Powered By Blogger

2 Disember 2018

Adni Turns 6

Selamat Hari Lahir kakak. 6 tahun Allah beri Ibu peluang utk jaga amanah. Ibu harap Ibu berpeluang untuk besar kan Anak2 Ibu. Ibu mohon maaf andai byk kekurangan Ibu dalam mendidik kakak.
Kakak ni perangai dia ceging sikit. Kuat nangis. Manja terlebih pun ada.

Birthday dia kali ni bawa g main dekat indoor theme park Berjaya Times Square. Sebenarnya Ibu yg teringin nak pergi. Haha.

Happy dia. Yg x happy adik dia la. Byk mainan  x leh nak main. Yg kakak dia semua permainan nak Kena Ibu teman. Ticket kalau nak pergi better beli online sebab murah.

Yang x berapa best kami pergi ada 2 games utk dewasa under maintenance rugi la ticket. Zakwan la rugi sbb dia x dpt main. Haha I x boleh nak main apa2. Anak2 nak melekat je lgpun x berani nak naik. Dah la ada history jantung x memasal jadi kes πŸ˜‚πŸ˜‚.

Stay dekat sana Dr 11pg smp 6ptg. Okay la rasa berbaloi la untuk happy kan Anak2. Dulu Ibu kecik2 xdpt main. ☺️.








28 November 2018

Misi Taska Done.

Lega rasa ya Bila dah selesai Bayar semua duit pendaftaran Taska Aisha & Transit Adni. Kami pilih taska yg betul2 dekat dgn rumah & tempat kerja aku.

Taska Bayu Idaman, Taska ni location dia dekat Laman Bayu Meranti. Sebelah metro driving. Bayaran pun agak berbaloi. Untuk Aisha next year 3years,  tapi cikgu akan letak kan dlm kelompok 1-2 tahun dulu since dia masih belum boleh bercakap. Lgpun kat sini ada syllabus tuk 3y dorang dah start mengajar membaca. Aku tgk buku dia emm x pa la biarlah aisha bermain2 dulu.

Yuran tahunan dalam 350, bulanan rm380. Utk Adni pula, just transit & transport rm280. Ada la dpt rebat 5% utk adik beradik. Lgpun taska mmg dkt Dr rumah dlm 10 min. Taska ke office pun dalam 10 min je.

Harapnya next year Ibu dah boleh bertenang sikit. Anak2 dah besar.. Besar la sgt.



20 November 2018

Aisha ~ADHD~ Follow up

Cerita lama. Tp saja nak carat kat sini bagi Kenangan. Bulan lepas kami ambil cuti cari hospital utk Aisha Adhd treatment. Kami pergi ke HUKM bahagian Psikologi. Tapi pengawai kat kaunter bagitahu ramai yang dtg sini utk adhd & austime. Date utk terapi mungkin 2019 maknanya tahun dpn br dpt terapi.

Lepas tu kami ke klinik audiologi ukm ingat nak amik date check telinga pun sama jugak que panjang. Zakwan Tanya nak pergi PPUM pulak ke? Sbb mulanya mmg nak ke sana. Tp ramai yg kata HUKM pun okay. Aku ckp dgn Zakwan kita pergi Hospital Putrajaya la. Pergi sana pun dpt date Bulan 2 2019.

Rasa mcm nak putus asa. Minggu dpnnya Aisha ada follow up case teratoma dkt Hkl tp aku x pergi. Zakwan yg bawak. Dia Tanya nurse pasal aisha blh dpt date a wal ke utk follow up Adhd. Alhmdulilah 7hb nov kami pergi Hkl utk rujuk pakar. Banyak la sesi Q&A doc.

Doc maklumkan Aisha xda nmpk kriteria Adhd. Cuma tantrum biasa. Aku dah lega sikit sbb Aisha bukanlah anak yg susah utk dijaga. Cuma bagi aku tantrum utk kanak2 bawah 2.5 year mmg ada masa ya mencabar keimanan. Kami terus buat screen test utk audiologi. Doc cuma bagitahu Aisha mungkin terdedah dgn speech delay. Spttnya umur dia dah boleh bercakap at least 2 patah perkataan. Tp smp skrg mmg blm. Keluar apa2 lg dari mulut dia. Doc maklumkan jgk masih terlalu utk diagnose sebagai Adhd kids. Buat masa skrg Kena pantau setiap perkembangan dia. 

Mgkn salah kami jugak sbb bg terlalu awal handphone para dia. Sorry syg... In Sha Allah next year Aisha duk taska Ibu harap ada perkembangan positif. 

