Powered By Blogger

21 Disember 2017

6th Anniversary ~ ZakwanSuraya~

Alhamdulilah lagi 2 hari in sha Allah kami sambut anniversary ke 6, enam tahun Allah masih panjangkan jodoh antara kami, insha Allah semoga jodah ini kekal hingga ke syurga, semoga kami tetap berjodoh disana nanti. Org kata kami dah tempuh fasa 5tahun pertama yang penuh ranjau & onak duri..xdala duri sgt pon..tapi last year fasa kelima memang kami di berikan ujian oleh Allah.

Ingat lg, ada seminggu nak sambut raya company Zakwan terminate dengan VSS payment 2 bulan gaji, kami mcm tersentak jugak, tp xpa la percaya rezeki Allah tu luas..dah la dengan sarat mengandungkan si Aisha 9 bulan tunggu ms bersalin je. Lucky ak mmg seorng yg suka merancang sesuatu, segala kelengkapan aisha, baju2 raya kami anak beranak aku dah siapkan seawal puasa jd xda la terasa sgt.

Ingat lg, lps lahirkan Aisha, Zakwan dpt panggilan interview & 2 hr kemudian Alhamdulilah dapat panggilan kerja, kami mmg tumpang rezeki anak. Bukan 1 syarikat ada 2 syarikat panggil utk kerja.
Setelah sehabis fikir, zakwan decide utk kerja di Valiram Group. 

Thn lps jugak kami diuji dengan kesakitan Aisha, alhamdulilah segala pujian bagi Allah, SubahanaAllah, segala urusan pembedahan Aisha dipermudahkan dipercepatkan, wlpn Doc ada bagitahu kemungkinan ketumbuhan tu akan ada,dlm masa 10-15 thn inShaAllah kami akan usaha sedaya mungkin, selebihnya serahkan kepada Pemilik Alam Semesta.

Thn ini, kami bahagia dikurniakn dua cahaya mata yang keletah, baik, & sempurna. Semoga Allah lindungi srikandi kami dari fitnah akhir zaman, semoga srikandi kami sentiasa menjadi penyejuk mata, berjaya dunia akhirat. 

Abg Happy Anniversary, semoga kita bahagia, dibawah rahmat Allah.




19 Disember 2017

Pusat Sains Negara 2017!

Actually, plan tuk dtg sini last week cuti Sultan Sel, plan lepas aisha selesai amik darah kat HKL, lps tu mama pulak call suh g tgkkan Alham dia accident mlm tu ambulance hantar ke HKL, dah pulak, adik aku ni memang asal dpt keje mesti jatuh moto ada je badi dia nak amik MC, alhamdulilah ibu jari kaki je luka kecik, lps ziarah adik aku belikan makanan kami pon pergi la ke PSN, tp nan hado penuh gila kiri kanan org parking, blm lg tepi2 highway, sudah, aku ckp ngn zakwan kita pi next week je la sebelum aisha checkup, yg si kakak dh merengek2 suh parking je kat mana2, maklum la dah nmpk patung TRex kat luar..Nangis2 si kakak aku x jd pergi nak pujuk bawak la ke Giant Equine main indoor park. 

Asalye aku just apply 1/2 je cuti, tp tukar la last minute tepati janji bwk anak2 dtg sini, kami smp dlm pukul 9pg, awal nok, mmg seronok la, aku ingt kami paling awal sekali naik atas dah ada skt 10 kete start berkumpul dpn pintu masuk sbb pintu bukak pukul 9. Masuk sni free smp 31/12/2017, tp kena register bape org yg nak masuk dlm tu. Masuk dalam ni x boleh bwk makanan, tp  budak jaga kaunter tanye akk ada bwk makanan? belum sempat aku bg jwpn dia kata oo makanan tuk anak x pa kak, boleh bwk masuk, aku pon iye kan je la, dia x taw bwh stroller ank aku penuh makanan, nasi goreng, ayam drummets, roti cheese,hahaha. 

First entrance dia ada pameran ikan air tawar, ala2 aquaria okey la ko boleh kenal  jenis2 ikan air tawar ada patin, lampan, kelah, gemuk2 pulak tu ikan dia, lps tu start pameran sains, byk benda boleh belajar. Ada 3 tingkat sbnrye masa kami dtg ada 2 tingkat je blh masuk, tingkat 3 tgh renovate library pon x boleh masuk. Puas la kami anak beranak tgk pameran main mainan dlm tu, smp lbh kurang pukul 11.30 duk dlm tu, tp masa ni dah start ramai org byk rombongan budak2 sekolah, anak2 tahfiz, family yang amik cuti mcm aku layan kehendak anak..haha..

Puas dekat 3 jam duduk dlm tu kami pon pergi la kwsn water park dia, masa ni water park pon x ramai org lagi sbb ramai dah masuk dlm ruang pameran, aku ada baca review org seblm pergi sbb tu aku dah standby bj anak2 buat mandi, kolam mandi dia okey besar la jugak, parents sendiri kne jaga anak masa mandi. mcm aku siap bwkkan bj zakwan biar dia yg lyn anak2 aku boleh duk santai2..haha

Sblm gerak balik dlm kul 1.30 sempat singgah masuk taman rama2,tp ada 2 ekor je yg aku nmpk terbang, lain2 x taw hilang kemana. Smp HKL kul 2.30 tunggu dekat sejam no giliran Aisha, doc bgtw alpha-fetoprotein (AFP) Aisha naik dari 4.3 ke 9.6 aku dah mula cuak, doc bgtw kalo next test still naik dlm masa 3 bulan kne repeat CT Scan, balik tu je ak ngn zakwan decide beli biji aprikot & buah durian belanda alternatif lain mana tahu boleh dropkan balik darah dia. 













17 Disember 2017

Family Lepak-Lepak

As usually aku ngn zakwan almost every weekend akan bawak anak-anak keluar x kisah la beridah ke cuci-cuci mata ke, selalunya aku mmg akan cari tempat yang keluar belanja yang ciput maklum lah hidup zaman najib ni memang perit sikit. Duduk dekat Puchong ini ada la jugak pilihan taman-taman tuk keluar riadah, tempat-tempat yang aku selalu pergi :-

1. Taman Tasik Cyberjaya,

Tasik ni bersebelahan dengan Majlis Sepang, okey tempat yang luas, ada taman permainan yang besar tuk anak2 berlari main gelongsor, cuma sekarang ada la alat mainan yang dah nmpk buruk & ada setengah yang rosak sikit, x taw la bila dorang nak perbaiki. Datang sini kalo blh bwk la roti boleh bagi makan ikan-ikan yang ada kat tasik tu, view kat tasik ini pon cantik nak buat wedding photoshot pon blh. Ikan-ikan dalam tasik tu aku tgk naik seram dah gemok2 kenyang makan roti expired kalo tangkap sedap buat kenduri, ikan yang aku kenal patin je. Keliling tu aada la org jual makanan mcm roti, keropok, kerepek, aiskrim malaysia, belon buih & sewa basikal, tp setakat aku x pernah la sewa, kata nak jimat kan?  Selalu ye aku memang akan bawak makanan bila dtg sini saja la nak santai anak beranak. Ala2 picnic di tepi tasik. Nasihat aku ada 1 orang jual aiskrim naik moto kat sini macam bangla pon ada, jgn la beli, sebab cekik darah aiskrim 1.00 jual 2.00 jadah ye?

Related image   

2. Taman Wawasan Puchong

Taman ni  pon okey la jugak, sama macam TTC tp xda tempat nak bagi ikan makanan, cuma yang best dia ada 2 kawasan playground so xda la tumpu kat 1 tempat je, kat sini ada ramai remaja cina main bola keranjang sebab dekat dengan kawasan perumahan, ramai jugak la yg jogging kat kwsn ni
cuma kat sini byk jual makanan cina je la.


3. Taman Botani, Putrajaya

Taman inilah aku buat wedding photoshot, taman dia cantik, boleh belanja banyak pasal tumbuhan, bagi ikan makan, pusing2 sewa basikal, selalu jugak aku dtg sini tp x sekerap TTC, tgk mood, kat sni aku & kwn2 ada buat potluck, lepak sembang2, ada jugak family yg celebrate birthday, yg famous wedding photoshot, graduate photoshot, & maternity, ada 1 bangunan ala2 moroco.



4. Taman Wetland

Aku baru sampai kat taman ni selalu ye lalu je lps balik dr botani x pernah terpikir nak dtg, lately ni ramai yang share kami pon nak jugak pergi, so far tmpt dia best kalo malas nak jalan boleh la naik tram @ sewa basikal sebab tempat dia dr 1 ke satu tu memang la jauh, kat sini ada pusat penghayatan alam masuk free best budak2 mmg la happy sgt kalo masuk dlm ni, tp dia tutup smp pukul 5.30 je, pukul 5.15 pak guard dah dtg x bg masuk,bertabah la, masuk la hari lain.


     

30 Oktober 2017

Krista Koi Puchong - Annual Concert 2017

29/10/2017, Adni ada performance untuk annual concert dekat Golf Club Kinrara, event start pukul 9.30 tp kena dtg pkl 8.30 tp idok ye la kami dtg awal biasa la ada je halangan yg melanda. nak mekapkan anak ko lagi,dah la Ibunya tangan kaku, x pernah nak bermake up. sanggup bli set make up kits kat Lazada one week before.hahaha, nmpk sgt Ibu dia mmg xda set make up. Yg ada dlm beg  make up aku,maybelline bb cream, powder, eyeliner, mascara, & lipstick. lg 1 himalaya moisturizer. Kejadah yg lain mmg x pernah ada.hahaha.. konsep ye anggap je la muka ko dah cukup cantik tanpa barang2 lain.kih kih

Kitarog smp dalam pukul 8.50 okey la awal jugak, tempat yang dorang book ni agak kecik pentas pon seconet je, kelakor pon ada, may be ini kali kedua br dorang buat sebab tadika barukan byk lg yang boleh improve by next year. Pengurusan pon agak messy, mungkin sebab performance sekali dengan daycare kids, ye la kids umur 18months dah kena buat persembahan mmg la susah nak di atur..

Apa-apa pon our kids & parents enjoy tgk anak2  performed. Adni dance 2 lagu satu Waka Waka by Shakira This Time for Africa..hahaha, may be sbb ada 3 org kwn dia asal dari sana. hehehe. lg 1 famous indian song Mukala Mukabala. terkejut aku.. Teacher pon ada buat program utk parents join Fashion Show, tp kami idok join hahaha.. ye la sat g nak join Aisha berlari atas stage kuar saka aku. Okey ramai parents yg supportive join.

Next year Adni still belajar kat sini lagi, sbb dia pulak x nak pindah sekolah. x pa la tinggal lg one year je, Enjoy your kids life baby, u never turn back.












8 September 2017

BerJimba

Last week kami cuti lama, start dr 31hb.8 - 5hb.9, cuti dr Merdeka, Raya Haji smp la M'sia menang SeaGames KL 2017, Waw...hebat ko nyah.. sepatutnya plan kitorang nak balik kg raya hj ni, tp apakan daya Allah yg tentukan segalanya, abg aki xda kat kg, dia pulak yg mai kl tu pon sebab ada operation dekat Sunway Medical. Semoga Abg Ipar cheq sihat hendakNya.. 

So bila plan dah bertukar maka ko pon jd blur x memasal, mana nak pergi bercuti bwk anak2 ye la asalye kalo balik kg, nnt nak singgah ke Lumut guna voucher SGI, tp nan hadooo. Bincang punya bincang kami bawak la anak2 pergi mandi kolam & tgk haiwan.

