Finally tercapai sudah hajat pakcik aku aka cik oo nak buat family trip. This year dorang aturkan ke Homestay D'lampin Janda Baik utk trip 3h2m. Alhamdulilah semua bagi kerjasama. Mama pun ikut, wlpn asalnya dia x mau pi..haha
Kami gerak dari KL 17/8 pukul 11.30 sbb Zakwan cadang nak solat jumaat dekat sana je, tapi x dapat kami stuck dekat highway duke jem. Sampai Janda Baik lebih kurang kul 2.30 terus solat Zohor. Kami sampai paling awal, turunkan barang makan, sbb mama dilantik menjadi cef, maka penuh la bonet kereta dengan makanan. Aktiviti hari pertama free&easy je.
Hari kedua dorang buat sukaneka utk anak2, 4 game berturut2 Adni kalah, hahaha.. ayu sgt main. Suami isteri kena main permainan belon kasih syg..erkk? entah aku pun lupa apa nama game tu. Tuk baby2 mcm Aisha pun ada, game kutip telur. Memang Aisha buat kecoh, semua telur dia nak kutip seorng.. Sara & Pia pun ada game jugak. Alhamdulilah masing2 happy.. Malam kedua tu plan buat BBQ & Penyampaian Hadiah sukaneka. Seronok Adni dapat hadiah wlpn kalah.
Homestay D'lampin kalau utk suasana aku boleh bg 4bintang sebab kedudukan homestay memang sebelah sungai je dan ada kawasan lapang utk aktiviti..tp dari segi fasilities @ kemudahan asas tu aku boleh bagi 2 bintang.. sedih sgt.. sebabnya banyak peralatan yang aku rasa x berfungsi. haha. Peti ais x sejuk tunggu masa nak runtuh, dekorasi rumah mcm x ikhlas nak buat homestay, hauk sgt.. Kettle jug pun xda, jenuh aku nak masak air utk susu anak. sudu, garfu lagi azab xda.. Sekeling kawasan homestay ni banyak jugalah rumah yang ada utk disewa.
Last day lepas tangkap2 gambar, turun je Janda Baik kami naik ke Genting Higlands pulak, ingat nak uturn sbb mcm tinggi sgt, kereta berat pulak tu byk brg.. tp Zakwan ckp x pa boleh je. Kami park kereta dekat First World, turun jalan2. Lepas mama ckp dia teringin nak naik cabel car. Zakwan kata x pa la aku naik dengan mama, dia bawak kereta tunggu dekat GPO. Harga tiket dah turun ke RM7..Haha, Aisha x pyh tiket sbb dia bwh 90cm. Kami naik satu gondola dengan pelancong Cina tapi dari Indonesia..haha..Ingatkan adni takut naik cable car tp nan hado, muka berani gila.. Aku yg cuak. Lebih kurang 10-15 min juga la duduk dlm cable car sebelum smp ke GPO. Sampai je kat GPO, Zakwan dah tunggu. Mama ckp dia dah letih xmau g mana2 nak balik rumah je.. Alhamdulilah kami smp Puchong lbh kurang pukul 4.30..huhuhu.. kepenatan!!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Warna Warni Hidup 2020.
Alhamdulilah lagi a few days kita nak ucapkan selamat tinggal 2020. Tahun ini memang tahun yang sangat tak disangka2 akan berlaku, siapa j...
-
Family Day – 2020. Wak Miah & Enjah 2-4 October 2020, adik beradik mama decide buat family date dekat Teratak Kabung, Janda Baik. Fu...
-
29/10/2017, Adni ada performance untuk annual concert dekat Golf Club Kinrara, event start pukul 9.30 tp kena dtg pkl 8.30 tp idok ye la kam...
-
Last week kami cuti lama, start dr 31hb.8 - 5hb.9, cuti dr Merdeka, Raya Haji smp la M'sia menang SeaGames KL 2017, Waw...hebat ko nyah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan