kedua kena tidur ruang tamu.. haha. Chalet yang paklang book memang depan sungai, pakej gazebo. Cuma kat sini air dia tak berapa best macam berbau. Aliran air pun tak berapa cantik. Tapi anak2 zakwan tak kisah semua tu, yang penting sungai, pagi ptg ajak berkubang.



7 September 2020

Camping Check List..

Barang-barang camping untuk yang dah ada family lagi2 anak kecik macam kami ni memang banyak yang kena senaraikan, aku rasa setakat ni kami perabih hampir RM1200, sedapkan hati alang2 beli biar puas, lagipun nak pakai lama. haha. RM1200/10xcamping lebih kurang RM120, oka la tu kot. Lebih kurang harga hotel kalau kami tidur 2h1m

1.Khemah of couse la kan, nama pun camping, kami memang pernah ada khemah beli dekat shopee, instant je, senang betul nak pasang, tp tak sesuai untuk buat kami tidur, jadi terpaksa la berkorban beli yang besar lagi pun skrg kan tgh fasa monotorium jadi duit yg sebulan ni kami buat perabih beli barang camping..haha kami angkut tent arpenaz family 4.1 fresh & black harga dia tak pernah terfikir pun nak beli.. tapi fikir untuk selesa kami, lagi pun pasang tak susah, tak perlukan flysheet, include sekali ground sheet, tp kami hampar lagi extra ground sheet hat warna biru oren utk protection. Flysheet aku baru beli dekat shopee tp belum sampai lagi, sj aku beli senang nak set up tempat utk masak.


2. Tilam Angin

Ni kami beli lewat, masa first camping bermalam kami bawak 3 toto nak bg selesa, angkutla segala ada.. tilam aku beli kat shopee size queen harga dia RM77 include pam angin manual, aku tak beli electric sebab fikir kalau tempat yg limit plug point payah oi nak naikkan tilam ni. Aku beli brand intex so far baring dengan anak-anak okay la. Ingat nak cari lagi 1 yang single.


3.Portable Stove & Periuk2

Barang-barang camping memang aku banyak melabur dekat shopee, biasanya amik yg free delivery @ pun yang offer coin banyak. Portable aku beli brand cikai je, include fire stove 4pc tu dalam RM40. Boleh la setakat ni pakai tak ada apa masalah. Aku usha gak la perkakas masak camping macam mahai, lepas tu Nampak kecik, aku tak pandai nak anggak kalau masak. Aku pun beli la set periuk yg murah ada kuali, periuk+penutup & periuk sup kecik dalam RM20.. tapi bila dah beli yg murah sekali pakai terus tercabut segala pemegang cair kena api.haha.. boleh la yg penting kuali dia besar senang nak masak. Macam tak biasa pulak angkat guna kain. Aku memang akan spare kain buruk / baju yg tak pakai untuk lap2 kaki ke, periuk2 ke. Sekarang ni aku kena beli kuali/periuk cap buaya yg kecik comel, hat lama aku dah buang sebab berkarat. Patutla murah.

 



4. Lampu, Kipas & Power bank

Kami laki bini, benak sikit bab electric, nak diy power box memang meletup je la nanti. Solution dia cari la campsite yang sediakan plug point, ada setengah tempat yang kami pergi dia punya plug point tak boleh tarik ke khemah, cuma di sediakan tempat untuk cas barang2 electic. Nak beli extension yang 40m tu usha kat shopee dekat RM150++. Kami selalunya awal2 cas semua barang. Kipas pun beli yang bodoh2 je. Anak aku yg sulung ni pelik sikit orang lain tidur tepi air terjun sejuk. Dia memanjang mulut sebut panas, tapi berselimut kau rasa?

 

5.Portable meja & kerusi

Meja pun beli online, dekat shopee dia dah terpasang sekali kerusi, nak pasang pun senang. Tapi meja ni berat sikit aku beli dalam RM120


 

6. Tikar

Tikar ni memang aku dah ada lama, boleh la letak kat ruang depan khemah untuk duduk santai pandang anak kau mandi sungai nak buat solat dalam khemah ke.

 

7. Pinggan&Mangkuk, Perkakasan Memasak

Pinggan, mangkuk & cawan plastic biasa la Ikea punya amik dari rumah je, aku tak bawak keluar pun barang2 ni biar je dalam bag recyle tesco senang takda la nak pi next camping kelam-kabut. Pelandas, pisau aku beli kat DIY je RM2.00 senang ko bukan nak buat kenduri pun. Senduk, sudu & garfu pun bwk dari rumah.

So far aku rasa ini je la barang penting yg lain macam baju, barang masak ikut kau nak tidur berapa lama, & masak apa. Macam aku masak benda yang mudah ataupun nak masak yg grand pes semua aku sediakan dari rumah jadi kat sana tinggal masak je, contohnya macam masak sambal udang, dekat rumah aku dah siap tumis sampai sana tinggal masukkan udang, lps tu lebihkan sambal, esoknya sambal tumis udang tu aku buat mee goreng tinggal tambah kicap je. haha. setakat ni aku ngn zakwan belum lagi berbbq dekat tapak camping, sebabnya aku malas, lgpun anak2 aku penat main air kul 9.30 mesti kami 4 beranak dah tertidur, jiran2 duk karok, bergosip, kau lena di buai mimpi.haha

 

Warna Warni Hidup 2020.

  Alhamdulilah lagi a few days kita nak ucapkan selamat tinggal 2020. Tahun ini memang tahun yang sangat tak disangka2 akan berlaku, siapa j...