Powered By Blogger

24 Ogos 2015

Calculator Si Pembawa Bekal :)

Oh yeeahh, ari ni dah 25hb Aug, gaji lmbt la pulak...hahaha tp x kisah pon gaji lambat @ x sbb aku dah beli bahan2 untuk masak selama seminggu, mcm ni lah rutin aku, setiap hari aku akan masak utk breakfast, & lunch merangkap dinner, bagi aku tabiat bawak bekal ni dah sinonim, sbb dari tadika smp la sekarang, aku mmg jenis org yang suka bawak bekal, ingat lg time duk asrama mase belajar, setiap kali balik, mesti mama akan bekalkan macam2 sbb dia tahu anak dia kuat makan..hohoho,  yg plg penting siap bwk tok anak2 angkat dia lg, hahaha...

Sebenarnya bwk bekal ni byk kelebihan ye, lagi2 kalau kerja jauh dari tmpt makan, ye la nak kena kuar makan, lunch 1 jam je, nak kena drive lg, duk menunggu nak amik makanan lagi... kalau u alll bawak bento ke office mmg senang, kenapa aku cakap jimat tgk kira2 aku kat bawah ni, ni aku punya kira2,

Breakfast : Nasi Lemak Kosong  = RM 1.50
Lunch : Nasi Cmpr + Air = RM 7.00
Dinner : Apa2 je la = 5.00
Total  =  13.50 * 2 (Sbb laki bini ) = RM 27 henget Sehari.. * 5 = RM 135 seminggu.

Kalau macam aku every week, spent RM 100 utk beli bahan mentah & sayur, so nampak x? RM 35 balance ko blh spend, tok makan yang sedap2 every weekend, @ ko blh simpan tuk melancong, @ emergency case.

Lagi pun dengan masak la ko blh dapat byk pahala, sambil masak, berselawat, berzikir, titik2 peluh yang keluar itu pahala, sbb menyenangkan suami & anak2. Tapi kalau rase penat, jgn paksa diri, mungkin dalam seminggu, 4 hari bawak bekal, 1 hari makan kat luar, bersosial ngn kwn2 office...

Just my 2cents..

16 Ogos 2015

DNA Lembu, Susu & Ustazah

First time aku tengok gambar ni di viralkan, aku x da rase marah, cuba rasa sedih, rendah diri, & pedih.. Yes, aku hanya berpeluang menyusukan Adni, selepas di lahirkan atas faktor masalah penyusuan. Selebihnya melalui pam & susu formula Lembu. 

Mungkin, Ustazah ni nak menyatakan susu ibu, adalah susu terbaik untuk anak. Ya dalam Alquran sendiri terkandung, betapa hebatnya susu IBU, sememangnya tidak dapat di tandigi oleh mana-mana susu Mahal yang ada dipasaram, tapi aku di uji, dengan masalah yang sememangnya tidak dapat diceritakan. Tp aku sgt2 terkesan dengan apa yang dinyatakan. 

Selama 10 bulan Adni dalam kandungan aku dah niatkan di dalam hati, aku nak bagi susu ibu, tanpa seberang campuran susu lain. Barang2 kelengkapan bayi pun aku susun penuh rapi, aku x pernah terfikir nak beli Botol SUSU ke, Pam Susu ke, sbb mase tu just fikir habis pantang, baru nak beli, utk persediaan berkerja, tp Takdir yang Allah bagi penentu segalanya. Selepas Adni lahir, aku cuba untuk susukan dia, Adni tercari2 arah untuk menyusu, sedih tu hnya Allah je yang tahu, menangis2 dia nak menyusu, bila nurse tgk, dia paham yang aku mmg x boleh susukan anak, dia amik Adni, bawak pergi satu sudut, aku terfikir mungkin mase tu dia bagi Susu Formula dekat Adni, sbb lepas 20 minit Adni tidur lena. TQ nurse, sbb memahami keletihan seorang ibu yang baru lepas melahirkan.

