Powered By Blogger

1 Julai 2018

Adni Tukar Sekolah Tahun 1

Mood raya, malas je nak berkerja, semalam dah penat ke kenduri cik wan, si duda & janda bersanding, alhamdulilah bertemu jugak jodoh pakcik aku. Raya tahun ni memang rasa macam pantas je hari berlalu.. Alham pun baru bertunang last week, besar dah adik2 aku rupanya..hahaha..

Sebelum ni aku dah hantar permohonan tahun 1 Adni dekat sekolah SK Puchong Batu 14, tapi since last week aku buat keputusan nak hantar Aisha ke Taska next year, jadi Adni pun kena la tukar sekolah, ye la kesian dekat mama nak kena jaga dorang. Mama pun dah buat drama, ckp nnt kalao dah x jaga cucu mesti 2 bulan sekali belum tentu aku datang rumah.hahaha, gaya mama mcm aku pindah ke kedah.

Aku mulakan dengan cari taska dekat kawasan rumah jumpa 1 fb, Taska Ceria Bayu Idaman, area townhouse belakang sekolah agama, tanya yuran bulanan untuk Adni & Aisha, Adni untuk transit bulanan RM 200, + transport ambil dkt sekolah pagi + hantar ke SRA RM80, utk Aisha RM 300, dia bagi diskaun untuk Adni since hantar adik beradik dapat la RM 180. Okay sgt2 dah harga lagi2 dia complete dengan transport, suami owner tu sendiri yang ambil + hantar. Lebih kurang je jumlah dengan aku hulurkan dekat mama, sebab tolong tengok2kan Adni & Aisha.

Lepas tu aku call SK Puchong tanya macam mana nak batalkan permohanan yang aku hantar bulan 4, Puan Sabrina kerani dekat sekolah suruh aku kemaskini dalam web je, tapi aku ckp, dalam web SPS aku memang x boleh update apa2. Dia kata lagi 2 jam PK Hem akan batalkan. Yup lepas 2 jam aku boleh kemas kini permohonan, aku apply SK Pulau Meranti. Lega 1 urusan dah settle plan esok lunch hour keluar awal sikit nak hantar borong sekolah adni dekat SK Meranti.

Sambil tu aku cuba call SRA Bandar Bukit Puchong 2, takut la dah penuh kemasukkan tahun depan tapi pengetua bagitahu boleh terus walkin je ke sekolah bawak surat lahir copy & ori, ic parents + gambar Adni 3 keping ukuran passport. Alhamdulilah senang la nnt. Rasa macam nak kena ambil halfday utk settlekan sekolah si Adni ni.




Tiada ulasan:

Warna Warni Hidup 2020.

  Alhamdulilah lagi a few days kita nak ucapkan selamat tinggal 2020. Tahun ini memang tahun yang sangat tak disangka2 akan berlaku, siapa j...