Powered By Blogger

14 Ogos 2015

Tugas Kau & Aku

Sekarang ni banyak  orang share pasal tggjwb isteri dulu & sekarang, perbandingan dulu & sekarang. Kononnye dulu isteri hantaran 60henget, sekarang 60000, tp isteri dolo2 ciap segala bagai dari A-Z. Okey perlu ke compare dari segi hantaran? what the??? Bagi aku masalah sekarang ni bukan dari segi hantara, tapi dari segi adab & etika, tanggungjawab, nilai kasih syg & kemalasan laki bini. Kalau ko bg 30k pon kt bini ko, tpi kalau dia mmg jenis yang baik hati, mesti semua kelengkapan rumah tersedia rapi, dapat pulak ko bg 5k je, tp bini ko dah tahap bebal malas nak mampus, same je, no point hantaran rendah@mahal.

Bagi aku tugas isteri & suami tetap sama dari dulu & sekarang, cuma sekarang cabaran berumah tangga tu lagi banyak kot.. Mcm aku rutin harian lepas kahwin, same je la, layan suami, & tp mase mula2 kawen aku stay rumah mama, so, x la aku bgn awal2..hahaha, sume mama yang masak, kdg2 mama yang tlg jemurkan baju..  I luv u mama...hehehe.

But, after 2 years, dah pindah rumah sendiri, segala rutin harian aku berubah, baru aku tahu nikmat seorang ibu & isteri yang berkerjaya...ushhh mmg menguji kesabaran, tp semua tu menjadikan aku lebih matang. Rutin bermula seawal 6.00 pg, aku akan mula bertinju di dapur, tips aku untuk yg senang nak masak pg2 make sure malam sblm tidur aku dah potong2 segala bahan yang nak di masak, kalau nak goreng malam2 dh gaulkan dengan kunyit, sayur pon dah dipotong. Semua ni bergantung pada kerajinan sebenarya. Stail aku dah siap masak lauk, turn Encik Suami pulak masak nasi, mandikan Adni, buat susu Adni, nampak x kat situ, kerjasama antara suami isteri ni sebenarnya jadikan semua kerja lebih mudah, x da la bini ko hegeh2 buat semue, ko goyang segala benda...

Macam ni la rutin harian aku, cuma kadang2 bila smp mood malas aku memang x masak, buat2 terbangun lambat..Antara suami & isteri  bagi aku komunikasi 2 hala mmg penting, jgn cakap dia je dengar, jgn pulak cakap ko je kena dengar..Nama pun dah jd suami isteri, segala benda kita kongsi, apa slh ye kita berkongsi tanggungjawab, konsep sama je macam nak dptkan ANAK. Perempuan perlukan Lelaki, Lelaki perlukan Perempuan..lain la kalau ko jenis tetttttt.....

Dari segi kemas rumah, baju & anak, aku & zakwan mmg akan bahagi2 tugas, Such as, aku basuh, lipat & gosok baju, Zakwan akan jemur & angkat baju. Kemas rumah pon sama, aku mengemas dia pi bawak adni main jauh2 supaya x kacau aku mengemas. Aku dah siap masak dia akan basuh segala pinggan mangkuk. Cuma kadang2 aku tanya jugak abg x kisah ke buat semua ni, & dia selalu je jwp xda apa2 lah..


Carta Rajah di atas sememang ye sukar nak di aplikasikan masa sekarang ni...Please laa, jgn banding2 kan nilai hantaran dulu, kini & selamanya...


*pssstt : terase, sbb zakwan kata hantaran aku mahai..hahaha..ada aku kisah?





Tiada ulasan:

Warna Warni Hidup 2020.

  Alhamdulilah lagi a few days kita nak ucapkan selamat tinggal 2020. Tahun ini memang tahun yang sangat tak disangka2 akan berlaku, siapa j...