Powered By Blogger

28 November 2018

Misi Taska Done.

Lega rasa ya Bila dah selesai Bayar semua duit pendaftaran Taska Aisha & Transit Adni. Kami pilih taska yg betul2 dekat dgn rumah & tempat kerja aku.

Taska Bayu Idaman, Taska ni location dia dekat Laman Bayu Meranti. Sebelah metro driving. Bayaran pun agak berbaloi. Untuk Aisha next year 3years,  tapi cikgu akan letak kan dlm kelompok 1-2 tahun dulu since dia masih belum boleh bercakap. Lgpun kat sini ada syllabus tuk 3y dorang dah start mengajar membaca. Aku tgk buku dia emm x pa la biarlah aisha bermain2 dulu.

Yuran tahunan dalam 350, bulanan rm380. Utk Adni pula, just transit & transport rm280. Ada la dpt rebat 5% utk adik beradik. Lgpun taska mmg dkt Dr rumah dlm 10 min. Taska ke office pun dalam 10 min je.

Harapnya next year Ibu dah boleh bertenang sikit. Anak2 dah besar.. Besar la sgt.



20 November 2018

Aisha ~ADHD~ Follow up

Cerita lama. Tp saja nak carat kat sini bagi Kenangan. Bulan lepas kami ambil cuti cari hospital utk Aisha Adhd treatment. Kami pergi ke HUKM bahagian Psikologi. Tapi pengawai kat kaunter bagitahu ramai yang dtg sini utk adhd & austime. Date utk terapi mungkin 2019 maknanya tahun dpn br dpt terapi.

Lepas tu kami ke klinik audiologi ukm ingat nak amik date check telinga pun sama jugak que panjang. Zakwan Tanya nak pergi PPUM pulak ke? Sbb mulanya mmg nak ke sana. Tp ramai yg kata HUKM pun okay. Aku ckp dgn Zakwan kita pergi Hospital Putrajaya la. Pergi sana pun dpt date Bulan 2 2019.

Rasa mcm nak putus asa. Minggu dpnnya Aisha ada follow up case teratoma dkt Hkl tp aku x pergi. Zakwan yg bawak. Dia Tanya nurse pasal aisha blh dpt date a wal ke utk follow up Adhd. Alhmdulilah 7hb nov kami pergi Hkl utk rujuk pakar. Banyak la sesi Q&A doc.

Doc maklumkan Aisha xda nmpk kriteria Adhd. Cuma tantrum biasa. Aku dah lega sikit sbb Aisha bukanlah anak yg susah utk dijaga. Cuma bagi aku tantrum utk kanak2 bawah 2.5 year mmg ada masa ya mencabar keimanan. Kami terus buat screen test utk audiologi. Doc cuma bagitahu Aisha mungkin terdedah dgn speech delay. Spttnya umur dia dah boleh bercakap at least 2 patah perkataan. Tp smp skrg mmg blm. Keluar apa2 lg dari mulut dia. Doc maklumkan jgk masih terlalu utk diagnose sebagai Adhd kids. Buat masa skrg Kena pantau setiap perkembangan dia. 

Mgkn salah kami jugak sbb bg terlalu awal handphone para dia. Sorry syg... In Sha Allah next year Aisha duk taska Ibu harap ada perkembangan positif. 

Nmpknya next year berderet la appointments kita kat Hkl syg.... πŸ˜…πŸ™‚πŸ™‚



28 Oktober 2018

Adni Annual Concert &Graduation 2018

Tahun ni Adni official graduate from krista. Yeayy besar dah anak Ibu yg sulung ni. Budak yg kuat nangis, hati tissue. This year dia joget lagu cina lambada ehh betul ke?

Tahun ni ada penyampaian hadiah untuk student best handwriting, reading, & speaking. Adni dapat best handwriting 6years. Pelik aku ngn Zakwan dua2 tulisan hauk.. πŸ˜‚πŸ˜‚
 
Next week ada orientasi kat Sk Pulau Meranti. Hopefully Adni blh la jawap soalan diagnostic. 





