Powered By Blogger

11 April 2018

99 Wonderland - Selayang

Semalam, Aisha ada check up dekat HKL, sebelum ke HKL, kami pergi singgah sekejap Golden Palaces, Mines hantar voucher 2d1n yang dorang bagi sebab pergi review hotel dorang, hahaha. Biasalah lepas tu dia akan convince kami untuk sign up membership, memang idok la kami nak tambah komitmen kami yg sedia ada. Salesgirl ni siap Tanya berapa monthly yang kami mampu bayar? Aku Tanya balik berapa minimum yang dorang offer, dalam RM 300/M kemudahan 8d7n free hotel, 300 belum termasuk annual fees yang kena bayar dalam 40++ sebulan, compare antara SGI Vacation dengan under Membership Country Homes, better country homes, sebab kau akan dapat medical screnning free, facilities free, mcm nak mandi pool dekat hotel anytime, nak guna gym hotel pon anytime, datang je. Kalau aku memang banyak duit lebih bolehla nak labur, sebab aku memang suka pergi jalan2.

         Dalam form voucher tu dia bagi kita letak 3 date, tapi kena dari hari Isnin – Khamis, public holiday x boleh, biasa la nama pun free mesti la macam-macam syarat dia bagi, ada 4 pilihan, country homes kajang, Langkawi, Cameron Highland & Golden Palaces. Aku decide pergi Kajang je, sebab dekat, date pulak 14 & 15 Mei ngam2 birthday Zakwan, 12 May. Rupanya kalau amik Kajang dapat resort 3 bedroom capacity 6 pax, bolehlah bawak mama & ayah, dekat dengan mothers day kan?

   Lebih kurang 3.30 baru kami sampai HKL, appointment kul 2.00, biasa kami memang datang lambat sikit, sebab selalunya turn Aisha memang yang akhir, aku pun x taw napa. Pukul 5 baru nama Aisha kena panggil,  Alhamdulilah darah dia drop dari 9 ke 2.9, kebetulan doc yang sama operate Aisha consult kami semalam, dia pun macam tak percaya dah nak masuk 2 tahun.

  Balik tu Zakwan Tanya nak pergi ke 99 Wonderland tu? Sebab minggu lps tak dapat pergi hujan lebat lepas amik darah Aisha, aku pun on je la bila lagi nak pergi sementara cuti lepastu free smp 13/4/18 je, nanti kena bayar. Alang2 dah kat KL, tengok waze pun dalam 25min je dari HKL, kami sampai lebih kurang pukul 6.30, tempat dia memang dekat sangat dengan pasar borong selayang. Jangan risau parking di sediakan, tapi kena bayar la RM 5. Kalau x nak bayar parking je la tepi2 jalan kalau rasa x menyusahkan penguna lain.

   Masuk je kau akan nmpk signage I LOVE BN, hahaha, amik kau, Zakwan Tanya x nak amik gambar kat sini, sian abe ajib. Buat semak hp je, tempat dia dalam bentuk pusingan, one way, ada cruise kalau naik kena bayar 10ringgit x silap, lepas tu Nampak la itik2, angsa, merak, ayam turki, budak2 suka la datang sini, makanan utk itik saja dah rm5.00 kalau kau nak beli, masuk je free lain2 kau kena bayar. Lepas tu kau akan Nampak patung2 haiwan calendar lunar. Masa sampai tempat rusa & ostrich ada la yang jual sayur carrot & kacang pjg RM5, utk bagi haiwan makan, Adni dah nangis nak duit, kami buat x taw je smp ada budak yg jaga tu nak bg, hahaha, nmpk x tips dia. Kami bukan kedekut, jimat. Lebih kurang 1jam dalam tu pusing-pusing kami keluar sebab nak pergi solat, singgah la dekat Shell, sebab kalau nak ke surau dekat situ takut ramai.   










3 April 2018

Smart Kids Asia – 2018,


Weekend baru ni, Adni ada performance dekat KLCC Hall 2 sempena exhibition Smart Kids Asia, teacher dia sajalah hantar untuk buat persembahan, ada 6 student 6years yang attend untuk Krista Pusat Komersial Koi.

Event start pukul 5 petang, tapi teacher dia suruh ada dekat sana dalam pukul 5, aku & zakwan decide utk keluar rumah pukul 3.ooptg. Dalam pukul 1 tu si Adni pulak buat perangai tak nak pergi alasan dia takut ramai orang, pulak dah? Habis la yang selama ni dia buat konsert dekat tadika x ramai. Sesi memujuk pon bermula, pujuk dia ckp la kesian kat kawan2 dah buat latihan tiba2 kakak x pergi, nnt teacher mesti marah. Dia pulak sedu-sedu, last pergi gak mandi pakai baju.

Lebih kurang pukul 5.30 kami sampai biasalah janji melayu tambah hujan pulak memang la jem sikit jalan, sampai2 teacher dia ambil bawak tukar baju. Tengok tentative program performance start pukul 7.00 alahai lamanya. Sekali ada announce performance lebih kurang 15minute lagi. Okay la, dalam Hall 2 ada la banyak booth yang jual supplement, tution & art class, memang utk kanak-kanak. Dulu masa kerja Little Taiwan, selalu jugak si Patrick bawa datang Convention ni kalau ada Halal Fest. Apa la khabar dorang, yela dengar wife dia kena breast cancer stage 2. Hope she recover. Aku dah la selalu gaduh dengan bini dia time kerja.haha.

Turn Adni dengan kawan-kawan dia number 5, ada lebih kurang 11 tadika yang hantar contestant. Naik2 je pentas siap melambai2 tangan kat ayah dia, berlagak diva. Haha, punya lah tadi beria2 nangis x nak pergi. Habis je performance, teacher dia suruh tunggu sebab ada majlis penyampaian medal & sijil.

Sementara nak tunggu tu, ayah dia dah kena paw belanja main indoor park yang dorang bukak sebelah stage, RM15 untuk 20minute, tapi dapat diskaun RM5. X sempat habis 20min, dia dah nak keluar sebab kata teacher panggil, yela nak bab membzrkan duit ayah dia bagi kat dia. 

Semalam aku dapat wasap dari someone from Golden Place House katanya nak offer penginapan 2h1m dekat 4 resort terpilih, sebab aku ada isi surver masa kat KLCC, macam biasalah kena dengar ceramah dorang, kau dengar je. Hari sabtu ni ada preview. Okay gak tu haha. macam x biasa dengar je lepas tu abaikan amik voucher pergi holiday.haha


Pakai baju yang last year, performance yang sama Mukala Song.







Warna Warni Hidup 2020.

  Alhamdulilah lagi a few days kita nak ucapkan selamat tinggal 2020. Tahun ini memang tahun yang sangat tak disangka2 akan berlaku, siapa j...