Powered By Blogger

2 Jun 2015

Cardio, Minor Operation - Serdang Hospital Fibrilasi Atrium (FA)

21st May 15, aku baru je selesai operation kecik, di sebabkan masalah degupan jantung tidak normal, hohoho, takut je dgr, Alhamdulilah berjaya, wlpon doc ckp kecik, tp sakit ooo, ye la mana x ye, kena toreh kat peha kiri & kanan utk masukkan saluran tiub. Ada la jugak 1 jam lebih. Alhamdulilah jugak, sbb aku dapat kesan awal benda ni, kalau x mungkin sakit yang lain dtg. 

Aku ada la jugak baca2 pasal penyakit aku ni,Fibrilasi Atrium (FA) iaitu keadaan degupan jantung tidak normal berpunca daripada kegagalan impuls elektrik jantung semula jadi.  Sebenarnya mula2 kena mase aku pregnant x silap aku mase tu kandungan dlm 8 bln++,  1 mlm tu, tgh2 tidur tiba-tiba rase, x blh nak bernafas, mcm nafas tersekat kat kerongkong, aku x kejut pon Akmal, sbb fikir mgkin sekejap je kot, tp masa dl kepala, mungkin hari ni hari terakhir aku dlm dunia ni, mata melilau cari kelibat, yela org ckp lau nk meniggal malaikat ada. Adeh, lama jugak la aku terduduk kat birai katil, lps 15 minit, baru nafas aku, dengup jantung jd normal, &; benda ni aku mmg x pernah cerita kat sapa2.. 

Aku ingat, tu la last aku kena, mase kena 2nd time tu, aku tgh siap2 nak pi kerja, tp jantung tiba2 rase x normal, kali ni, x blh ngelak sbb Akmal nmpk muka aku pucat dah lain, dia ajak pi klinik kesihatan, smp sana, terus dorang suruh masuk bilik kecemasan, & check degupan jantung lbh 190, normal ialah 60 hingga 100 kali seminit. Dorang decide untuk hantar hospital serdang, naik la ambulance, first time dlm hidup naik ambulance, bukan makin kurang dengup jantung aku, makin laju, ada la, smp hospital, nurse tolak masuk bilik zon kritikal. Kena la tahan dalam 5 jam untuk check jantung, &  mase tu kena masuk ubat, mase masuk ubat tu hanya Allah je taw sakit dia, seolah2 badan macam masuk dadah, bila ubat tu masuk je dlm darah, automatic bdn terangkat sendiri... 

Start dari tu aku kena follow up case kat Serdang, tp taw je la kesabaran aku mmg berada dlm tahap mininum nak menunggu la, apa la, diknon dah g gov hospital, buat gaya pi gov, #xsedardiri hahaha, aku pon skip la pi followup, & padan muka, kali ketiga aku kena lg mase nak pergi breakfast, dah siap2 tiba2 jantung x blh control laju, terus zakwan anta pi hospital, smp2 biase la doc x membebel dl, dia membebel kemudian, bg aku sihat dl.haha pandai doc ni amik hati, kali ni br aku dpt ubat cair darah, lps 3 bulan, aku terus dapat date utk operation... pantas...

Alhamdulilah, sekarang rase sakit tu dah x da, aku harap lepas ni kalau preggy lg x da la  kena macam ni...




Tiada ulasan:

Warna Warni Hidup 2020.

  Alhamdulilah lagi a few days kita nak ucapkan selamat tinggal 2020. Tahun ini memang tahun yang sangat tak disangka2 akan berlaku, siapa j...