Semalam, Aisha ada check up dekat
HKL, sebelum ke HKL, kami pergi singgah sekejap Golden Palaces, Mines hantar
voucher 2d1n yang dorang bagi sebab pergi review hotel dorang, hahaha. Biasalah
lepas tu dia akan convince kami untuk sign up membership, memang idok la kami
nak tambah komitmen kami yg sedia ada. Salesgirl ni siap Tanya berapa monthly
yang kami mampu bayar? Aku Tanya balik berapa minimum yang dorang offer, dalam
RM 300/M kemudahan 8d7n free hotel, 300 belum termasuk annual fees yang kena
bayar dalam 40++ sebulan, compare antara SGI Vacation dengan under Membership Country
Homes, better country homes, sebab kau akan dapat medical screnning free,
facilities free, mcm nak mandi pool dekat hotel anytime, nak guna gym hotel pon
anytime, datang je. Kalau aku memang banyak duit lebih bolehla nak labur, sebab
aku memang suka pergi jalan2.
Dalam form voucher tu dia bagi
kita letak 3 date, tapi kena dari hari Isnin – Khamis, public holiday x boleh,
biasa la nama pun free mesti la macam-macam syarat dia bagi, ada 4 pilihan,
country homes kajang, Langkawi, Cameron Highland & Golden Palaces. Aku
decide pergi Kajang je, sebab dekat, date pulak 14 & 15 Mei ngam2 birthday
Zakwan, 12 May. Rupanya kalau amik Kajang dapat resort 3 bedroom capacity 6
pax, bolehlah bawak mama & ayah, dekat dengan mothers day kan?
Lebih kurang 3.30 baru kami
sampai HKL, appointment kul 2.00, biasa kami memang datang lambat sikit, sebab
selalunya turn Aisha memang yang akhir, aku pun x taw napa. Pukul 5 baru nama
Aisha kena panggil, Alhamdulilah darah
dia drop dari 9 ke 2.9, kebetulan doc yang sama operate Aisha consult kami
semalam, dia pun macam tak percaya dah nak masuk 2 tahun.
Balik tu Zakwan Tanya nak pergi
ke 99 Wonderland tu? Sebab minggu lps tak dapat pergi hujan lebat lepas amik
darah Aisha, aku pun on je la bila lagi nak pergi sementara cuti lepastu free
smp 13/4/18 je, nanti kena bayar. Alang2 dah kat KL, tengok waze pun dalam
25min je dari HKL, kami sampai lebih kurang pukul 6.30, tempat dia memang dekat
sangat dengan pasar borong selayang. Jangan risau parking di sediakan, tapi
kena bayar la RM 5. Kalau x nak bayar parking je la tepi2 jalan kalau rasa x
menyusahkan penguna lain.
Masuk je kau akan nmpk signage I
LOVE BN, hahaha, amik kau, Zakwan Tanya x nak amik gambar kat sini, sian abe
ajib. Buat semak hp je, tempat dia dalam bentuk pusingan, one way, ada cruise
kalau naik kena bayar 10ringgit x silap, lepas tu Nampak la itik2, angsa,
merak, ayam turki, budak2 suka la datang sini, makanan utk itik saja dah rm5.00
kalau kau nak beli, masuk je free lain2 kau kena bayar. Lepas tu kau akan Nampak
patung2 haiwan calendar lunar. Masa sampai tempat rusa & ostrich ada la
yang jual sayur carrot & kacang pjg RM5, utk bagi haiwan makan, Adni dah nangis
nak duit, kami buat x taw je smp ada budak yg jaga tu nak bg, hahaha, nmpk x
tips dia. Kami bukan kedekut, jimat. Lebih kurang 1jam dalam tu
pusing-pusing kami keluar sebab nak pergi solat, singgah la dekat Shell, sebab
kalau nak ke surau dekat situ takut ramai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan