Powered By Blogger

11 Julai 2016

39 Minggu 2 Hari

Waaa... mmg sgt x percaya aku masih lagi kat office buat keje la sgt..hahaha...syg nak cuti awal ni aku ni pon blm ada tanda2 nak beranak awal.. sedihhhh...

Hari ni dah genap seminggu beraya, masa sblm raya tu berangan gak la mcm mana la tgh salam2 tiba2 keluar air ketuban mesti drama...haha tp nan hado... impian berkecai.berangan la ko..baby sedap duduk dalam perot x  mau kuar lagi, lagi2 tgk perangai kakak adni dia yg manja teramat sgt, semua nak ibu buat, sebelum ni okay je buat apa2 dgn ayah dia.. tahu2 je adik dah nak kuarkan...

Sebenarnya dah letih sgt nak drive g keje ni tp apa kan daya kalao x pergi tolak cuti 60hari dah la termasuk public holiday n sunday, kalao x masuk x pa.. byk gak cuti...nak x nak kena la rajin keje jugak...dgn niat nnt anak dlm perut ikut perangai ibu dia rajin keje...ekelehhh,,,hahaha...

Raya tahun ni x boleh nak vogue sgt ye la dah sarat benor, beli pon baju jubah sepasang tu pon bli online dkt lazada. boleh la dr xda.. prepare baju untuk Adni & ayah dia dia, tu pon baju melayu ayah dia recyle baju 3 tahun lepas..hahaha.... sbb tahun ni raya pon x balik Kedah, raya kedua dah berjalan ke IOI Mall tgk wayang layan kan opah adni nak tgk cerita ICE Age.. layan je la....

Gedik je  senyum kakak ni


Muka org x balik kg...sedihhh


Pose terbaru nak tgkp gambar.

Ni je la adik beradik yg dtg beraya.


Yeahhhh dah membesar dengan hebakkk..

14 Jun 2016

Warded - 34 Minggu

Alhamudilah harini dah masuk hari ke 8 berpuasa, tp setakat ni aku berjaya puasa utk 3 hari je..huhuhuhu sedih sgt.... ye la daya ketahanan badan x mengizinkan, sekarang dah masuk 35 minggu, tinggal lagi 5 minggu je...arghhh takot ye sejarah 4 tahun lepas akan berulang....

Ingat lg petang balik keje tu aku 9hb June Khamis, petang tu smp umah aku dah start x selasa rase mcm nak pitam je bila berdiri lama, pegang dada rasa macam laju semcm x kan nak makan ubat dah pukul 6 syg ye... aku cuba bertahan, sempat masak udang masak paprik & goreng ikan kerisi, masak nasi siap2 hidang semua, aku cuba baring tp rase macam berpeluh, padahal duduk bawah kipas, rase x selase sgt, bangun mandi dengan harapan dengup jantung boleh come back to normal, tp nan hado.. smp la Zakwan & Adni balik dlm pukul 7.15 mcm tu aku ckp abg lepas buka kita pi hospital ye.. zakwan tanye napa sakit nak bersalin ke.... Aku terus terang la jantung dah dekat 1 jam laju semcm je, lepas buka, zakwan siap solat semua, bawak desuupppp pi Hospital Serdang... Sepanjang dlm kereta banyak betul nasihat dia, jgn la puasa kalau x larat, napa x call bagitaw awal ckp sakit, napa ni, napa itu.. ye la abe...


Smp2 hospital pi bahagian emergency, dorang suruh tunggu dl, check2 transfer ke Bahagian bersalin, ohh mak, xkan kena bersalin, hahaha. Dorang check CTG, lepas tu buat ECG, check2 dengupan jantung normal tp aku ckp aku tetap rase x selesa macam ada benda hempap kat dada, so dorang monitor ambil darah. Biase la dlm bilik observation room ni mmg mcm2 perangai ibu mengandung kita jumpa, sebabkan hospital serdang sentiasa full house, ada 1 ibu mengandung ni bukaan dia dah 9cm baru dorang tolak msk labour room, kesian ye...sedih aku dengar dia merintih2 sakit, perot aku pulak yang memulas rase nak beranak....


Dlm pukul 11 mcm tu nurse dtg bgtaw husband nak jumpa kejap ye la kesian anak aku kat luar, apa la yg dia buat...Zakwan tnye blh balik ke aku ckp x taw tanye doc dia kata kejap ye nnt sy comfirmkan, lps tu tgh sembang2 doc panggil nama nak buat scan baby, masuk la balik, time ni la aku tanye balik, dia ckp ehh xda la puan kena tido wad.... waaaaaaaa sedih ye Adni nak tido nak sapa nanti...aku keluar bagitaw zakwan abg balik la dulu. time ni la Adni buat drama swasta menangis2 nak ibu...hukhuk sedih ye... mcm mana la nnt kalu ibu nak bersalin...






24 Mei 2016

Family Day - Smart Reader

Ahad lepas tadika Adni ada buat aktiviti family day, dekat Taman Botani, Putrajaya. Excited gak la, pestime join aktiviti tadika anak.,hahaha, adni2 pantas ye membesar, awal jugak la kitorang smp dlm pukul 7,45 sepatot ye 7.30 tp biase la janji najib semua kelaut, lg pon masa smp tu apa2 belum start lg.

One day before, aku ada terserempak dengan Principal dia Teacher Sharan, dia bagitaw Adni ni kalau belajar so excited..haha dia mmg over.. tp satu je, bila comunicate dengan dia in english mesti dia jawap dalam bahasa, hahaha, ofkos la, dah kat umah aku n zakwan ckp bahasa melayu je..sedih..tp yg pelik dia adni ni bila kat umah aku tanye pandai pulak jwp dlm bila, adni nak makan? don't want..amboii..kadang2 dia sound aku ibu take out your handbag..okey fine. tp kt sekolah malu2..haha.. tp aku ada jugak bincang dgn zakwan, apa kata kita ckp bi dkt rumah wlpn rojak at least dia boleh communicate..


X pa, Adni baru 3 tahun 5 bulan... xboleh paksa, so far aku tengok progress dia dah pandai menulis, wlpn kadang2 aku ssh nak baca..haha, buku2 latihan dia untuk first penggal ni, teacher dia pon dah return, okey byk dapat bintang..haha...   

Alamak lari tajuk..dalam 15 minute jugak kitaorg tunggu teacher2 dia set up game, lps tu panggil berkumpul, teacher dia ajak lari satu pusingan keliling Taman Botani ni, aku opkos la x join, mengah beb dah 32weeks, nak jalan kat office pon x larat lg la nak jalan 1 taman, menangis ibu nak... aku ckp ngn zakwan abg pi la ngn anak syg tunggu kat sini je..last2 aku tgk adni dah ke depan pegang tgn teacher dia, dia mmg mengada2 haha.. terpaksa si Ayah berkejar..haha...masa tgh tunggu tu hujan, Alhamdulilah la hujan rintik2 je x da la lebat sgt..

Abis je lari teacher dia panggil Daddy2

 kids 4 years, utk join aktiviti sukaneka, muka ayah dia dia excited...haha. paling dpn beratur dgn anak. aktiviti utk 4 years, si ayah dokong anak lalu bawah batang kayu yg ada had dia, nasib la abg bawak anak yg 15kilo tu.hahaha, abis je aktiviti 4y, terus ke 5y, parents duduk melujur kaki, anak2 pulak melompat ala2 lompat tinggi,haha, aktiviti 6y, ayah @ ibu masuk dalam relung plastic berlari...okey la... aku tgk parents ramai yg join & enjoy untuk anak masing2... 


Aktiviti untuk parents tarik tali, mmg la aku x join, sat g jatuh terberanak aku.. mcm biasa ayah adni mmg syok join.haha nasib la dapat suami yg agak sporting, kalao ayah aku jgn harap.hahaha....


Dalam pukul 10 mcm tu baru blh makan, breakfast provide by teacher yela setiap famili kena bayar 15henget... okey ada nasi lemak paling best ada Vadai..kuih febret aku. Ingat lps tu blh balik, tp Adni time ni la dia mintak nak naik basikal, layan la ayah dia.. anak baru sorang..haha

Acah2 warm up, 
Kepenatan 2 beranak 
Excited si ayah
Sampai terjatuh dukung anak..
Sorry syg, ibu x leh nak join activity. 
See anak beranak excited..
sungguh2 adni mendengar..
Love u baby...



22 Mei 2016

Kos Kahwin Muda..

Kos total untuk majlis nikah & sanding ada dalam 20 Ribu, aku & zakwan mmg dah decide utk buat sekali je majlis walimah, ye la x nak susahkan byk pihak lg pun zakwan kan anak yatim piatu, siapa la nak uruskan kakak ngn abg dia masa ni belum kahwin..hahahaha adik bongsu dia dah langkah bendul..

1. Hantaran, boths side, 7 balas 9, aku n zakwan limit 1000, sorang, dapat la kasut, handbag, make up, manisan, means dekat sini saja dah 2000,

2. Makanan total lum sup dalam 9k termasuk kenduri sanding n nikah. sebabkan mama terkenal dengan masakan dia yg sangat2 sedap mama ckp dia nak masak sendiri, mama ckp kita dapat jimat banyak,nikah mama decide tok buat nasi lemak kukus & rendang kerang, yg sedih ye aku x dapat makan dah habis...ye la masa nikah ni ramai juga saudara mara yg dtg, kawan zakwan dari kedah, kawan2 aku dr sg besar.. tok sanding banyak juga menu, ayam rempah, nenas masak lemak, sambal tempe jawa sedappp ye,, rendang daging,ulam2 sambal belacan, nasi briyani, nasi putih tembikai, & laksa. okey la kan...

3.Pelamin aku cari yg murah je, yg old fashion pon xpa...hahaha, nak jimat... dapat la dalam 1500, make up 2 kali, & baju sanding okey la tu.

4. Kad Kawen, 300 pc dalam 180, okey la sgt2...

5. Fotographer, 1500 ada pre wed, nikah, &; sanding, soft copy unlimited, & photo canvas 16R, hahaha jimat x? sbb abg ipar sendiri... yg lain2 aku print sendiri je..

6.Mas Kahwin aku mintak 688, hahaha sbb besday 6.8.88, xkan nak mintak 6000, kna jimat..hahaha

7.Barang kemas, dalam 2500, 2 bentuk cincin, seutas gelang tgn,

8.Khemah Kawin, kami sewa dalam 7 khemah, satu 180 lebih kurang 1260,

9.Goodies belah lelaki, aku bagi bekas bentuk buah, makanan sikit, tok kawan2 aku belikan frame gambar kat kedai 2 henget..haha total kos dalam 1000, termasuk tetamu2 punya...

total2 semua lebih kurang 19628, lain2 tu tok bayar pak imam, & kos2 tersembunyi..hahaha

10. Salam keruk..haha ni xda la dlm budget tp dlm tgn mama aku..

21 Mac 2016

Mengidam @ Mengada-gada,

Hahaha, alhamdulilah kandungan hampir menuju ke fasa 6 bulan, baru lepas scan dkt KK Bt 14, so far jantung baby ok, tumbesaran pn okey, x da apa2 yang mengcurigakan.. Setakat 6 bulan ni banyak juga la benda yang aku mengidam, entah aku pon x taw mengidam betol2 ke @ di buat2 nak manja2 ngn laki, bukan selalu boleh amik kesempatan, hahaha....Laki aku gigihkan layan kan..Berikut adalah senarai2 yang menjadi idaman & dah tertunai setakat ni la..

1) Aiskrim Walls Oreo, ni aku mengidam masa mula2 hamil, yela, masa tgh mual2 nak muntah je, sumbat benda ni macam sesuatu yang sgt nikmat ko...

2) Buah Kundang, aku gatal2 tgn tgk buah ni dalam internet sekali sampai terliur2 sungguh, teringin, lama aku pendam rase, sbb x jumpa kat sni, lepas tu kebetulan suami balik kg kat kedah kwn sekolah dia kahwin, aku siap pesan, kalao jumpa buah ni tlg belikan ye, sbb aku perasan klo balik sana singgah r&r mesti byk gerai buah mana taw ada rezeki baby ibu dalam perot ni, & Alhamdulilah rezeki Alla bagi, otw balik puchong singgah r & r sg perak jumpa pon, tapi  mak aiiii laki aku ckp 45henget sekilo, aku ckp amik sikit je la buat rase.. Manis bak ang buah dia.. dpt la makan dalam 10 bj ase x puas je, cerita kat mama, mama ckp x puas tu makne ye ko melantak bukan mengidam, berpinar dunia..hahaha....

3) Kuih Talam Berlauk, peerrrhh last aku makan masa tingkatan 6 ingat la mak kak hafid buat, sedap gila lembut je, makan dgn sos dia, tiap2 kali buka puasa mmg aku tibai kuih ni dl, ye le teringat masa form 6 kumpul duit sikit2 satu batch gigih sbb nak pergi rombongan ke Terengganu, best je balik ingat kenangan dkt sekolah...Kuih ni mama mintak tlg Cik As buat sbb mama mmg lemah bab2 kuih mengukus ni, lagi 1 mama ckp malas nak lyn,.hahaha lg sekali dunia aku berpinar...

