Powered By Blogger

30 Disember 2019

Perbezaan Rumah Subsale & Under Construction.


Alhamdulilah rezeki / nikmat dunia yang Allah bagi, tahun kami di berikan rezeki untuk rumah kedua. Kali ni berbeza sikit urusan pembelian rumah dari rumah yang pertama. Banyak beza beli rumah subsale & under construction lagi2 bab duit.. menguji keimanan & kewangan..haha..


Rumah Subsale
Under Construction
Rumah
Pangsapuri Cempaka
Kita Bayu – Rumah Bandar (TownHouse) Upper Unit
Status
Freehold – Non Bumi (Tertakluk pada Lembaga Perumahan Sel.)
Leasehold – 99 Years -Bumi
Harga
RM84000
RM409900/ After Rebate @ deposit 10% pemaju RM368,910
Booking
10% - RM8400
RM 2000
Loan
90% - RM 77400
90% RM368910+MRTT
Lawyer Fees
Estimated RM 9000 (SNP&Bank)
FOC – waiver by developer
Rate Loan
4.8% - OCBC Islamic Loan
4.4% CIMB Islamic Loan
Montly
RM 380
RM1818
Insurance
RM750  (MLTT) – Yearly Cover RM77400
RM 24000 (MRTT) Cover RM305+++ Lumpsum – include dalam loan
Valuation
RM 600
N/A
Maintaince Charges
RM 38.50
RM 130
Pro&Cons
1.Perlu sediakan wang yang banyak sekaligus macam kami lebih kurang RM19000, hasil pinjam duit ayah RM9000, yang lain saving kami.

2.Macam biasa kena pastikan semua bil, cukai, outstanding buyer dah settlekan semua.

3.Kerosakkan kena tanggung sendiri, cat berwarna – warni, kos untuk betulkan rumah saja lebih kurang RM 1500


1.Tak perlukan sediakan wang sekelepuk, tapi kena makesure ada lebihan duit setiap bulan untuk bayar progress payment –
Cthnya 10%, 50% dalam tempoh 24 bulan/lebih, depends pada agreement, kena selalu follow up dengan bank, mcm kami Tanya bank berapa maximum progress claim yg kena bayar smp vp, banker kata RM 1+++, maknanya kami kena allocate duit sikit2.

2. Kena selalu followup dengan bank, pastikan bank disburse dekat developer ikut stage yang dinyatakan kalau tak masa ambil kunci masalah lain pulak timbul, mungkin kena bayar penalty sebab lambat interest.

3.Selalu lawat tapak project



Apa-apa pun niatlah beli rumah untuk keselesaan keluarga, walaupun mungkin banyak benda yang terpaksa di korbankan.. lepas ni dah x boleh la nak selalu keluar jalan2.. spend time duduk dlm rumah baru berbaloi bayar mahal2..hahaha..ayat nak sedapkan hati.. Harap-harap April 2021  rumah kami siap tanpa sebarang masalah. So far developer LBS top 5 developer dekat Malaysia..Harapnya keputusan kami beli rumah yang baru ni tak salah.


29 Disember 2019

Hi Tea~ Atmosphere 360

Finally merasa la jugak makan kat sini walaupun sekadar hi tea. Hahaha.. Last 2 weeks masa tgh scroll fb ada link share info traveloka buat promotions kaw2, I apa lagi pantang nampak benda murah haruslah rembat.. Ginilah nasib rakyat marhean m40🤣🤣...

Memang murah la promo hitea dalam rm18/adult RM13/kids.. Total 4beranak dlm RM60. Okey lah kan compare dgn harga biasa dorang RM60 tu 1 pax tuk adult. Actually aku book 25hb December sebab plan nak celebrate anniversary yg 8 kat sini.. Masa nak ke step payments tu agak heng la jugak apps traveloka ni.. Biasa la benda murah sapa yg x nak kan.. Alhamdulilah ada rezeki.. Tp after 1 week customer service call inform 25hb block date utk krimas so blh reschedule @ refund.. So I pilih utk reschedule sebab teringin nak mkn sambil berpusing.. Gitew

Kami sampai dlm pukul 1.30 tp parking azab nak dpt Last2 keluar parking dekat open space depan balai polis dang wangi per entry rm6, naik mycar ke sana dlm rm7. Tp ada code promo byrlah rm5je.. Okay la kan..

Sampai2 solat zohor dulu, tp Betul2. X puas hati dgn surau dia kecik gila. X sesuai dengan Tempat pelancongan, aku rasa besar lg surau shell. Apo la tu blm lg yg x solat duk melempek dlm tu tunggu kawan sakit hati kita..lepas tu br kami pi redeem vouchers Kena beratur biasa lah ramai gila org weekend kan. Ada dua que tuk ke sky deck & restoran.. Staff akan guide utk ke lift sbb dorang pakai akses card.. Sapa yg nak ke restoran boleh pergi ke observation deck dulu.. Sebab pukul 3.30pm baru boleh masuk restaurant. Puas ronda2 kami naik je tangga ke restaurant.

