Barang-barang camping untuk yang dah ada family lagi2 anak kecik macam kami ni memang banyak yang kena senaraikan, aku rasa setakat ni kami perabih hampir RM1200, sedapkan hati alang2 beli biar puas, lagipun nak pakai lama. haha. RM1200/10xcamping lebih kurang RM120, oka la tu kot. Lebih kurang harga hotel kalau kami tidur 2h1m
1.Khemah of couse la kan, nama pun camping, kami memang
pernah ada khemah beli dekat shopee, instant je, senang betul nak pasang, tp
tak sesuai untuk buat kami tidur, jadi terpaksa la berkorban beli yang besar
lagi pun skrg kan tgh fasa monotorium jadi duit yg sebulan ni kami buat perabih
beli barang camping..haha kami angkut tent arpenaz family 4.1 fresh & black
harga dia tak pernah terfikir pun nak beli.. tapi fikir untuk selesa kami, lagi
pun pasang tak susah, tak perlukan flysheet, include sekali ground sheet, tp
kami hampar lagi extra ground sheet hat warna biru oren utk protection. Flysheet aku baru beli dekat shopee tp
belum sampai lagi, sj aku beli senang nak set up tempat utk masak.
2. Tilam Angin
Ni kami beli lewat, masa first camping bermalam kami bawak 3
toto nak bg selesa, angkutla segala ada.. tilam aku beli kat shopee size queen
harga dia RM77 include pam angin manual, aku tak beli electric sebab fikir
kalau tempat yg limit plug point payah oi nak naikkan tilam ni. Aku beli brand
intex so far baring dengan anak-anak okay la. Ingat nak cari lagi 1 yang
single.
3.Portable Stove & Periuk2
Barang-barang camping memang aku banyak melabur dekat
shopee, biasanya amik yg free delivery @ pun yang offer coin banyak. Portable
aku beli brand cikai je, include fire stove 4pc tu dalam RM40. Boleh la setakat
ni pakai tak ada apa masalah. Aku usha gak la perkakas masak camping macam
mahai, lepas tu Nampak kecik, aku tak pandai nak anggak kalau masak. Aku pun
beli la set periuk yg murah ada kuali, periuk+penutup & periuk sup kecik
dalam RM20.. tapi bila dah beli yg murah sekali pakai terus tercabut segala
pemegang cair kena api.haha.. boleh la yg penting kuali dia besar senang nak
masak. Macam tak biasa pulak angkat guna kain. Aku memang akan spare kain buruk
/ baju yg tak pakai untuk lap2 kaki ke, periuk2 ke. Sekarang ni aku kena beli
kuali/periuk cap buaya yg kecik comel, hat lama aku dah buang sebab berkarat. Patutla
murah.
4. Lampu, Kipas & Power bank
Kami laki bini, benak sikit bab electric, nak diy power box
memang meletup je la nanti. Solution dia cari la campsite yang sediakan plug
point, ada setengah tempat yang kami pergi dia punya plug point tak boleh tarik
ke khemah, cuma di sediakan tempat untuk cas barang2 electic. Nak beli
extension yang 40m tu usha kat shopee dekat RM150++. Kami selalunya awal2 cas
semua barang. Kipas pun beli yang bodoh2 je. Anak aku yg sulung ni pelik sikit
orang lain tidur tepi air terjun sejuk. Dia memanjang mulut sebut panas, tapi
berselimut kau rasa?
5.Portable meja & kerusi
Meja pun beli online, dekat shopee dia dah terpasang sekali
kerusi, nak pasang pun senang. Tapi meja ni berat sikit aku beli dalam RM120
6. Tikar
Tikar ni memang aku dah ada lama, boleh la letak kat ruang
depan khemah untuk duduk santai pandang anak kau mandi sungai nak buat solat
dalam khemah ke.
7. Pinggan&Mangkuk, Perkakasan Memasak
Pinggan, mangkuk & cawan plastic biasa la Ikea punya
amik dari rumah je, aku tak bawak keluar pun barang2 ni biar je dalam bag
recyle tesco senang takda la nak pi next camping kelam-kabut. Pelandas, pisau
aku beli kat DIY je RM2.00 senang ko bukan nak buat kenduri pun. Senduk, sudu
& garfu pun bwk dari rumah.
So far aku rasa ini je la barang penting yg lain macam baju,
barang masak ikut kau nak tidur berapa lama, & masak apa. Macam aku masak
benda yang mudah ataupun nak masak yg grand pes semua aku sediakan dari rumah
jadi kat sana tinggal masak je, contohnya macam masak sambal udang, dekat rumah aku dah siap tumis sampai sana tinggal masukkan udang, lps tu lebihkan sambal, esoknya sambal tumis udang tu aku buat mee goreng tinggal tambah kicap je. haha. setakat ni aku ngn zakwan belum lagi berbbq dekat tapak camping, sebabnya aku malas, lgpun anak2 aku penat main air kul 9.30 mesti kami 4 beranak dah tertidur, jiran2 duk karok, bergosip, kau lena di buai mimpi.haha