Powered By Blogger

30 Disember 2019

Perbezaan Rumah Subsale & Under Construction.


Alhamdulilah rezeki / nikmat dunia yang Allah bagi, tahun kami di berikan rezeki untuk rumah kedua. Kali ni berbeza sikit urusan pembelian rumah dari rumah yang pertama. Banyak beza beli rumah subsale & under construction lagi2 bab duit.. menguji keimanan & kewangan..haha..


Rumah Subsale
Under Construction
Rumah
Pangsapuri Cempaka
Kita Bayu – Rumah Bandar (TownHouse) Upper Unit
Status
Freehold – Non Bumi (Tertakluk pada Lembaga Perumahan Sel.)
Leasehold – 99 Years -Bumi
Harga
RM84000
RM409900/ After Rebate @ deposit 10% pemaju RM368,910
Booking
10% - RM8400
RM 2000
Loan
90% - RM 77400
90% RM368910+MRTT
Lawyer Fees
Estimated RM 9000 (SNP&Bank)
FOC – waiver by developer
Rate Loan
4.8% - OCBC Islamic Loan
4.4% CIMB Islamic Loan
Montly
RM 380
RM1818
Insurance
RM750  (MLTT) – Yearly Cover RM77400
RM 24000 (MRTT) Cover RM305+++ Lumpsum – include dalam loan
Valuation
RM 600
N/A
Maintaince Charges
RM 38.50
RM 130
Pro&Cons
1.Perlu sediakan wang yang banyak sekaligus macam kami lebih kurang RM19000, hasil pinjam duit ayah RM9000, yang lain saving kami.

2.Macam biasa kena pastikan semua bil, cukai, outstanding buyer dah settlekan semua.

3.Kerosakkan kena tanggung sendiri, cat berwarna – warni, kos untuk betulkan rumah saja lebih kurang RM 1500


1.Tak perlukan sediakan wang sekelepuk, tapi kena makesure ada lebihan duit setiap bulan untuk bayar progress payment –
Cthnya 10%, 50% dalam tempoh 24 bulan/lebih, depends pada agreement, kena selalu follow up dengan bank, mcm kami Tanya bank berapa maximum progress claim yg kena bayar smp vp, banker kata RM 1+++, maknanya kami kena allocate duit sikit2.

2. Kena selalu followup dengan bank, pastikan bank disburse dekat developer ikut stage yang dinyatakan kalau tak masa ambil kunci masalah lain pulak timbul, mungkin kena bayar penalty sebab lambat interest.

3.Selalu lawat tapak project



Apa-apa pun niatlah beli rumah untuk keselesaan keluarga, walaupun mungkin banyak benda yang terpaksa di korbankan.. lepas ni dah x boleh la nak selalu keluar jalan2.. spend time duduk dlm rumah baru berbaloi bayar mahal2..hahaha..ayat nak sedapkan hati.. Harap-harap April 2021  rumah kami siap tanpa sebarang masalah. So far developer LBS top 5 developer dekat Malaysia..Harapnya keputusan kami beli rumah yang baru ni tak salah.


Tiada ulasan:

Warna Warni Hidup 2020.

  Alhamdulilah lagi a few days kita nak ucapkan selamat tinggal 2020. Tahun ini memang tahun yang sangat tak disangka2 akan berlaku, siapa j...