4) Satay, waa.... aku wasap laki aku teringin makan satey, end up ptg tu balik keje dia tolong belikan dalam 15 cucuk, wlpn bkn satay Hj Samuri, ttp aku lahap dengan laju...

5) Yg ni semalam teringin Big Apple yang ada koci hijua dkt sekeliling apa ntah namaye aku x taw, taw makan je, aku dah wasap Zakwan, mintak2 dia belikan la...teringin..........





Setakat ni ada jugak benda yang aku teringin sgt dr mengandungkan adni smp skrg x dapat lagi makan, Ikan Terubuk Bakar, mana nak cari ikan terubuk, mama ckp skrg dia x nmpk org jual ikan terubuk, see dah masuk anak 2 tp x dpt lagi nak makan ikan terubuk mana la nak cari ikan terubuk ooo ikan terubuk

17 Februari 2016

Petanda Mimpi - Suami Kahwin Lain

WHATTTTTT?????????????????? Rasaye dah dekat 3 kali aku mimpi suami aku kahwin lain...muka bini baru ala2 suci gitu, yg penting aku lagi cantik..hahaha bgn2 tido mesti laki aku jd mangsa kena tumbuk, sapa suh aku mimpi mcm tu, terpinga2 laki aku..bila aku ckp pasal mimpi, terus dia tergelak...

Baru mimpi rase sakit hati smp ke hulu jantung...pedih gila, laki aku muka x berapa handsome pon ada org nak, adeh....tp skrg bukan kira, handsome ke x..klo dah dua2 gatai, merenyam nafsu tu sama je,x kira rupa..

Bila aku cerita kat abg pasal mimpi ni, msti dia ckp syg ada bace pasal poligami ni, mmg betol selalu ye kalau aku baca cerita sedih pasal poligami msti aku mimpi merapu.. Pernah ckp ngn suami, klo abg nak kahwin baru kahwin la, tp sy xnak kongsi2, aku harap dia paham maksud aku..yang penting anak2 dgn aku, dia nak pi la buat anak baru...

Ada juga baca taksiran mimpi katanya kalo mimpi macam ni, suami akan dapat kekuasaan, power dr segi apa x dpt den nak tolong. hanya sekadar taksiran..

Buat Suami Muhammad Akmal Zakwan, syg sayang abg...jgn la gatai nak kahwin baru, 1 pon dah tercungap2.. I love U...







11 Februari 2016

Minggu Ke - 17 (4 Months)

Uuuuu.... letih ye mengandung kali ni mungkin sbb faktor usia kot.hahaha, ye la anak pertama muda gitu baru 24..skrg dah 28..lg 2 tahun 30 ko..berbeza sgt mengandung kali ni, dulu aktif je, segala bau x da mslh. alhamdulilah sekarang ni dah blh masak sikit2 ujung2 minggu dah x pyh nak mkn luar. blh masak macam biasa, happy muka laki aku...hahaha ye la dapat jimat sikit...

Mengandung kali ni meragam mungkin sbb adik dlm perot taw ayah dah keje office hours, ye la nak manja2, dulu abg keje shif jarang ada kat umah.. kalo ada pon tido je letih kerja, alhamdulilah skg ni tiap2 mlm rutin dia urut kan kaki, kemas umah, jemur bj, cuci pinggan semua dia yg buat..hahaha, happy ibu nak..

Kalo time adni, pantang sehari x mkn buah jambu, rela msk office lmbt semata2 nak pi buah jambu..beli smp 4 henget...mkn sekali hadap je. skg ni mula addict makan buah tembikai, sebiji tu 2 hari blh abis, sblm lunch pon mkn tembikai...macam2 ragam...

Semoga kali ni urusan bersalin di permudahkan Allah, amin...harap2 baby kali ni boy, tp kalo girl pon xpa ibu x kisah..hahaha..ayah kisah..


macam tu ke rupa anak ibu dalam perot?bersilang2 kaki...hahaha...tp kali ni dah mula rase pergerakan baby, mungkin sbb kehamilan kedua.

Warna Warni Hidup 2020.

  Alhamdulilah lagi a few days kita nak ucapkan selamat tinggal 2020. Tahun ini memang tahun yang sangat tak disangka2 akan berlaku, siapa j...