Nmpknya next year berderet la appointments kita kat Hkl syg.... πŸ˜…πŸ™‚πŸ™‚



28 Oktober 2018

Adni Annual Concert &Graduation 2018

Tahun ni Adni official graduate from krista. Yeayy besar dah anak Ibu yg sulung ni. Budak yg kuat nangis, hati tissue. This year dia joget lagu cina lambada ehh betul ke?

Tahun ni ada penyampaian hadiah untuk student best handwriting, reading, & speaking. Adni dapat best handwriting 6years. Pelik aku ngn Zakwan dua2 tulisan hauk.. πŸ˜‚πŸ˜‚
 
Next week ada orientasi kat Sk Pulau Meranti. Hopefully Adni blh la jawap soalan diagnostic. 





21 Oktober 2018

Paya Indah Wetlands Dengkil

Rasa macam dah lama x merayap weekend selalunya kami merendek anak beranak. To sebab sekarang cuaca x menentu kejap hujan, panas. Kadang2 pg elok je cerah tengahari dah lebat. Dun trust Malaysia weather.

Mcm pagi ni kami merayap ke Paya Indah Wetlands. Cuaca mendung2 gitu smp sana dah start gerimis. Tapi x lama la. Lepas tu cuaca sedang elok utk beriadah gitu.

Kat sini ada taman hippo & crocodile. Ada timing utk tgk pekerja dorang bagi makan. Masalahnya penat kami tunggu x nmpk pun sapa2 yg bg makanπŸ˜…πŸ˜….

Dah boring tgk haiwan ni kami sewa basikal round sekeliling. Sewa agak murah berbanding tempat lain. RM8. 00 utk 1hours okay la. Tempat ni boleh dtg lain kali. Sebab masuk pun freeπŸ˜‚πŸ˜‚. Jimat dek kalo g zoo tgk hippo Kena bayarπŸ‘.






20 September 2018

ABG AKI ~ M.Akram Zaki~

Inalilahiwainalilahirojiun, Kembalinya Abg Aki kepada Sang Pencipta pada 17 September 2018, Jam 2.30 Petang. Allahu terkejut sangat2 bila Zakwan call, Alhamdulilah Zakwan berkesempatan jaga arwah abg aki sebelum abg aki pergi.

Rehatlah abg aki, tiada la kimo, radio, operation, yang perlu abg aki lalui, in sha Allah kami akan jaga Husna sebaiknya. Kami akan cuba tunaikan amanat abg aki sepenuhnya.

Abg Aki pejuang yang hebat, sakitnya hati bila Husna tunjuk gambar pelaku yang menghantar sihir  buat abg aki, x pa la, Allah ada untuk balas. Apa yang dia nak dalam hidup dia pun aku x taw. Dia taw tak perbuatan dia buat adik hilang abg, isteri kehilangan suami. Kami sayang Abg Aki.

In Sha Allah, Paklong Aki akan sentiasa ada dalam doa Adni & Aisha..


Gambar kenangan masa Akad Nikah Kami.

4 September 2018

Bajet - Adni Ke Tahun 1

YaAllah dah besar rupanya anak sulung kami, last week aku pergi ke Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti utk bayaran fail & name tag Adni next year. Kerani bagi sekali surat orientasi akan berjalan pada 3hb November.. berdebar aii..

Minggu ni aku siapkan list barang2 keperluan Adni utk next year. Keperluan Aisha pun sama, since next year dorang dah x duduk ngn opah lagi.. Bila tgk list YaRabb baru anak seorang kalau 4-5 macam mana la, dengan ekonomi mcm hauk sekarang ni.

Ingat end of this month nak keluar shopping cari separuh dulu keperluan sekolah Adni, ye la kasut sekolah dah tukar warna, takut x da stock je nnt. Kena belikan besar sikit. Baju pun kena belikan labuh sikit, Adni ni mcm meninggi je.. baju 5tahun semua dah singkat..

Check Out List Bawah boleh mengundang airmata, belum termasuk yuran sekolah pagi petang, transit. Semoga Ibu&Ayah di murahkan rezeki, tips kami, menabung setiap bulan RM100 untuk anak-anak masuk Tadika/Sekolah


Keperluan - Sekolah Adn QTY Anggaran
1.Beg Sekolah 2 set  120
2.Kasut Sekolah  2 set 120
3.Smart Watch  1 set 60
4.Stationery 60
Pencil,pembaris, pemadam 360
warna, crayon, watercolor, 
beg bento, botol air, 
bekas makanan, pembalut buku
5.Uniform
Stokin 4pc 10
Kain Hitam 3 pasang 45
Kain Hijau 3 pasang 45
Baju Kurung 4 pasang 100
Tudung Sekolah lycra + Anak Tudung 4 pasang 50
Track suit / Baju Putih Tshirt 2 psg 30
280
6.Buku latihan
KSSR Matematik 15
KSSR Bahasa 15
KSSR English 15
45
* Optional
* Red Color  ***685
Anggaran Untuk Kakak saja RM700 :)

Keperluan - Taska Aisha
1.Beg  1 set 20
2.Baju &Seluar semegah 10 set 100
3.Botol Susu /botol minum 2 set 24
4.Berus Botol 1 set
10
5.Bedak, Brg mandi, bakul set 50
6.Tuala  2 set
20
224
Untuk Adik Pulak :)

Senyum je la.... 

22 Ogos 2018

Janda Baik - Familyday Trip

Finally tercapai sudah hajat pakcik aku aka cik oo nak buat family trip. This year dorang aturkan ke Homestay D'lampin Janda Baik utk trip 3h2m. Alhamdulilah semua bagi kerjasama. Mama pun ikut, wlpn asalnya dia x mau pi..haha

Kami gerak dari KL 17/8 pukul 11.30 sbb Zakwan cadang nak solat jumaat dekat sana je, tapi x dapat kami stuck dekat highway duke jem. Sampai Janda Baik lebih kurang kul 2.30 terus solat Zohor. Kami sampai paling awal, turunkan barang makan, sbb mama dilantik menjadi cef, maka penuh la bonet kereta dengan makanan. Aktiviti hari pertama free&easy je.

Hari kedua dorang buat sukaneka utk anak2, 4 game berturut2 Adni kalah, hahaha.. ayu sgt main. Suami isteri kena main permainan belon kasih syg..erkk? entah aku pun lupa apa nama game tu. Tuk baby2 mcm Aisha pun ada, game kutip telur. Memang Aisha buat kecoh, semua telur dia nak kutip seorng.. Sara & Pia pun ada game jugak. Alhamdulilah masing2 happy.. Malam kedua tu plan buat BBQ & Penyampaian Hadiah sukaneka. Seronok Adni dapat hadiah wlpn kalah.

Homestay D'lampin kalau utk suasana aku boleh bg 4bintang sebab kedudukan homestay memang sebelah sungai je dan ada kawasan lapang utk aktiviti..tp dari segi fasilities @ kemudahan asas tu aku boleh bagi 2 bintang.. sedih sgt.. sebabnya banyak peralatan yang aku rasa x berfungsi. haha. Peti ais x sejuk tunggu masa nak runtuh, dekorasi rumah mcm x ikhlas nak buat homestay, hauk sgt.. Kettle jug pun xda, jenuh aku nak masak air utk susu anak. sudu, garfu lagi azab xda.. Sekeling kawasan homestay ni banyak jugalah rumah yang ada utk disewa.

Last day lepas tangkap2 gambar, turun je Janda Baik kami naik ke Genting Higlands pulak, ingat nak uturn sbb mcm tinggi sgt, kereta berat pulak tu byk brg.. tp Zakwan ckp x pa boleh je. Kami park kereta dekat First World, turun jalan2. Lepas mama ckp dia teringin nak naik cabel car. Zakwan kata x pa la aku naik dengan mama, dia bawak kereta tunggu dekat GPO. Harga tiket dah turun ke RM7..Haha, Aisha x pyh tiket sbb dia bwh 90cm. Kami naik satu gondola dengan pelancong Cina tapi dari Indonesia..haha..Ingatkan adni takut naik cable car tp nan hado, muka berani gila.. Aku yg cuak. Lebih kurang 10-15 min juga la duduk dlm cable car sebelum smp ke GPO. Sampai je kat GPO, Zakwan dah tunggu. Mama ckp dia dah letih xmau g mana2 nak balik rumah je.. Alhamdulilah kami smp Puchong lbh kurang pukul 4.30..huhuhu.. kepenatan!!!!




26 Julai 2018

Aisha - ADHD Simpton

10hb 7, kami ada bawa Aisha ke KK Bt 14, sebabkami perasan dekat bibir dia ada ulser, takot kena HDMF, sekarang virus ni tengah merebak, takot2 la Aisha terkena. Tp aku x masuk pun jumpa doc sebab sibuk pergi hantar borang sekolah Adni dekat SRA Bandar Bukit Puchong. Zakwan je la yang handle Aisha. 

Lepas settlekan urusan sekolah terus ke KK, amik Zakwan tapi Zakwan bagitahu, lain yang kita assumed lain yg doc diagnose. Doc bagi kami surat untuk rujuk ke hospital, sebab dia kata Aisha ada tanda-tanda ADHD. Attention-deficit/hyperactivity disorder  @ dalam bahasa yang mudah hyperaktif..huhuhuhuh...

Antara simpton dia :- 

1. no respon bila kita bercakap dengan dia.
2.masih belum bercakap wlpn dah masuk 2 tahun.
3.agak aktif, tak reti duduk diam. 

Tapi Zakwan mcm x berapa setuju, dia rasa Aisha cuma aktif & lasak. Bagi dia mungkin Aisha ni speech delay, sebab anak sepupu dia ada masalah yang sama, 5 tahun baru blh bercakap itupun x berapa fasih. But we still consider apa yang doc diagnose, kami decide utk monitor perkembangan dia dulu dalam masa sebulan, mana tahu ada perkembangan. 

Macam Aisha, dia memang agak lasak berbanding Adni. Tapi lasak dia tak ada smp tahap mencederakan diri sendiri @ sekeliling. Dia faham beberapa arahan. Dalam masa 2 tahun, words yang dia boleh cakap, yah @ ayah, bu @ ibu, pah @opah, bubye @bye2.. Kemahiran verbal dia memang agak lmbt berbanding Adni. Method yang sama juga utk dua2 ni, cuba berkomunikasi seawal 6bulan. tp aku selalu berpegang yang perkembangan setiap anak tak sama. 

In Sha Allah 9hb 8 baru kami pergi bawa ke hospital tp masih x taw nak pergi Putrajaya @ Serdang.

* Aisha walauapa pun yang Doc bakal sampaikan, Ibu&ayah tetap sygkan gebu2..

8 Julai 2018

Aisha Birthday Trip Turns 2 Years!

Last Saturday, kami bawak anak2 pergi Port Dikcson, sempena birthday Aisha 15 July ni, tapi sebab Zakwan oustation next week, kami bawak seminggu awal.

Kul 5 pagi aku dah ketuk ketang kat dapur masak, sempat la masak Maggie Goreng, Nasi Goreng, Bebola Ayam. Nama pun picnic kan, lucky khemah yg aku order kat lazada dah smp. Senang gila guna khemah ni, instant giteww,, tp tu la bila nak dismantle, bercinta dekat 2 jam aku berlatih nak cabut khemah, akhirnya berjaya jugak ye la sat lagi dah smp pd malu aku orang tgk x boleh simpan khemah..hahaha.

Siap2 masak kejut Zakwan suruh mandikan ank2, lebih kurang kul 7.30 kami otw ke PD, aku suruh zakwan search Pantai Blue Lagoon, sebab aku baca dekat internet ramai bagi feedback kata pantai blue lagoon ni memang x ramai orang lagi 1 tempat dia agak terpencil.

Kami smp dalam kul 8.45am, masa smp ada lebih kurang 2 family je yg dah set up khemah, tempat dia memang sunyi sikit, kena lalu kem tentera, rupanya tempat dia dekat dengan perangin kerajaan, kami pernah stay sana dengan kak anim. Tapi aku rasa pantai blue lagoon ni memang best dari pantai lain aku pernah pergi sebab tempat dia ada keliling hutan, so xda la panas sgt, bayangkan dalam pukul 12 pun kami pun melepak mandi sebab tempat dia x panas, lagi 1 cantik.

Dekat sini kemudahan pun lengkap, ada toilet 24h, mandi charge rm1.00, ada surau, tp aku x solat kat sini sbb zakwan gtaw kena amik wuduk kat toilet jauh, aku solat dekat masjid teluk kemang, x jauh pun. Lebih kurang pukul 1.30 kami dah siap2 nak balik, cukup la 5jam mandi pantai, ada rezeki boleh datang lagi.

Lps tu kami pergi Galeri Ikan Hiasan dekat Teluk Kemang, smp dalam kul 3.30, rupanya tinggal lagi 30minit je boleh round kawasan, sebab tutup kul 4pm, byk jugak ikan2 yang first time aku jumpa, ikan insang terbalik, terkejut i. Ada jugak pusat penyelidikan penyu, boleh la tgk penyu dpn mata, syok anak2 kami.

