Last weekend, baru sempat bawa kakak pergi berjalan sempena
birthday dia yg ke 7, besar dah anak sulung I, tuptup esok dah nak kahwin,
alahai.. sedihnya.. Sebabkan birthday kakak hujung tahun, annual leave ibu pun
dah habis kita bawa je tempat yang dekat-dekat, kali ni kami pilih ke Bangi
Wonderland Theme Park, tempat dia bukan dekat Bandar Baru Bangi, iye iye dulu
kami ingat dekat dengan UKM, hahaha, location dia dekat sangat dengan mcdonald
bandar sri mahkota..
Tiket macam biasa kami beli online dekat wonder.fly, lepas
compare dengan travaloka, & fave, wonderfly murah sikit plus ada potongan
lagi 6%, so total kami 4 beranak pi berjimba dalam RM159/4, perpax RM39.75,
murah compare kau nak kena beli dekat kaunter, dah la kena beratur panjang. Tp
sygnya masa kami pergi seharian hujan, lepas tu ada lebih 4company buat family
day, kau bayangkan betapa crowdednya tempat ni…nak tukar date x boleh, ticket
bukan boleh refund, lagi pun kau dah janji dgn anak, jgn sekali2 break the
promise…gitew, kalau x kau dengar dia punya ungkitan 8hari8mlm.
Kami sampai lebih kurang pukul 10, bertolak dari Puchong
pukul 9.15am, jauh gak la. Sampai2 kami parking dekat basement rate rm6.00,
masa tu memang dah ramai orang start beratur, rasanya yang join family day dah
start awal, macam biasalah pi themepark kena check bag. Sampai2 terus cari port
utk letak barang, kami x sewa pun locker, kat sini ada cabana @ pondok sewa
dalam rm75, mahai, baik buat makan mcd, lagipun anak2 dah besar, kalau ada baby
sesuai la utk sewa selesa sikit. Masa kami sampai ni khemah utk public seating
memang xda org lg kemas barang apa yg patut, lgpun kami memang dah pakai baju
renang dari rumah..senang aku x pyh pk nak cari toilet..hahaha..
Kat sini makanan dia kebanyakkan set RM12 include air tin, Cuma
yang x berapa best portion nasi ayam dia sikit sangat, aisha makan x cukup,
hahaha…ada macam-macam menu, staff/lifeguard pun ramai, rasa safety sikit la
anak2 main..So far aku rasa zakwan 2 attraction ja yang dia x cuba, yang lain
semua dia pulun, yg x cuba tu pun sebab kena ada 4 orang, lagipun ada hari
minggu memang kena beratur pjg, x syok sgt nak main..haha. Kat sini kebanyakkan mainan ni berat badan ko kena make sure bawah 80kg, kalau sado sgt jangan bermimpi korang dapat main, kesian aku tgk budak2 badan sasa berat over langsung x boleh main...sedih akk tgk dikk..
Kami kat sini dari puku 10 sampai ke 5 ptg, hujan memang x
berhenti langsung, alhamdulilah hujan dia jenis renyai2, bukan yang pakej
guruh+petir, tu lagi si kakak dah sound ibu jangan ajak balik kul 3 ya.. I kena
sound u.. Sebab memang dah plan nak stay lama, kami bawak 2 set baju tuk mandi,
ngam2 masuk waktu zuhur, aku gilir-gilir dgn zakwan pi mandi & tukar baju
solat, lepas tu sambung main balik sampai pukul 5, masa ni orang memang dah
start kurang, ye la lagi 1 jam nak shutdown, masing2 berebut la nak mandi, yg
best kat sini toilet & changing room banyak, jadi x da isu x cukup tempat
nak mandi.
Balik tu kami singgah mcd jarak dalam 4km ja, lapar gila, ye
la makanan dia portion sikit sangat, bila dah berendam comfirmlah lapar.
Kesimpulannya aku & zakwan pk, lepas ni kena avoid dtg weekend, kami kena
ponteng keje, utk berjimba sorry bos..dan aku rasa lepas ni kena datang lagi
nak tgkp gambar puas2 sebab hujan, mood nak bergambar dah lari…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan