Powered By Blogger

25 Oktober 2016

Aisha ~ Story

Lebih kurang pukul 6 macam tu nurse masuk check ctg aku..ckp ngn nurse sy nak mandi blh? Badan sy dah miang melekit semua ada dia pon okey je.. papah aku pi bilik air best ye dpt mandi air panas..keluar je nurse bg pad tp aku ckp aku x pndi pakai pad tali.. haha last2 dia pakai kan msti nurse tu ckp ak mengada2

Masa aku kuar bilik aisha dah x da nurse amik utk mandikan. Mase ini la episod x terduga. Zakwan ckp nurse & doktor berkerumun kat aisha aku pon pelik tnye zakwan napa dia pon xtahu sbb dorang x ckp apa2. Lps tu nurse dtg bawak adik tunjuk kat aku belakang dia mcm ada ketulan. Sedih aku tgk, tp doc ckp xda apa2 yg perlu di bimbangkan kemungkinan ia sekadar lebihan daging..
Lepas bacaan jantung aku okey dalam pukul 8.30 nurse tolak ke wad aku kne tahan tuk sehari lagi wlpn anak dah kencing berak. Dalam wad episod berjaga ngn anak Alhmdulilah benda yg aku risaukan selama ni xdpt susukan anak x berlaku..Allahuakbar... syukur sgt aisha pndi cr puting wlpn puting aku tenggelam timbul

Sebelum balik nurse pesan lps cucuk sbln mintak referal letter dr kk rujuk balik pasal lebihan daging aisha.. Alhamdulilah aisha jenis senang jaga.

23 Oktober 2016

2nd Baby - Nuraisha Humairah Binti Muhammad Akmal Zakwan

14 july 39w 4 hari (khamis)
Pagi lbh kurang pukul 6.30 nk solat subuh tgk ada darah kuar sekutui kecik aiii dah bleeding. Muka happy syokkk adik nk kuar. Tahan dulu dlm kul 7.30 niat nk mandi g keje tgk ada darah lg inform abg,& mama suh g hospital sbb ckp baby no 2 bukaan cpt siap2 adni anta tadika terus gerak g serdang. Wasap amber inform sy start cuti maternity ari ni. 

Smp2 register tunggu nama kne panggil. Masuk g bilik observation nurse suh timbang berat check blood pressure air kencing semua baring buat ctg pulak. Lps check semua, dlm lbh kurang 1jam doc suh tunggu smp nama kne panggil maklum la dah nama pon gov msti lmbt sikit que pjg lgpon dah start ramai org. Lbh kurang 2jam tunggu br buat ve. Check2 baru bukak 1cm kepala baby jauh lg. Laaa ingt dah boleh bersalin. 

Lbh kurang setgh hari gak la duk kat serdang ni. Biasa la penat ye menunggu je.. last2 doc panggil ckp blh balik, sedih, doc allow edd lg 9 hari. Kesimpulan ye kalau x bersalin 18hb ni kna dtg induce dlm 24hb. 

Balik je singgah rumah sat amik2 brg adik tok pantang kat rumah mama. Sempat lg pekena rojak tepi jalan mengidam. Smp2 rumah mama je dlm pukul 8. Masa ni perut rase x selesa. Time nak mkn tgk2 ada air keluar mcm air kencing cmpr darah sikit. Aikk tp mkn gak la wlpn sikit tgh duduk tgk tv pon rasa x selase sgt2. Solat & mengaji ingt nk terus tdo tp rase perot mcm mengeras je..smp terangkat2 la kaki tahan sakit. Call zakwan sbb dia kuar sat jumpe kwn bincang mcm mane nak buat uber. 

Smp je umah dia ajk g hospital tp aku ckp nnt la biar smp hosp trs keluar je baby. Kaedah ye dah nngs2 tp blh tahan. Zakwan muka dah x smp ati tgk aku. At last x thn sgt aku ajk jugak pergi dlm kereta jgn ckp la.. terlanggar benda sikit rase mcm nak mati. Tgn zakwan mmg jd mangsa. Smp hosp zakwan papah terus  masuk dlm observation room aku dah mengigit2 baju tahan sakit check2 bukaan dah 6cm, nurse tnye aku air ketuban dah kuar ke ? Aku pon x taw ye la x da la bsh kain aku ni. Nurse mula pasang ctg check jantung baby tp sbb aku x reti dok diam x dpt detect cntk jntg bb. Tukar bj pink terus kne tolak masuk lr  

