First time aku tengok gambar ni di viralkan, aku x da rase marah, cuba rasa sedih, rendah diri, & pedih.. Yes, aku hanya berpeluang menyusukan Adni, selepas di lahirkan atas faktor masalah penyusuan. Selebihnya melalui pam & susu formula Lembu.
Mungkin, Ustazah ni nak menyatakan susu ibu, adalah susu terbaik untuk anak. Ya dalam Alquran sendiri terkandung, betapa hebatnya susu IBU, sememangnya tidak dapat di tandigi oleh mana-mana susu Mahal yang ada dipasaram, tapi aku di uji, dengan masalah yang sememangnya tidak dapat diceritakan. Tp aku sgt2 terkesan dengan apa yang dinyatakan.
Selama 10 bulan Adni dalam kandungan aku dah niatkan di dalam hati, aku nak bagi susu ibu, tanpa seberang campuran susu lain. Barang2 kelengkapan bayi pun aku susun penuh rapi, aku x pernah terfikir nak beli Botol SUSU ke, Pam Susu ke, sbb mase tu just fikir habis pantang, baru nak beli, utk persediaan berkerja, tp Takdir yang Allah bagi penentu segalanya. Selepas Adni lahir, aku cuba untuk susukan dia, Adni tercari2 arah untuk menyusu, sedih tu hnya Allah je yang tahu, menangis2 dia nak menyusu, bila nurse tgk, dia paham yang aku mmg x boleh susukan anak, dia amik Adni, bawak pergi satu sudut, aku terfikir mungkin mase tu dia bagi Susu Formula dekat Adni, sbb lepas 20 minit Adni tidur lena. TQ nurse, sbb memahami keletihan seorang ibu yang baru lepas melahirkan.
Benda yang paling menyakitkan aku bila ada sedara sendiri kata OKU pon boleh susukan anak, aku hanya boleh menangis, terdiam & rehda dengan apa yang Allah bagi. Smp satu tahap aku bagitahu Zakwan, aku dah x nak mengandung, sbb aku x nak seksa anak aku. Alhamdulilah sepanjang Adni minum susu formula, x pernah kena penyakit yang teruk, x da masuk hospital, x da alahan, mungkin ini bahagian lain yang Allah bagi, & dia sekarang dia membesar bagai Juara, Terima Kasih Allah
Kadang2 tu rase iri hati sangat2 bila tgk gambar susu ibu dalam peti ais, melimpah ruah, kenapa aku x da macam ni, kenapa aku yang kena dugaan ni, kenapa Adni..Maafkan Ibu sayang (NurAdni Humairah)
Rehda dengan Ujian Allah, pasti ada hikmah terselindung di sebalik sesuatu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan