Powered By Blogger

21 Disember 2017

6th Anniversary ~ ZakwanSuraya~

Alhamdulilah lagi 2 hari in sha Allah kami sambut anniversary ke 6, enam tahun Allah masih panjangkan jodoh antara kami, insha Allah semoga jodah ini kekal hingga ke syurga, semoga kami tetap berjodoh disana nanti. Org kata kami dah tempuh fasa 5tahun pertama yang penuh ranjau & onak duri..xdala duri sgt pon..tapi last year fasa kelima memang kami di berikan ujian oleh Allah.

Ingat lg, ada seminggu nak sambut raya company Zakwan terminate dengan VSS payment 2 bulan gaji, kami mcm tersentak jugak, tp xpa la percaya rezeki Allah tu luas..dah la dengan sarat mengandungkan si Aisha 9 bulan tunggu ms bersalin je. Lucky ak mmg seorng yg suka merancang sesuatu, segala kelengkapan aisha, baju2 raya kami anak beranak aku dah siapkan seawal puasa jd xda la terasa sgt.

Ingat lg, lps lahirkan Aisha, Zakwan dpt panggilan interview & 2 hr kemudian Alhamdulilah dapat panggilan kerja, kami mmg tumpang rezeki anak. Bukan 1 syarikat ada 2 syarikat panggil utk kerja.
Setelah sehabis fikir, zakwan decide utk kerja di Valiram Group. 

Thn lps jugak kami diuji dengan kesakitan Aisha, alhamdulilah segala pujian bagi Allah, SubahanaAllah, segala urusan pembedahan Aisha dipermudahkan dipercepatkan, wlpn Doc ada bagitahu kemungkinan ketumbuhan tu akan ada,dlm masa 10-15 thn inShaAllah kami akan usaha sedaya mungkin, selebihnya serahkan kepada Pemilik Alam Semesta.

Thn ini, kami bahagia dikurniakn dua cahaya mata yang keletah, baik, & sempurna. Semoga Allah lindungi srikandi kami dari fitnah akhir zaman, semoga srikandi kami sentiasa menjadi penyejuk mata, berjaya dunia akhirat. 

Abg Happy Anniversary, semoga kita bahagia, dibawah rahmat Allah.




Tiada ulasan:

Warna Warni Hidup 2020.

  Alhamdulilah lagi a few days kita nak ucapkan selamat tinggal 2020. Tahun ini memang tahun yang sangat tak disangka2 akan berlaku, siapa j...