Makanan dia x berapa onzzz sangat sikit je mcm murtabak, pancake, kek2, sup2, aiskrim, lemang n rendang, ada lah nasi goreng cina & nasi ayam. Lebih kurang mcm breakfast dekat Hotel 3bintang.😜😜
Cuma suasana dia yg mahal makan berlatar belakangkan Klcc, & Kuala Lumpur..staff kat sini agak friendly boleh tlg snapkan gambar, tu yg penting kan..











15 Disember 2019

BirthdayTripAdni ~ Bangi Wonderland


Last weekend, baru sempat bawa kakak pergi berjalan sempena birthday dia yg ke 7, besar dah anak sulung I, tuptup esok dah nak kahwin, alahai.. sedihnya.. Sebabkan birthday kakak hujung tahun, annual leave ibu pun dah habis kita bawa je tempat yang dekat-dekat, kali ni kami pilih ke Bangi Wonderland Theme Park, tempat dia bukan dekat Bandar Baru Bangi, iye iye dulu kami ingat dekat dengan UKM, hahaha, location dia dekat sangat dengan mcdonald bandar sri mahkota..

Tiket macam biasa kami beli online dekat wonder.fly, lepas compare dengan travaloka, & fave, wonderfly murah sikit plus ada potongan lagi 6%, so total kami 4 beranak pi berjimba dalam RM159/4, perpax RM39.75, murah compare kau nak kena beli dekat kaunter, dah la kena beratur panjang. Tp sygnya masa kami pergi seharian hujan, lepas tu ada lebih 4company buat family day, kau bayangkan betapa crowdednya tempat ni…nak tukar date x boleh, ticket bukan boleh refund, lagi  pun kau dah janji dgn anak, jgn sekali2 break the promise…gitew, kalau x kau dengar dia punya ungkitan 8hari8mlm.

Kami sampai lebih kurang pukul 10, bertolak dari Puchong pukul 9.15am, jauh gak la. Sampai2 kami parking dekat basement rate rm6.00, masa tu memang dah ramai orang start beratur, rasanya yang join family day dah start awal, macam biasalah pi themepark kena check bag. Sampai2 terus cari port utk letak barang, kami x sewa pun locker, kat sini ada cabana @ pondok sewa dalam rm75, mahai, baik buat makan mcd, lagipun anak2 dah besar, kalau ada baby sesuai la utk sewa selesa sikit. Masa kami sampai ni khemah utk public seating memang xda org lg kemas barang apa yg patut, lgpun kami memang dah pakai baju renang dari rumah..senang aku x pyh pk nak cari toilet..hahaha..
Kat sini makanan dia kebanyakkan set RM12 include air tin, Cuma yang x berapa best portion nasi ayam dia sikit sangat, aisha makan x cukup, hahaha…ada macam-macam menu, staff/lifeguard pun ramai, rasa safety sikit la anak2 main..So far aku rasa zakwan 2 attraction ja yang dia x cuba, yang lain semua dia pulun, yg x cuba tu pun sebab kena ada 4 orang, lagipun ada hari minggu memang kena beratur pjg, x syok sgt nak main..haha. Kat sini kebanyakkan mainan ni berat badan ko kena make sure bawah 80kg, kalau sado sgt jangan bermimpi korang dapat main, kesian aku tgk budak2 badan sasa berat over langsung x boleh main...sedih akk tgk dikk..

Kami kat sini dari puku 10 sampai ke 5 ptg, hujan memang x berhenti langsung, alhamdulilah hujan dia jenis renyai2, bukan yang pakej guruh+petir, tu lagi si kakak dah sound ibu jangan ajak balik kul 3 ya.. I kena sound u.. Sebab memang dah plan nak stay lama, kami bawak 2 set baju tuk mandi, ngam2 masuk waktu zuhur, aku gilir-gilir dgn zakwan pi mandi & tukar baju solat, lepas tu sambung main balik sampai pukul 5, masa ni orang memang dah start kurang, ye la lagi 1 jam nak shutdown, masing2 berebut la nak mandi, yg best kat sini toilet & changing room banyak, jadi x da isu x cukup tempat nak mandi.


Balik tu kami singgah mcd jarak dalam 4km ja, lapar gila, ye la makanan dia portion sikit sangat, bila dah berendam comfirmlah lapar. Kesimpulannya aku & zakwan pk, lepas ni kena avoid dtg weekend, kami kena ponteng keje, utk berjimba sorry bos..dan aku rasa lepas ni kena datang lagi nak tgkp gambar puas2 sebab hujan, mood nak bergambar dah lari…







Warna Warni Hidup 2020.

  Alhamdulilah lagi a few days kita nak ucapkan selamat tinggal 2020. Tahun ini memang tahun yang sangat tak disangka2 akan berlaku, siapa j...