Masuk je lr mmg x thn sgt dah tgk jam dkt kul 1. Time sakit ni nurse dtg ckp kt aku adik bersalin mmg sakit, sy pon xdpt nak tlg. Dia suh aku sedut oksigen tp pale ak naik penin sedut benda alah tu, smp 1 tahap x tahan aku try teran nurse tlg tp still x kuar gak bb. Nurse suh aku rehat take time. Dlm 15 min br zakwan masuk lr. Hukhuk sedih aku tgk muka dia time tgh sakit tu sempat la mintak maap. Mintak halal makan minum. Time ni punggung mng kebas abis. Time ni nurse 2 org dtg, dgn doc. Tp nurse2 tu halau doc, sbb dorang ckp kami boleh handle, kesian doc tu. Dkt serdang sll ye mmg nurse bidan yg handle kalau x da apa2 mslh. 

Lbh kurang 40 min bertarung tahan sakit teran masuk balik teran balik akhirye keluar la anak kedua kami lbh kurang jam 1.46am..Alhamdulilah Allah lancarkan segala ye. Dalam hati dah bernazar seandaiye di takdirkan untuk lahirkan baby secara normal aku nak puasa nazar. Sebab masa tu aku dah penat sgt nak teran.hahaha.

Nurse letak adik atas badan, rupa dkt ats dada ibu adik siap berak & kencing oohhh anak. Zakwan cium dahi tanda terima kasih. Oohhh so touching. Nurse tanya dpt anak apa adik? Aku tanya laki aku balik haha zakwan pon x perasan. Nurse angkat tunjuk oohh baby girl lg. Sian ayah xda geng. Haha abg next time cuba lg.

Nurse tolak adik utk bersihkan, aku pulak turn yg mencabar, sesi jahit tp biasa la dah x pk sakit ye la bersalin lg sakit kot. Alhamdulilah 1st degree je jahit lbh kurang 5 jahitan. Nurse ni org alor setar
Bkn main rancak ajak ber bual aku ingat boleh smbg tdo tp nan ada. Dia x nak bg aku tdo. Siap2 jahit nurse tukarkan baju, pakaikan pad, tukarkan katil utk pergi observation room sbb aku suspect jantung so dorang kne pantau tgk ada apa2 masalah x. Yg best ye zakwan boleh teman bilik ye pon mcm.bilik 1st class, ada toilet besar, katil sendiri 
Doc masuk setiap 30 min pantau gerakan jantung.

To be continue...

11 Julai 2016

39 Minggu 2 Hari

Waaa... mmg sgt x percaya aku masih lagi kat office buat keje la sgt..hahaha...syg nak cuti awal ni aku ni pon blm ada tanda2 nak beranak awal.. sedihhhh...

Hari ni dah genap seminggu beraya, masa sblm raya tu berangan gak la mcm mana la tgh salam2 tiba2 keluar air ketuban mesti drama...haha tp nan hado... impian berkecai.berangan la ko..baby sedap duduk dalam perot x  mau kuar lagi, lagi2 tgk perangai kakak adni dia yg manja teramat sgt, semua nak ibu buat, sebelum ni okay je buat apa2 dgn ayah dia.. tahu2 je adik dah nak kuarkan...

Sebenarnya dah letih sgt nak drive g keje ni tp apa kan daya kalao x pergi tolak cuti 60hari dah la termasuk public holiday n sunday, kalao x masuk x pa.. byk gak cuti...nak x nak kena la rajin keje jugak...dgn niat nnt anak dlm perut ikut perangai ibu dia rajin keje...ekelehhh,,,hahaha...

Raya tahun ni x boleh nak vogue sgt ye la dah sarat benor, beli pon baju jubah sepasang tu pon bli online dkt lazada. boleh la dr xda.. prepare baju untuk Adni & ayah dia dia, tu pon baju melayu ayah dia recyle baju 3 tahun lepas..hahaha.... sbb tahun ni raya pon x balik Kedah, raya kedua dah berjalan ke IOI Mall tgk wayang layan kan opah adni nak tgk cerita ICE Age.. layan je la....

Gedik je  senyum kakak ni


Muka org x balik kg...sedihhh


Pose terbaru nak tgkp gambar.

Ni je la adik beradik yg dtg beraya.


Yeahhhh dah membesar dengan hebakkk..

14 Jun 2016

Warded - 34 Minggu

Alhamudilah harini dah masuk hari ke 8 berpuasa, tp setakat ni aku berjaya puasa utk 3 hari je..huhuhuhu sedih sgt.... ye la daya ketahanan badan x mengizinkan, sekarang dah masuk 35 minggu, tinggal lagi 5 minggu je...arghhh takot ye sejarah 4 tahun lepas akan berulang....

Ingat lg petang balik keje tu aku 9hb June Khamis, petang tu smp umah aku dah start x selasa rase mcm nak pitam je bila berdiri lama, pegang dada rasa macam laju semcm x kan nak makan ubat dah pukul 6 syg ye... aku cuba bertahan, sempat masak udang masak paprik & goreng ikan kerisi, masak nasi siap2 hidang semua, aku cuba baring tp rase macam berpeluh, padahal duduk bawah kipas, rase x selase sgt, bangun mandi dengan harapan dengup jantung boleh come back to normal, tp nan hado.. smp la Zakwan & Adni balik dlm pukul 7.15 mcm tu aku ckp abg lepas buka kita pi hospital ye.. zakwan tanye napa sakit nak bersalin ke.... Aku terus terang la jantung dah dekat 1 jam laju semcm je, lepas buka, zakwan siap solat semua, bawak desuupppp pi Hospital Serdang... Sepanjang dlm kereta banyak betul nasihat dia, jgn la puasa kalau x larat, napa x call bagitaw awal ckp sakit, napa ni, napa itu.. ye la abe...


Smp2 hospital pi bahagian emergency, dorang suruh tunggu dl, check2 transfer ke Bahagian bersalin, ohh mak, xkan kena bersalin, hahaha. Dorang check CTG, lepas tu buat ECG, check2 dengupan jantung normal tp aku ckp aku tetap rase x selesa macam ada benda hempap kat dada, so dorang monitor ambil darah. Biase la dlm bilik observation room ni mmg mcm2 perangai ibu mengandung kita jumpa, sebabkan hospital serdang sentiasa full house, ada 1 ibu mengandung ni bukaan dia dah 9cm baru dorang tolak msk labour room, kesian ye...sedih aku dengar dia merintih2 sakit, perot aku pulak yang memulas rase nak beranak....


Dlm pukul 11 mcm tu nurse dtg bgtaw husband nak jumpa kejap ye la kesian anak aku kat luar, apa la yg dia buat...Zakwan tnye blh balik ke aku ckp x taw tanye doc dia kata kejap ye nnt sy comfirmkan, lps tu tgh sembang2 doc panggil nama nak buat scan baby, masuk la balik, time ni la aku tanye balik, dia ckp ehh xda la puan kena tido wad.... waaaaaaaa sedih ye Adni nak tido nak sapa nanti...aku keluar bagitaw zakwan abg balik la dulu. time ni la Adni buat drama swasta menangis2 nak ibu...hukhuk sedih ye... mcm mana la nnt kalu ibu nak bersalin...






24 Mei 2016

Family Day - Smart Reader

Ahad lepas tadika Adni ada buat aktiviti family day, dekat Taman Botani, Putrajaya. Excited gak la, pestime join aktiviti tadika anak.,hahaha, adni2 pantas ye membesar, awal jugak la kitorang smp dlm pukul 7,45 sepatot ye 7.30 tp biase la janji najib semua kelaut, lg pon masa smp tu apa2 belum start lg.

One day before, aku ada terserempak dengan Principal dia Teacher Sharan, dia bagitaw Adni ni kalau belajar so excited..haha dia mmg over.. tp satu je, bila comunicate dengan dia in english mesti dia jawap dalam bahasa, hahaha, ofkos la, dah kat umah aku n zakwan ckp bahasa melayu je..sedih..tp yg pelik dia adni ni bila kat umah aku tanye pandai pulak jwp dlm bila, adni nak makan? don't want..amboii..kadang2 dia sound aku ibu take out your handbag..okey fine. tp kt sekolah malu2..haha.. tp aku ada jugak bincang dgn zakwan, apa kata kita ckp bi dkt rumah wlpn rojak at least dia boleh communicate..