21 Oktober 2018

Paya Indah Wetlands Dengkil

Rasa macam dah lama x merayap weekend selalunya kami merendek anak beranak. To sebab sekarang cuaca x menentu kejap hujan, panas. Kadang2 pg elok je cerah tengahari dah lebat. Dun trust Malaysia weather.

Mcm pagi ni kami merayap ke Paya Indah Wetlands. Cuaca mendung2 gitu smp sana dah start gerimis. Tapi x lama la. Lepas tu cuaca sedang elok utk beriadah gitu.

Kat sini ada taman hippo & crocodile. Ada timing utk tgk pekerja dorang bagi makan. Masalahnya penat kami tunggu x nmpk pun sapa2 yg bg makanπŸ˜…πŸ˜….

Dah boring tgk haiwan ni kami sewa basikal round sekeliling. Sewa agak murah berbanding tempat lain. RM8. 00 utk 1hours okay la. Tempat ni boleh dtg lain kali. Sebab masuk pun freeπŸ˜‚πŸ˜‚. Jimat dek kalo g zoo tgk hippo Kena bayarπŸ‘.






20 September 2018

ABG AKI ~ M.Akram Zaki~

Inalilahiwainalilahirojiun, Kembalinya Abg Aki kepada Sang Pencipta pada 17 September 2018, Jam 2.30 Petang. Allahu terkejut sangat2 bila Zakwan call, Alhamdulilah Zakwan berkesempatan jaga arwah abg aki sebelum abg aki pergi.

Rehatlah abg aki, tiada la kimo, radio, operation, yang perlu abg aki lalui, in sha Allah kami akan jaga Husna sebaiknya. Kami akan cuba tunaikan amanat abg aki sepenuhnya.

Abg Aki pejuang yang hebat, sakitnya hati bila Husna tunjuk gambar pelaku yang menghantar sihir  buat abg aki, x pa la, Allah ada untuk balas. Apa yang dia nak dalam hidup dia pun aku x taw. Dia taw tak perbuatan dia buat adik hilang abg, isteri kehilangan suami. Kami sayang Abg Aki.

In Sha Allah, Paklong Aki akan sentiasa ada dalam doa Adni & Aisha..


Gambar kenangan masa Akad Nikah Kami.

4 September 2018

Bajet - Adni Ke Tahun 1

YaAllah dah besar rupanya anak sulung kami, last week aku pergi ke Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti utk bayaran fail & name tag Adni next year. Kerani bagi sekali surat orientasi akan berjalan pada 3hb November.. berdebar aii..

Minggu ni aku siapkan list barang2 keperluan Adni utk next year. Keperluan Aisha pun sama, since next year dorang dah x duduk ngn opah lagi.. Bila tgk list YaRabb baru anak seorang kalau 4-5 macam mana la, dengan ekonomi mcm hauk sekarang ni.

Ingat end of this month nak keluar shopping cari separuh dulu keperluan sekolah Adni, ye la kasut sekolah dah tukar warna, takut x da stock je nnt. Kena belikan besar sikit. Baju pun kena belikan labuh sikit, Adni ni mcm meninggi je.. baju 5tahun semua dah singkat..

Check Out List Bawah boleh mengundang airmata, belum termasuk yuran sekolah pagi petang, transit. Semoga Ibu&Ayah di murahkan rezeki, tips kami, menabung setiap bulan RM100 untuk anak-anak masuk Tadika/Sekolah


Keperluan - Sekolah Adn QTY Anggaran
1.Beg Sekolah 2 set  120
2.Kasut Sekolah  2 set 120
3.Smart Watch  1 set 60
4.Stationery 60
Pencil,pembaris, pemadam 360
warna, crayon, watercolor, 
beg bento, botol air, 
bekas makanan, pembalut buku
5.Uniform
Stokin 4pc 10
Kain Hitam 3 pasang 45
Kain Hijau 3 pasang 45
Baju Kurung 4 pasang 100
Tudung Sekolah lycra + Anak Tudung 4 pasang 50
Track suit / Baju Putih Tshirt 2 psg 30
280
6.Buku latihan
KSSR Matematik 15
KSSR Bahasa 15
KSSR English 15
45
* Optional
* Red Color  ***685
Anggaran Untuk Kakak saja RM700 :)