Lps tu Zakwan ajak g muzium, tp kebanyakkan muzium tutup kul 5, macam x sempat kami, pergi pantai cahaya negeri, bawak adni main layang2. Smp kul 6.00 solat asar otw balik Puchong, tapi kami singgah Bangi dinner, kami pergi makan kedai Dikenali, dekat 10 tahun kot kami x dtg sini since lps habis belajar, kerang bakar kat sini memang terbaikkk...



1 Julai 2018

Adni Tukar Sekolah Tahun 1

Mood raya, malas je nak berkerja, semalam dah penat ke kenduri cik wan, si duda & janda bersanding, alhamdulilah bertemu jugak jodoh pakcik aku. Raya tahun ni memang rasa macam pantas je hari berlalu.. Alham pun baru bertunang last week, besar dah adik2 aku rupanya..hahaha..

Sebelum ni aku dah hantar permohonan tahun 1 Adni dekat sekolah SK Puchong Batu 14, tapi since last week aku buat keputusan nak hantar Aisha ke Taska next year, jadi Adni pun kena la tukar sekolah, ye la kesian dekat mama nak kena jaga dorang. Mama pun dah buat drama, ckp nnt kalao dah x jaga cucu mesti 2 bulan sekali belum tentu aku datang rumah.hahaha, gaya mama mcm aku pindah ke kedah.

Aku mulakan dengan cari taska dekat kawasan rumah jumpa 1 fb, Taska Ceria Bayu Idaman, area townhouse belakang sekolah agama, tanya yuran bulanan untuk Adni & Aisha, Adni untuk transit bulanan RM 200, + transport ambil dkt sekolah pagi + hantar ke SRA RM80, utk Aisha RM 300, dia bagi diskaun untuk Adni since hantar adik beradik dapat la RM 180. Okay sgt2 dah harga lagi2 dia complete dengan transport, suami owner tu sendiri yang ambil + hantar. Lebih kurang je jumlah dengan aku hulurkan dekat mama, sebab tolong tengok2kan Adni & Aisha.

Lepas tu aku call SK Puchong tanya macam mana nak batalkan permohanan yang aku hantar bulan 4, Puan Sabrina kerani dekat sekolah suruh aku kemaskini dalam web je, tapi aku ckp, dalam web SPS aku memang x boleh update apa2. Dia kata lagi 2 jam PK Hem akan batalkan. Yup lepas 2 jam aku boleh kemas kini permohonan, aku apply SK Pulau Meranti. Lega 1 urusan dah settle plan esok lunch hour keluar awal sikit nak hantar borong sekolah adni dekat SK Meranti.

Sambil tu aku cuba call SRA Bandar Bukit Puchong 2, takut la dah penuh kemasukkan tahun depan tapi pengetua bagitahu boleh terus walkin je ke sekolah bawak surat lahir copy & ori, ic parents + gambar Adni 3 keping ukuran passport. Alhamdulilah senang la nnt. Rasa macam nak kena ambil halfday utk settlekan sekolah si Adni ni.




13 Mei 2018

Happy Birthday Husband ~sweet 30~

12.5.2018, birthday Zakwan yang ke 30..hoho tua dah laki aku.. mula-mula plan nak pergi ke Kajang guna voucher free, tapi boleh guna time weekdays je sayang pulak cuti nanti tinggal x banyak, lps tu plan nak ke PD sygnya khemah yang aku beli kat lazada belum sampai lagi, so kena la fikir tempat lain dengan kos minimum.hahaha..

Aku decide pergi hulu langat mandi air sungai je la, kami pergi tempat yg sama celebrate anniversary last year. Mula tu singgah dekat tapak pondok lubuk manggis tapi tempat dia x berapa sesuai untuk anak-anak kecil, air dia agak laju & deras, so kami pergi la tempat yang dah pernah pergi yang penting Adni&Aisha happy main air.

Bangun pagi siap2 masak untuk picnic, malam sebelum tu aku dah gigih buat kek coklat sendiri..hahaha kesian laki i sejak kawen baru firts time dia potong kek, selama ni celebrate tanpa kek. Sempat la masak spagetti bolognese, goreng nugget masak nasi, panaskan lauk asam pedas leftover lauk sehari sebelum.haha best layan asam pedas tepi sungai.

Kami sampai awal pagi gak dalam pukul 9.30, biasa la jalan x jem orang belum balik lagi dari mengundi, sonok la depa sakan cuti, #GE14 dalam sejarah, aku adalah orang yang tak tidur utk dengar keputusan.. puas beb..

Sampai je kami sewa pondok dalam 27ringgit, masa kami sampai ada keluarga yg tgh buat gahtering, satu keluarga je, campur kami jd 2 keluarga je yg ada dekat situ.  senang kalau ada pondok mana tahu tiba-tiba hujan boleh la berteduh memang hujan pun dalam pukul 2 ptg, nasib kami memang dah siap2 nak balik.













11 April 2018

99 Wonderland - Selayang

Semalam, Aisha ada check up dekat HKL, sebelum ke HKL, kami pergi singgah sekejap Golden Palaces, Mines hantar voucher 2d1n yang dorang bagi sebab pergi review hotel dorang, hahaha. Biasalah lepas tu dia akan convince kami untuk sign up membership, memang idok la kami nak tambah komitmen kami yg sedia ada. Salesgirl ni siap Tanya berapa monthly yang kami mampu bayar? Aku Tanya balik berapa minimum yang dorang offer, dalam RM 300/M kemudahan 8d7n free hotel, 300 belum termasuk annual fees yang kena bayar dalam 40++ sebulan, compare antara SGI Vacation dengan under Membership Country Homes, better country homes, sebab kau akan dapat medical screnning free, facilities free, mcm nak mandi pool dekat hotel anytime, nak guna gym hotel pon anytime, datang je. Kalau aku memang banyak duit lebih bolehla nak labur, sebab aku memang suka pergi jalan2.

         Dalam form voucher tu dia bagi kita letak 3 date, tapi kena dari hari Isnin – Khamis, public holiday x boleh, biasa la nama pun free mesti la macam-macam syarat dia bagi, ada 4 pilihan, country homes kajang, Langkawi, Cameron Highland & Golden Palaces. Aku decide pergi Kajang je, sebab dekat, date pulak 14 & 15 Mei ngam2 birthday Zakwan, 12 May. Rupanya kalau amik Kajang dapat resort 3 bedroom capacity 6 pax, bolehlah bawak mama & ayah, dekat dengan mothers day kan?

   Lebih kurang 3.30 baru kami sampai HKL, appointment kul 2.00, biasa kami memang datang lambat sikit, sebab selalunya turn Aisha memang yang akhir, aku pun x taw napa. Pukul 5 baru nama Aisha kena panggil,  Alhamdulilah darah dia drop dari 9 ke 2.9, kebetulan doc yang sama operate Aisha consult kami semalam, dia pun macam tak percaya dah nak masuk 2 tahun.

  Balik tu Zakwan Tanya nak pergi ke 99 Wonderland tu? Sebab minggu lps tak dapat pergi hujan lebat lepas amik darah Aisha, aku pun on je la bila lagi nak pergi sementara cuti lepastu free smp 13/4/18 je, nanti kena bayar. Alang2 dah kat KL, tengok waze pun dalam 25min je dari HKL, kami sampai lebih kurang pukul 6.30, tempat dia memang dekat sangat dengan pasar borong selayang. Jangan risau parking di sediakan, tapi kena bayar la RM 5. Kalau x nak bayar parking je la tepi2 jalan kalau rasa x menyusahkan penguna lain.

   Masuk je kau akan nmpk signage I LOVE BN, hahaha, amik kau, Zakwan Tanya x nak amik gambar kat sini, sian abe ajib. Buat semak hp je, tempat dia dalam bentuk pusingan, one way, ada cruise kalau naik kena bayar 10ringgit x silap, lepas tu Nampak la itik2, angsa, merak, ayam turki, budak2 suka la datang sini, makanan utk itik saja dah rm5.00 kalau kau nak beli, masuk je free lain2 kau kena bayar. Lepas tu kau akan Nampak patung2 haiwan calendar lunar. Masa sampai tempat rusa & ostrich ada la yang jual sayur carrot & kacang pjg RM5, utk bagi haiwan makan, Adni dah nangis nak duit, kami buat x taw je smp ada budak yg jaga tu nak bg, hahaha, nmpk x tips dia. Kami bukan kedekut, jimat. Lebih kurang 1jam dalam tu pusing-pusing kami keluar sebab nak pergi solat, singgah la dekat Shell, sebab kalau nak ke surau dekat situ takut ramai.   










Warna Warni Hidup 2020.

  Alhamdulilah lagi a few days kita nak ucapkan selamat tinggal 2020. Tahun ini memang tahun yang sangat tak disangka2 akan berlaku, siapa j...