Powered By Blogger

28 Disember 2020

Warna Warni Hidup 2020.

 

Alhamdulilah lagi a few days kita nak ucapkan selamat tinggal 2020. Tahun ini memang tahun yang sangat tak disangka2 akan berlaku, siapa jangka sejak dari 18/3/2020, bila kena PKP satu negara. Mostly boleh katakan 1 dunia buat benda yang sama. Allah uji 1 dunia yang sebelum ni terlalu leka. Sebabkan virus yang kita tak pernah Nampak dengan mata kasar boleh datangkan maut.

Aku kena bersyukur, dalam berjuta-juta manusia yang di jangkiti, aku & family masih lagi dilindungi Allah sehingga kini. Cuma this year memang banyak kali aku masuk hospital. Bkn sebab covid tapi anxiety & panic attack.

Sampai sekarang aku tak percaya yang aku pernah ke klinik psikiatri, merasa lah kena makan ubat penanang. Sebenarnya aku pun tak tahu aku kena panic attack, sebab tanda2 dia lebih kurang sama macam kena SVT, palpitation heart beat terlalu tinggi. Cuma kali ini aku rasa macam resah, gelisah, rasa macam kejap lagi aku ,mati ni. For 2 weeks aku ulang alik ke serdang hospital cari punca, Cuma bila check ecg normal, tekanan darah normal, xray normal. Sampai sekarang feeling dia tak hilang, cuma aku selalu buat tak tahu bila rasa tak normal tu datang. Macam-macam cara Zakwan nak bagi aku selesa. Aku berbekam, berurut,  buat rawatan syifa & merasa la ke kaunseling 2 kali dekat klinik mentari Putrajaya. Lepas tu aku stop sendiri.

Punca dari sini lah aku cuba buat apa yang aku minat ajak Zakwan bercamping. Masa tgh scroll fb nmpk satu group camping family. Aku ajak Zakwan tuk cuba bercamping ye la mana tahu boleh dapat balik perasaan positif dalam diri. Sebab dulu lagi aku minat utk camping tapi tak pernah merasa, ye la mana ayah aku nak bagi. Bila duduk depan sungai nampak pokok2, jiwa boleh tenang. Lagipun percutian camping ni percutian yang mampu milik, gitu. So far lepas pkp kami baru pergi 5 campsite. Next year inshaAllah umur ada boleh la cari lagi tapak camping. Lagipun adni & aisha enjoy, taka da la terperuk duk kat rumah. Rumah dah la tak ada tanah.

Harapan aku utk next year, Allah permudahkan segala urusan utk mereka di barisan hadapan. Kesian tgk dorang bertungkus lumus. Semoga vaksin yang katanya dah ready boleh membantu serba sikit. Kesian jugak tuk yang terjejas. Ekonomi dah hampir runtuh. Kami ni pun dah paras2 nyawa ikan jugak belajawan. Lagi2 next year mungkin rumah baru bakal dapat kunci.

Warna Warni Hidup 2020.

  Alhamdulilah lagi a few days kita nak ucapkan selamat tinggal 2020. Tahun ini memang tahun yang sangat tak disangka2 akan berlaku, siapa j...