Keperluan - Taska Aisha
1.Beg  1 set 20
2.Baju &Seluar semegah 10 set 100
3.Botol Susu /botol minum 2 set 24
4.Berus Botol 1 set
10
5.Bedak, Brg mandi, bakul set 50
6.Tuala  2 set
20
224
Untuk Adik Pulak :)

Senyum je la.... 

22 Ogos 2018

Janda Baik - Familyday Trip

Finally tercapai sudah hajat pakcik aku aka cik oo nak buat family trip. This year dorang aturkan ke Homestay D'lampin Janda Baik utk trip 3h2m. Alhamdulilah semua bagi kerjasama. Mama pun ikut, wlpn asalnya dia x mau pi..haha

Kami gerak dari KL 17/8 pukul 11.30 sbb Zakwan cadang nak solat jumaat dekat sana je, tapi x dapat kami stuck dekat highway duke jem. Sampai Janda Baik lebih kurang kul 2.30 terus solat Zohor. Kami sampai paling awal, turunkan barang makan, sbb mama dilantik menjadi cef, maka penuh la bonet kereta dengan makanan. Aktiviti hari pertama free&easy je.

Hari kedua dorang buat sukaneka utk anak2, 4 game berturut2 Adni kalah, hahaha.. ayu sgt main. Suami isteri kena main permainan belon kasih syg..erkk? entah aku pun lupa apa nama game tu. Tuk baby2 mcm Aisha pun ada, game kutip telur. Memang Aisha buat kecoh, semua telur dia nak kutip seorng.. Sara & Pia pun ada game jugak. Alhamdulilah masing2 happy.. Malam kedua tu plan buat BBQ & Penyampaian Hadiah sukaneka. Seronok Adni dapat hadiah wlpn kalah.

Homestay D'lampin kalau utk suasana aku boleh bg 4bintang sebab kedudukan homestay memang sebelah sungai je dan ada kawasan lapang utk aktiviti..tp dari segi fasilities @ kemudahan asas tu aku boleh bagi 2 bintang.. sedih sgt.. sebabnya banyak peralatan yang aku rasa x berfungsi. haha. Peti ais x sejuk tunggu masa nak runtuh, dekorasi rumah mcm x ikhlas nak buat homestay, hauk sgt.. Kettle jug pun xda, jenuh aku nak masak air utk susu anak. sudu, garfu lagi azab xda.. Sekeling kawasan homestay ni banyak jugalah rumah yang ada utk disewa.

Last day lepas tangkap2 gambar, turun je Janda Baik kami naik ke Genting Higlands pulak, ingat nak uturn sbb mcm tinggi sgt, kereta berat pulak tu byk brg.. tp Zakwan ckp x pa boleh je. Kami park kereta dekat First World, turun jalan2. Lepas mama ckp dia teringin nak naik cabel car. Zakwan kata x pa la aku naik dengan mama, dia bawak kereta tunggu dekat GPO. Harga tiket dah turun ke RM7..Haha, Aisha x pyh tiket sbb dia bwh 90cm. Kami naik satu gondola dengan pelancong Cina tapi dari Indonesia..haha..Ingatkan adni takut naik cable car tp nan hado, muka berani gila.. Aku yg cuak. Lebih kurang 10-15 min juga la duduk dlm cable car sebelum smp ke GPO. Sampai je kat GPO, Zakwan dah tunggu. Mama ckp dia dah letih xmau g mana2 nak balik rumah je.. Alhamdulilah kami smp Puchong lbh kurang pukul 4.30..huhuhu.. kepenatan!!!!




Warna Warni Hidup 2020.

  Alhamdulilah lagi a few days kita nak ucapkan selamat tinggal 2020. Tahun ini memang tahun yang sangat tak disangka2 akan berlaku, siapa j...