Powered By Blogger

27 Mei 2020

Cameron Highland Trip 2020







Our last trip untuk tahun 2020 sebelum Malaysia isytiharkan PKP/MCo  Perintah Kawalan Pergerakan start dari 18.03.2020-9.06.2020.. memang satu perkara yang belum pernah satu dunia hadap dalam masa yang boleh di anggap moden. Kami plan ke Cameron lepas balik dari kenduri anak pakngah zakwan dekat Alor Setar.

Masa ni sebenarnya dok pikir nak pergi ke tak, sebab 2 hari sebelum ke kedah WHO isytiharkan Covid19 as pandemic satu penyakit yang berbahaya  masih belum ada vaksin, so kita kena amik langkah pencegahan sendiri, basuh tangan, pakai mask every where yang kita nak pergi. Tak perlu keluar kalau tak ada urusan penting.

Kami balik alor setar sehari sebelum kenduri, sebab takut penat lagipun nak lepak ngn maklong dorang ni dkt hotel sambil mandi pool, lepas je kenduri kami terus gerak ke baling tidur rumah husna. Esoknya lepas breakfast kami bertolak dari Baling ke Cameron Highland ikut jalan Gerik, lebih kurang 4 jam jugak la, campur anak2 ko buat perangai lagi. Jalan belakang ni agak sunyi la kalau lalu malam mak aii seram, kalau kereta terjatuh gaung tak tahu la jumpa ke idok, menakutkan jalan dia.


Sampai je Cameron, double aa aishaadni soo excited maklumlah tak pernah sampai, adni pernahlah dtg tapi masa umur 5 bulan apa la yg dia ingat. Kami book hotel dekat tanah rata, sebab senang nak cari kedai makan, dobi pun ada, Cuma tapak pasar malam kat sini dah xda. Kami pun datang hari ahad mana nak ada pasar malam dah. Aktiviti masa trip kali ni tak banyak pun tempat kami terjah, kami just pergi Kea Farm, Ladang Teh & Mardi je, lepas tu singgah la kejap pasar pagi, Cuma sekarang tempat dia dah upgrade ada 1 tempat dorang buat macam kiosk.

Sekarang ni masing2 dah kematu dekat 3 bulan dah tak dapat pi mana2, nak ke taman mainan pun bahaya, nak ke pantai amik udara segar, pantai jauh. Hopefully cepat2 la Covid ni  terhapus, atleast ada vaksin pun bersyukur sangat2…

Warna Warni Hidup 2020.

  Alhamdulilah lagi a few days kita nak ucapkan selamat tinggal 2020. Tahun ini memang tahun yang sangat tak disangka2 akan berlaku, siapa j...