X pa, Adni baru 3 tahun 5 bulan... xboleh paksa, so far aku tengok progress dia dah pandai menulis, wlpn kadang2 aku ssh nak baca..haha, buku2 latihan dia untuk first penggal ni, teacher dia pon dah return, okey byk dapat bintang..haha...   

Alamak lari tajuk..dalam 15 minute jugak kitaorg tunggu teacher2 dia set up game, lps tu panggil berkumpul, teacher dia ajak lari satu pusingan keliling Taman Botani ni, aku opkos la x join, mengah beb dah 32weeks, nak jalan kat office pon x larat lg la nak jalan 1 taman, menangis ibu nak... aku ckp ngn zakwan abg pi la ngn anak syg tunggu kat sini je..last2 aku tgk adni dah ke depan pegang tgn teacher dia, dia mmg mengada2 haha.. terpaksa si Ayah berkejar..haha...masa tgh tunggu tu hujan, Alhamdulilah la hujan rintik2 je x da la lebat sgt..

Abis je lari teacher dia panggil Daddy2

 kids 4 years, utk join aktiviti sukaneka, muka ayah dia dia excited...haha. paling dpn beratur dgn anak. aktiviti utk 4 years, si ayah dokong anak lalu bawah batang kayu yg ada had dia, nasib la abg bawak anak yg 15kilo tu.hahaha, abis je aktiviti 4y, terus ke 5y, parents duduk melujur kaki, anak2 pulak melompat ala2 lompat tinggi,haha, aktiviti 6y, ayah @ ibu masuk dalam relung plastic berlari...okey la... aku tgk parents ramai yg join & enjoy untuk anak masing2... 


Aktiviti untuk parents tarik tali, mmg la aku x join, sat g jatuh terberanak aku.. mcm biasa ayah adni mmg syok join.haha nasib la dapat suami yg agak sporting, kalao ayah aku jgn harap.hahaha....


Dalam pukul 10 mcm tu baru blh makan, breakfast provide by teacher yela setiap famili kena bayar 15henget... okey ada nasi lemak paling best ada Vadai..kuih febret aku. Ingat lps tu blh balik, tp Adni time ni la dia mintak nak naik basikal, layan la ayah dia.. anak baru sorang..haha

Acah2 warm up, 
Kepenatan 2 beranak 
Excited si ayah
Sampai terjatuh dukung anak..
Sorry syg, ibu x leh nak join activity. 
See anak beranak excited..
sungguh2 adni mendengar..
Love u baby...



22 Mei 2016

Kos Kahwin Muda..

Kos total untuk majlis nikah & sanding ada dalam 20 Ribu, aku & zakwan mmg dah decide utk buat sekali je majlis walimah, ye la x nak susahkan byk pihak lg pun zakwan kan anak yatim piatu, siapa la nak uruskan kakak ngn abg dia masa ni belum kahwin..hahahaha adik bongsu dia dah langkah bendul..

1. Hantaran, boths side, 7 balas 9, aku n zakwan limit 1000, sorang, dapat la kasut, handbag, make up, manisan, means dekat sini saja dah 2000,

2. Makanan total lum sup dalam 9k termasuk kenduri sanding n nikah. sebabkan mama terkenal dengan masakan dia yg sangat2 sedap mama ckp dia nak masak sendiri, mama ckp kita dapat jimat banyak,nikah mama decide tok buat nasi lemak kukus & rendang kerang, yg sedih ye aku x dapat makan dah habis...ye la masa nikah ni ramai juga saudara mara yg dtg, kawan zakwan dari kedah, kawan2 aku dr sg besar.. tok sanding banyak juga menu, ayam rempah, nenas masak lemak, sambal tempe jawa sedappp ye,, rendang daging,ulam2 sambal belacan, nasi briyani, nasi putih tembikai, & laksa. okey la kan...

3.Pelamin aku cari yg murah je, yg old fashion pon xpa...hahaha, nak jimat... dapat la dalam 1500, make up 2 kali, & baju sanding okey la tu.

4. Kad Kawen, 300 pc dalam 180, okey la sgt2...

5. Fotographer, 1500 ada pre wed, nikah, &; sanding, soft copy unlimited, & photo canvas 16R, hahaha jimat x? sbb abg ipar sendiri... yg lain2 aku print sendiri je..

6.Mas Kahwin aku mintak 688, hahaha sbb besday 6.8.88, xkan nak mintak 6000, kna jimat..hahaha

7.Barang kemas, dalam 2500, 2 bentuk cincin, seutas gelang tgn,

8.Khemah Kawin, kami sewa dalam 7 khemah, satu 180 lebih kurang 1260,

9.Goodies belah lelaki, aku bagi bekas bentuk buah, makanan sikit, tok kawan2 aku belikan frame gambar kat kedai 2 henget..haha total kos dalam 1000, termasuk tetamu2 punya...

total2 semua lebih kurang 19628, lain2 tu tok bayar pak imam, & kos2 tersembunyi..hahaha

10. Salam keruk..haha ni xda la dlm budget tp dlm tgn mama aku..

21 Mac 2016

Mengidam @ Mengada-gada,

Hahaha, alhamdulilah kandungan hampir menuju ke fasa 6 bulan, baru lepas scan dkt KK Bt 14, so far jantung baby ok, tumbesaran pn okey, x da apa2 yang mengcurigakan.. Setakat 6 bulan ni banyak juga la benda yang aku mengidam, entah aku pon x taw mengidam betol2 ke @ di buat2 nak manja2 ngn laki, bukan selalu boleh amik kesempatan, hahaha....Laki aku gigihkan layan kan..Berikut adalah senarai2 yang menjadi idaman & dah tertunai setakat ni la..

1) Aiskrim Walls Oreo, ni aku mengidam masa mula2 hamil, yela, masa tgh mual2 nak muntah je, sumbat benda ni macam sesuatu yang sgt nikmat ko...

2) Buah Kundang, aku gatal2 tgn tgk buah ni dalam internet sekali sampai terliur2 sungguh, teringin, lama aku pendam rase, sbb x jumpa kat sni, lepas tu kebetulan suami balik kg kat kedah kwn sekolah dia kahwin, aku siap pesan, kalao jumpa buah ni tlg belikan ye, sbb aku perasan klo balik sana singgah r&r mesti byk gerai buah mana taw ada rezeki baby ibu dalam perot ni, & Alhamdulilah rezeki Alla bagi, otw balik puchong singgah r & r sg perak jumpa pon, tapi  mak aiiii laki aku ckp 45henget sekilo, aku ckp amik sikit je la buat rase.. Manis bak ang buah dia.. dpt la makan dalam 10 bj ase x puas je, cerita kat mama, mama ckp x puas tu makne ye ko melantak bukan mengidam, berpinar dunia..hahaha....

3) Kuih Talam Berlauk, peerrrhh last aku makan masa tingkatan 6 ingat la mak kak hafid buat, sedap gila lembut je, makan dgn sos dia, tiap2 kali buka puasa mmg aku tibai kuih ni dl, ye le teringat masa form 6 kumpul duit sikit2 satu batch gigih sbb nak pergi rombongan ke Terengganu, best je balik ingat kenangan dkt sekolah...Kuih ni mama mintak tlg Cik As buat sbb mama mmg lemah bab2 kuih mengukus ni, lagi 1 mama ckp malas nak lyn,.hahaha lg sekali dunia aku berpinar...

4) Satay, waa.... aku wasap laki aku teringin makan satey, end up ptg tu balik keje dia tolong belikan dalam 15 cucuk, wlpn bkn satay Hj Samuri, ttp aku lahap dengan laju...

5) Yg ni semalam teringin Big Apple yang ada koci hijua dkt sekeliling apa ntah namaye aku x taw, taw makan je, aku dah wasap Zakwan, mintak2 dia belikan la...teringin..........





Setakat ni ada jugak benda yang aku teringin sgt dr mengandungkan adni smp skrg x dapat lagi makan, Ikan Terubuk Bakar, mana nak cari ikan terubuk, mama ckp skrg dia x nmpk org jual ikan terubuk, see dah masuk anak 2 tp x dpt lagi nak makan ikan terubuk mana la nak cari ikan terubuk ooo ikan terubuk

Warna Warni Hidup 2020.

  Alhamdulilah lagi a few days kita nak ucapkan selamat tinggal 2020. Tahun ini memang tahun yang sangat tak disangka2 akan berlaku, siapa j...