Benda yang paling menyakitkan aku bila ada sedara sendiri kata OKU pon boleh susukan anak, aku hanya boleh menangis, terdiam & rehda dengan apa yang Allah bagi. Smp satu tahap aku bagitahu Zakwan, aku dah x nak mengandung, sbb aku x nak seksa anak aku. Alhamdulilah sepanjang Adni minum susu formula, x pernah kena penyakit yang teruk, x da masuk hospital, x da alahan, mungkin ini bahagian lain yang Allah bagi, & dia sekarang dia membesar bagai Juara, Terima Kasih Allah

Kadang2 tu rase iri hati sangat2 bila tgk gambar susu ibu dalam peti ais, melimpah ruah, kenapa aku x da macam ni,  kenapa aku yang kena dugaan ni, kenapa Adni..Maafkan Ibu sayang (NurAdni Humairah) 
Rehda dengan Ujian Allah, pasti ada hikmah terselindung di sebalik sesuatu. 

14 Ogos 2015

Tugas Kau & Aku

Sekarang ni banyak  orang share pasal tggjwb isteri dulu & sekarang, perbandingan dulu & sekarang. Kononnye dulu isteri hantaran 60henget, sekarang 60000, tp isteri dolo2 ciap segala bagai dari A-Z. Okey perlu ke compare dari segi hantaran? what the??? Bagi aku masalah sekarang ni bukan dari segi hantara, tapi dari segi adab & etika, tanggungjawab, nilai kasih syg & kemalasan laki bini. Kalau ko bg 30k pon kt bini ko, tpi kalau dia mmg jenis yang baik hati, mesti semua kelengkapan rumah tersedia rapi, dapat pulak ko bg 5k je, tp bini ko dah tahap bebal malas nak mampus, same je, no point hantaran rendah@mahal.

Bagi aku tugas isteri & suami tetap sama dari dulu & sekarang, cuma sekarang cabaran berumah tangga tu lagi banyak kot.. Mcm aku rutin harian lepas kahwin, same je la, layan suami, & tp mase mula2 kawen aku stay rumah mama, so, x la aku bgn awal2..hahaha, sume mama yang masak, kdg2 mama yang tlg jemurkan baju..  I luv u mama...hehehe.

But, after 2 years, dah pindah rumah sendiri, segala rutin harian aku berubah, baru aku tahu nikmat seorang ibu & isteri yang berkerjaya...ushhh mmg menguji kesabaran, tp semua tu menjadikan aku lebih matang. Rutin bermula seawal 6.00 pg, aku akan mula bertinju di dapur, tips aku untuk yg senang nak masak pg2 make sure malam sblm tidur aku dah potong2 segala bahan yang nak di masak, kalau nak goreng malam2 dh gaulkan dengan kunyit, sayur pon dah dipotong. Semua ni bergantung pada kerajinan sebenarya. Stail aku dah siap masak lauk, turn Encik Suami pulak masak nasi, mandikan Adni, buat susu Adni, nampak x kat situ, kerjasama antara suami isteri ni sebenarnya jadikan semua kerja lebih mudah, x da la bini ko hegeh2 buat semue, ko goyang segala benda...

Macam ni la rutin harian aku, cuma kadang2 bila smp mood malas aku memang x masak, buat2 terbangun lambat..Antara suami & isteri  bagi aku komunikasi 2 hala mmg penting, jgn cakap dia je dengar, jgn pulak cakap ko je kena dengar..Nama pun dah jd suami isteri, segala benda kita kongsi, apa slh ye kita berkongsi tanggungjawab, konsep sama je macam nak dptkan ANAK. Perempuan perlukan Lelaki, Lelaki perlukan Perempuan..lain la kalau ko jenis tetttttt.....

Dari segi kemas rumah, baju & anak, aku & zakwan mmg akan bahagi2 tugas, Such as, aku basuh, lipat & gosok baju, Zakwan akan jemur & angkat baju. Kemas rumah pon sama, aku mengemas dia pi bawak adni main jauh2 supaya x kacau aku mengemas. Aku dah siap masak dia akan basuh segala pinggan mangkuk. Cuma kadang2 aku tanya jugak abg x kisah ke buat semua ni, & dia selalu je jwp xda apa2 lah..


Carta Rajah di atas sememang ye sukar nak di aplikasikan masa sekarang ni...Please laa, jgn banding2 kan nilai hantaran dulu, kini & selamanya...


*pssstt : terase, sbb zakwan kata hantaran aku mahai..hahaha..ada aku kisah?





Warna Warni Hidup 2020.

  Alhamdulilah lagi a few days kita nak ucapkan selamat tinggal 2020. Tahun ini memang tahun yang sangat tak disangka2 akan berlaku, siapa j...