2hbSept17,

Zakwan ajak pi tdo umah kak anim kat Putrajaya, sbb plan nak bwk anak2 pi mandi kolam kat putrajaya, okey la dr x buat apa2 time cuti ni. Kolam mandi kat putrajaya ni ada byk, since dtg time cuti sekolah mmg penuh je la, ada dkt presint 9, 11, 5 x silap aku, sbb aku bkn dok sini,,huahua..
pas tu kolam ni ada sesi2 taw, pagi, tghari, ptg & mlm, klo pagi dari 9-11 mmg xla dpt pergi laki aku tdo pas subuh xreti bgn, nak pergi sesi tghri kul 1-3 x silap, rentung la aku nnt anak beranak, last2 kami ptg kul 4-7, okey la pas asar siap2 bwk anak pi main kolam kat sana. kami pi ke presint 5 marina. Okey la aku br first time smp ni, ada 2 kolam 1 dewasa & kanak2, ramai bak ang..blh la setakat anak2 ko nak meyelit, abis2 mandi dkt kul 7, langit dah gelap gila tanda2 nak ujan lebat, plan nak makan satay kat Taman Warisan tp syg ye tutup ye la sapa nak buka raya2 hj cuti pjg pulak tu, last2 makan la nasi penyek. Kami ni dok compius nak g mana esok ye, plan nak ke Bukit Tinggi, tp mcm x best balik ari, Adni pulak nak tgk haiwan, so decide bwk la pergi Farm In The City Sri Kembangan..


 







3hbSept17,
Siap2 breakfast, buat bihun goreng, goreng nugget, bebola ikan konon2 nak buat makan kat sana, haha kami mmg penjimat jgn membazir,lgpon tmpt2 mcm tu mahai nak mati dr ko membazir beli air mineral 3 henget botol kecik baik la bawak sendiri air.. Okey la tempat dia, cuma masa kami pergi Ya Allah ramai ye umat, x berapa best sebab tmpt dia sempit ketiak basah je panas wlpn pg tu hujan lebat. Tempat ni boleh dikatakan menarik jugak la ye la tgh2 bgnn tiba2 ada farm, ada la albino buffolo, kura2 gergasi, alpaka, poney, yg best ko blh pegang semua binatang ni, yg jinak je la.. yg bahaya dah kne kurung simpan dlm kandang. dinasihatkan jgn la dtg time peakseason kalo nak menikmati keindahan haiwan2 ni. Tempat makan ada, tp x berapa besar sgt, boleh la. Mcm aku ckp makanan dia mmg mahal.. hohoho, sebaiknya lps tgk2 haiwan pi la makan kat Giant dpn tu lg kenyang. Tiket dia okey la padan la dewasa 32 kanak2 27.


 
    



4hbSept17,
Wala, bgn pagi siap2 kan breakfast nasi goreng, goreng nugget, roti telur cheese tok bekalan sepjn berjimba kat icty waterpark. tp ada cite sadis huhuhu.. kami smp2 awal la jugak lbh kurang pkl 10.30, ye la bukak pkl 10, hahaha exicted pnye pasal. Sadis ye makanan yg aku bwk kantoi.hahaha..amik ko nasib baik dah breakfast kt umah, aku letak dlm beg susu anak, tp lupa nak simpan dlm tmpt zip dah kantoi, tp nsb kena la kuarkan nugget & roti, berjaya selamatkan nasi goreng aku, lau x kebulur..hahaha.. tiket dia berbaloi la jugak , 24 henget dewasa, 15 kanak2 tu pon aku bli online masa duk kat umah kak anim. okey la ada tmpt dia cuma xda pondok mcm kat wetworld ye la aku risau hujan je, cuma ada la pyg & meja kat tmpt mknn..cuaca alhamdulilah cantik je, sbbkan makanan anak2 kantoi, aku kena leburkan duit 10henget bli bebola 8pc & hotdog koktel 8 pc..nangis mak, x berbaloi, nasib baik 3 botol air mineral aku dia bg bwk masuk, sbb ak ckp tok susu anak. lama jugak kami berjimba smp pkl 3, stop sbb nak pi zohor, lgpon cuaca dah lain mcm kang ujan x memasal demam anak beranak.



 





Alhamdulilah, happy dapat jalan

ngn anak2, ye la dulu aku dl mana nak rasa pergi jalan2 mcm ni, adik beradik ramai, pk 18 kali ayah,hahaha..



Warna Warni Hidup 2020.

  Alhamdulilah lagi a few days kita nak ucapkan selamat tinggal 2020. Tahun ini memang tahun yang sangat tak disangka2 akan berlaku, siapa j...