Powered By Blogger

7 September 2020

Camping Check List..

Barang-barang camping untuk yang dah ada family lagi2 anak kecik macam kami ni memang banyak yang kena senaraikan, aku rasa setakat ni kami perabih hampir RM1200, sedapkan hati alang2 beli biar puas, lagipun nak pakai lama. haha. RM1200/10xcamping lebih kurang RM120, oka la tu kot. Lebih kurang harga hotel kalau kami tidur 2h1m

1.Khemah of couse la kan, nama pun camping, kami memang pernah ada khemah beli dekat shopee, instant je, senang betul nak pasang, tp tak sesuai untuk buat kami tidur, jadi terpaksa la berkorban beli yang besar lagi pun skrg kan tgh fasa monotorium jadi duit yg sebulan ni kami buat perabih beli barang camping..haha kami angkut tent arpenaz family 4.1 fresh & black harga dia tak pernah terfikir pun nak beli.. tapi fikir untuk selesa kami, lagi pun pasang tak susah, tak perlukan flysheet, include sekali ground sheet, tp kami hampar lagi extra ground sheet hat warna biru oren utk protection. Flysheet aku baru beli dekat shopee tp belum sampai lagi, sj aku beli senang nak set up tempat utk masak.


2. Tilam Angin

Ni kami beli lewat, masa first camping bermalam kami bawak 3 toto nak bg selesa, angkutla segala ada.. tilam aku beli kat shopee size queen harga dia RM77 include pam angin manual, aku tak beli electric sebab fikir kalau tempat yg limit plug point payah oi nak naikkan tilam ni. Aku beli brand intex so far baring dengan anak-anak okay la. Ingat nak cari lagi 1 yang single.


3.Portable Stove & Periuk2

Barang-barang camping memang aku banyak melabur dekat shopee, biasanya amik yg free delivery @ pun yang offer coin banyak. Portable aku beli brand cikai je, include fire stove 4pc tu dalam RM40. Boleh la setakat ni pakai tak ada apa masalah. Aku usha gak la perkakas masak camping macam mahai, lepas tu Nampak kecik, aku tak pandai nak anggak kalau masak. Aku pun beli la set periuk yg murah ada kuali, periuk+penutup & periuk sup kecik dalam RM20.. tapi bila dah beli yg murah sekali pakai terus tercabut segala pemegang cair kena api.haha.. boleh la yg penting kuali dia besar senang nak masak. Macam tak biasa pulak angkat guna kain. Aku memang akan spare kain buruk / baju yg tak pakai untuk lap2 kaki ke, periuk2 ke. Sekarang ni aku kena beli kuali/periuk cap buaya yg kecik comel, hat lama aku dah buang sebab berkarat. Patutla murah.

 



4. Lampu, Kipas & Power bank

Kami laki bini, benak sikit bab electric, nak diy power box memang meletup je la nanti. Solution dia cari la campsite yang sediakan plug point, ada setengah tempat yang kami pergi dia punya plug point tak boleh tarik ke khemah, cuma di sediakan tempat untuk cas barang2 electic. Nak beli extension yang 40m tu usha kat shopee dekat RM150++. Kami selalunya awal2 cas semua barang. Kipas pun beli yang bodoh2 je. Anak aku yg sulung ni pelik sikit orang lain tidur tepi air terjun sejuk. Dia memanjang mulut sebut panas, tapi berselimut kau rasa?

 

5.Portable meja & kerusi

Meja pun beli online, dekat shopee dia dah terpasang sekali kerusi, nak pasang pun senang. Tapi meja ni berat sikit aku beli dalam RM120


 

6. Tikar

Tikar ni memang aku dah ada lama, boleh la letak kat ruang depan khemah untuk duduk santai pandang anak kau mandi sungai nak buat solat dalam khemah ke.

 

7. Pinggan&Mangkuk, Perkakasan Memasak

Pinggan, mangkuk & cawan plastic biasa la Ikea punya amik dari rumah je, aku tak bawak keluar pun barang2 ni biar je dalam bag recyle tesco senang takda la nak pi next camping kelam-kabut. Pelandas, pisau aku beli kat DIY je RM2.00 senang ko bukan nak buat kenduri pun. Senduk, sudu & garfu pun bwk dari rumah.

So far aku rasa ini je la barang penting yg lain macam baju, barang masak ikut kau nak tidur berapa lama, & masak apa. Macam aku masak benda yang mudah ataupun nak masak yg grand pes semua aku sediakan dari rumah jadi kat sana tinggal masak je, contohnya macam masak sambal udang, dekat rumah aku dah siap tumis sampai sana tinggal masukkan udang, lps tu lebihkan sambal, esoknya sambal tumis udang tu aku buat mee goreng tinggal tambah kicap je. haha. setakat ni aku ngn zakwan belum lagi berbbq dekat tapak camping, sebabnya aku malas, lgpun anak2 aku penat main air kul 9.30 mesti kami 4 beranak dah tertidur, jiran2 duk karok, bergosip, kau lena di buai mimpi.haha

 

27 Mei 2020

Cameron Highland Trip 2020







Our last trip untuk tahun 2020 sebelum Malaysia isytiharkan PKP/MCo  Perintah Kawalan Pergerakan start dari 18.03.2020-9.06.2020.. memang satu perkara yang belum pernah satu dunia hadap dalam masa yang boleh di anggap moden. Kami plan ke Cameron lepas balik dari kenduri anak pakngah zakwan dekat Alor Setar.

Masa ni sebenarnya dok pikir nak pergi ke tak, sebab 2 hari sebelum ke kedah WHO isytiharkan Covid19 as pandemic satu penyakit yang berbahaya  masih belum ada vaksin, so kita kena amik langkah pencegahan sendiri, basuh tangan, pakai mask every where yang kita nak pergi. Tak perlu keluar kalau tak ada urusan penting.

Kami balik alor setar sehari sebelum kenduri, sebab takut penat lagipun nak lepak ngn maklong dorang ni dkt hotel sambil mandi pool, lepas je kenduri kami terus gerak ke baling tidur rumah husna. Esoknya lepas breakfast kami bertolak dari Baling ke Cameron Highland ikut jalan Gerik, lebih kurang 4 jam jugak la, campur anak2 ko buat perangai lagi. Jalan belakang ni agak sunyi la kalau lalu malam mak aii seram, kalau kereta terjatuh gaung tak tahu la jumpa ke idok, menakutkan jalan dia.


Sampai je Cameron, double aa aishaadni soo excited maklumlah tak pernah sampai, adni pernahlah dtg tapi masa umur 5 bulan apa la yg dia ingat. Kami book hotel dekat tanah rata, sebab senang nak cari kedai makan, dobi pun ada, Cuma tapak pasar malam kat sini dah xda. Kami pun datang hari ahad mana nak ada pasar malam dah. Aktiviti masa trip kali ni tak banyak pun tempat kami terjah, kami just pergi Kea Farm, Ladang Teh & Mardi je, lepas tu singgah la kejap pasar pagi, Cuma sekarang tempat dia dah upgrade ada 1 tempat dorang buat macam kiosk.

Sekarang ni masing2 dah kematu dekat 3 bulan dah tak dapat pi mana2, nak ke taman mainan pun bahaya, nak ke pantai amik udara segar, pantai jauh. Hopefully cepat2 la Covid ni  terhapus, atleast ada vaksin pun bersyukur sangat2…

26 Februari 2020

Tesco 🚚 Delivery.. Pon Pon..

Rasanya dah Lebih dari 3 kali aku shopping guna apps tesco delivery ni.. Dulu mcm tertanya gak la, elok ke ayam dorang anta.. Entah2 ayam busuk ke.. Ikan dah lama ke.. Tapi rupanya brg yang dihantar setakat ni segar, cuma kalau ada brg yg kita order xda dorang akan replace dengan brg lain yg sama cuma lain jenama ja.. Cthlah kau order coco powder cap AA yg dihantar cap BB, boleh ja kalau kita return..

Senang betul hidup ni skrg shopping barang dapur.. Yg lg best hantar smp depan pintu, kesian jugak kt delivery guy ni.. Kena hantar smp Tingkat 3..cuma Kena hati2 la kita x tahu apa2 yg jadi kan ye la zakwan selalu oustation lepas tu pulak sabtu ahad ada je hal nak kena keluar.. Tesco ni memang memudahkan Kerja mak2 yg berkerja.. 🤭🤭🤭Lagi 1 kalau order pakai apps ni blh la kontrol belanjawan xda la terlebih2 sebab dah appear berapa jumlah yg bakal Kena Bayar.. Kalau pi tesco sendiri mesti terlebih kalau list 2 pages pun mesti ada ja brg2 lain😍😂. Bab payment pulak accept via card ja.. Not cash.. Yg penting mana2 brg yg x nak masa dorang hantar nnt dorang akan Cross dlm receipt Bayar barang yg kita amik ja.. Kos yg dorang amik kos delivery depends pukul berapa kita nak..

Sekarang ni hujung minggu kalau X keluar pun Kena settle kan kain baju, lagi2 anak dh start sekolah rendah. Kalau masa tadika baju x sempat kering boleh la pakai baju lain.. 😂 Sekarang hari ahad ja Kena makesure baju2 sekolah 10pasang semua dah siap gosok.. Baju adik 5, Ibu 5 pasang campur seluar slack 5 dah 10..ayah dia pulak 5.. Kematu bontot kalau gosok baju ni.. Jd x yh penin pale nak curi masa beli barang dapur boleh la order ja.. X penat Xyh handle drama Anak2 aku kat tesco ✌️ni yang paling utama..






3 Februari 2020

Grand Beach Resort Port Dikson

Cuti CNY tahun ni plan asalnya nak lepak kat rumah maklumlah belum gaji, bonus pun x nampak bayang, tapi last minute mommy to be.. My SIL ajak pi ke melaka,  cuti public holiday mcm ni memang banyak la hotel dah sold out, kalau ada pun harga dia macam tel aviv.

Last2 kak anim book ja hotel pd. Kami pi 2h1m, bertolak dari Puchong Lebih kurang kul 8, smp dekat pukul 10 pg. Jalan jem sikit cuti umumkan, sampai pd plan asal nak ke muzium, tapi aku ajak zakwan pi PD Ostrich Farm, ticket utk 2dewasa 2 kanak kanak rm50.. Ada banyak lagi pakej lain tp kami ambil yg standards ja.. Lagi pun sampai dekat kul 11, matahari dah terpacak..

Tempat dia x berapa besar sangat. Dalam ni ada jual satey & omelette ostrich tapi kami x cuba pun.. Zakwan 2 3 kali ajak cuba tp aku geli.. 🤭🤭🤭 Takut muntah. Kat dalam ni ada la haiwan lain, rabbit, donkey, goat.. Birds2..gitew..

Kami lepak dekat 2 jam dalam tu lepas tu zakwan ajak makan cendol durian dekat stall luar kaunter. Cendol dia sedap berbaloi la harga semangkuk RM10.. Sementara tunggu kak anim sampai dari melaka.. Lepas lunch baru kami check in hotel tapi tu la sementara nak dapat bilik Kena menunggu la.. Sebelum check in tu dorang ada la persembahan lion Dance. Dung dung cheng... Hotel dia ni agak lama. Perabot pun sedih sangat.. Kayu kerusi & meja dah nak patah.. Tp yg best swimming pool dia agak besar.. Pantai pun belakang hotel ja.. View hotel superb.. Cantik Sgt..

Lepas check out baru kami ke plan asal melawat muzium tentara.. Besar rupanya muzium dia. Sambil tu perhatikan abam2 askar tengah berlari2.. Masa kat sini ramai gak pelancong dari China tp sebab aku skeptical sikit cepat sebab coronavirus kan. Terus aku ajak zakwan balik 😭.. Ye la Kena berhati hati Lebih sikit skrg ni.. 😔 😔.

Lepas balik holiday Kerja sehari. MC dua hari sakit mata.. Mesti bos bebel dalam hati baru dapat bonus terus mc. Sorry bos.. Mata I buat hal.. 🤭🤭 X percaya bonus dah masyukkkk...

2 Januari 2020

Happy 2020 & 1ST Day School



Alhamdulilah, masih lagi bernafas dengan izin Allah, dulu2 selalu terbayang macam mana lah kehidupan bila dah masuk tahun 2020, rupanya dah jadi isteri & ibu untuk dua puteri. As usual selalunya new year memang x pernah celebrate pun..memang dari kecik, smp ke sekarang aku tak pernah pi mana2 tempat untuk celebrate, nak celebrate apo pukul 10 mlm kepala dah ada kat bantal.

This year sekolah start 2nd Jan, bila dah jadi mak2 untuk dua anak yang dah start sekolah busy la sikit pagi2 I, rutin sebulan cuti sekolah dah bertukar, pukul 5.30pg dah start bangun prepare breakfast,lunch lepas tu pakaikan tudung si kakak, ye la tahun ni berlagak sikit x nak pakai tudung sarung dah senior..hahaha.. Tahun ni turn SRA Sesi Pagi, masih kelas yang sama 2 Arrazi, SKPM pula sesi petang tukar nama kelas ke Kelas 2 Saga..

Preparation anak2 aku dah siapkan 2 minggu awal, senang tak dalah terkoncoh bila nak buka sekolah. Almost barang2 anak aku beli online, dekat shopee, dari bag, tudung, singlet, scaft, stoking, pencil2 hahaha.. sebabnya kalau bawa dua2 pergi shopping kesabaran tahap kulit bawang kau di uji, muka aku dah boleh bertukar jadi warna pelangi…langkah paling selamat online je lor, lg pun masa 12.12 sale semua free delivery kan indah je,. Klik-klik tunggu je J&T hantar x pun post laju, jimat minyak kesabaran aku pun masih tebal..Cuma kasut sekolah je memang kena beli dekat kedai, tu pun bercinta nak cari, meragam yg ni x nak, nak yang ni..lepas tu x nak pulak tu br 1 brg kau bayangkan utk barang2 yg lain..

Cerita pasal adik, yeayy dia dah 4tahun, tadika Permataku Bestari, entah lah banyak sgt nama tadika ni kejap Raudah Islamic Montessori, kejap best kids..haha. biasalah tadika baru, banyak benda yg kena diperbaiki..Masa mula2 hantar mulalah drama dia, dalam kereta dah pesan don’t cry, masuk tadika menangis x berhenti, drama taw…Teacher dia kata biasa lah ni, teacher dia pun dah masak sgt dengan perangai bambam ni..

Aku memang dah ckp ngn Zakwan setiap tahun, I nak makesure 1st day anak sekolah kita yang uruskan, biarlah ada moment yang indah untuk anak2 kenang…Sementara tunggu sikakak balik dari SRA pukul 11.05pg, kami pi breakfast dekat gerai mama, lps tu amik si kakak, makan2 kt rumah, hantar ke SKPM, sesi petang mula pukul 1.20pm smp 6.10. Apo logi sementara ada masa kami lari pi dating..haha sempat la tengok wayang cerita IP Man Finale, sedih la cerita ni..ending ip man mati sebab kanser..movie ni aku memang follow since no 1 tengok dekat wayang..Tips nak ticket murah Bayar lah pakai touch go ewallet, RM10 perticket, tp syarat dia kena beli dekat kiosk kami pi tgk wyg dekat tgv dpulze. Cuma harga kanak2 still remain rm9.

Masa berdua ni lah baru boleh berpegangan tangan, kalau bawak dua bodyguard tu sorang dengan aku, sorang dgn bapaknya.. taktahu la kalau ada no 3, mana nak letak..








30 Disember 2019

Perbezaan Rumah Subsale & Under Construction.


Alhamdulilah rezeki / nikmat dunia yang Allah bagi, tahun kami di berikan rezeki untuk rumah kedua. Kali ni berbeza sikit urusan pembelian rumah dari rumah yang pertama. Banyak beza beli rumah subsale & under construction lagi2 bab duit.. menguji keimanan & kewangan..haha..


Rumah Subsale
Under Construction
Rumah
Pangsapuri Cempaka
Kita Bayu – Rumah Bandar (TownHouse) Upper Unit
Status
Freehold – Non Bumi (Tertakluk pada Lembaga Perumahan Sel.)
Leasehold – 99 Years -Bumi
Harga
RM84000
RM409900/ After Rebate @ deposit 10% pemaju RM368,910
Booking
10% - RM8400
RM 2000
Loan
90% - RM 77400
90% RM368910+MRTT
Lawyer Fees
Estimated RM 9000 (SNP&Bank)
FOC – waiver by developer
Rate Loan
4.8% - OCBC Islamic Loan
4.4% CIMB Islamic Loan
Montly
RM 380
RM1818
Insurance
RM750  (MLTT) – Yearly Cover RM77400
RM 24000 (MRTT) Cover RM305+++ Lumpsum – include dalam loan
Valuation
RM 600
N/A
Maintaince Charges
RM 38.50
RM 130
Pro&Cons
1.Perlu sediakan wang yang banyak sekaligus macam kami lebih kurang RM19000, hasil pinjam duit ayah RM9000, yang lain saving kami.

2.Macam biasa kena pastikan semua bil, cukai, outstanding buyer dah settlekan semua.

3.Kerosakkan kena tanggung sendiri, cat berwarna – warni, kos untuk betulkan rumah saja lebih kurang RM 1500


1.Tak perlukan sediakan wang sekelepuk, tapi kena makesure ada lebihan duit setiap bulan untuk bayar progress payment –
Cthnya 10%, 50% dalam tempoh 24 bulan/lebih, depends pada agreement, kena selalu follow up dengan bank, mcm kami Tanya bank berapa maximum progress claim yg kena bayar smp vp, banker kata RM 1+++, maknanya kami kena allocate duit sikit2.

2. Kena selalu followup dengan bank, pastikan bank disburse dekat developer ikut stage yang dinyatakan kalau tak masa ambil kunci masalah lain pulak timbul, mungkin kena bayar penalty sebab lambat interest.

3.Selalu lawat tapak project



Apa-apa pun niatlah beli rumah untuk keselesaan keluarga, walaupun mungkin banyak benda yang terpaksa di korbankan.. lepas ni dah x boleh la nak selalu keluar jalan2.. spend time duduk dlm rumah baru berbaloi bayar mahal2..hahaha..ayat nak sedapkan hati.. Harap-harap April 2021  rumah kami siap tanpa sebarang masalah. So far developer LBS top 5 developer dekat Malaysia..Harapnya keputusan kami beli rumah yang baru ni tak salah.


Warna Warni Hidup 2020.

  Alhamdulilah lagi a few days kita nak ucapkan selamat tinggal 2020. Tahun ini memang tahun yang sangat tak disangka2 akan berlaku, siapa j...