Our last trip untuk tahun 2020 sebelum Malaysia isytiharkan
PKP/MCo Perintah Kawalan Pergerakan
start dari 18.03.2020-9.06.2020.. memang satu perkara yang belum pernah satu
dunia hadap dalam masa yang boleh di anggap moden. Kami plan ke Cameron lepas
balik dari kenduri anak pakngah zakwan dekat Alor Setar.
Masa ni sebenarnya dok pikir nak pergi ke tak, sebab 2 hari
sebelum ke kedah WHO isytiharkan Covid19 as pandemic satu penyakit yang
berbahaya masih belum ada vaksin, so
kita kena amik langkah pencegahan sendiri, basuh tangan, pakai mask every where
yang kita nak pergi. Tak perlu keluar kalau tak ada urusan penting.
Kami balik alor setar sehari sebelum kenduri, sebab takut
penat lagipun nak lepak ngn maklong dorang ni dkt hotel sambil mandi pool,
lepas je kenduri kami terus gerak ke baling tidur rumah husna. Esoknya lepas
breakfast kami bertolak dari Baling ke Cameron Highland ikut jalan Gerik, lebih
kurang 4 jam jugak la, campur anak2 ko buat perangai lagi. Jalan belakang ni
agak sunyi la kalau lalu malam mak aii seram, kalau kereta terjatuh gaung tak
tahu la jumpa ke idok, menakutkan jalan dia.
Sampai je Cameron, double aa aishaadni soo excited maklumlah
tak pernah sampai, adni pernahlah dtg tapi masa umur 5 bulan apa la yg dia
ingat. Kami book hotel dekat tanah rata, sebab senang nak cari kedai makan,
dobi pun ada, Cuma tapak pasar malam kat sini dah xda. Kami pun datang hari
ahad mana nak ada pasar malam dah. Aktiviti masa trip kali ni tak banyak pun
tempat kami terjah, kami just pergi Kea Farm, Ladang Teh & Mardi je, lepas
tu singgah la kejap pasar pagi, Cuma sekarang tempat dia dah upgrade ada 1
tempat dorang buat macam kiosk.
Sekarang ni masing2 dah kematu dekat 3 bulan dah tak dapat
pi mana2, nak ke taman mainan pun bahaya, nak ke pantai amik udara segar,
pantai jauh. Hopefully cepat2 la Covid ni
terhapus, atleast ada vaksin pun bersyukur sangat2…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan