Tahun ni Adni dah 6 tahun,
berdebar-debar Ibu,next year dah std 1. Cepat ye anak ibu membesar syg.
Baru-baru opah dia complaint napa adni x pandai membaca lagi? Bayar yuran
mahal2 tp x boleh baca, baik hantar kat Kemas, murah, membaca pon cepat mcm
acik pia dia.
Aku pon explain kat mama,
perkembangan semua budak bukan sama, tadika bukan batu pengukur utk tentukan
kebolehan & kecekapan dalam membaca. Rumah mama memang dekat je ngn Kemas,
x smp 5 min jalan kaki, tapi ramai sangat student kat sini, kita yang
berkemampuan hantar la yg bayarannya lebih sedikit.
Yang memang diakui Adni agak
lambat membaca, biasa la sekarang silibus terlalu kehadapan masa kita dulu
pembacaan masa tadika bermula dengan dua suku kata, sekarang buku (K1) 5 tahun,
ada lebih 3 suku kata. Teknik mengajar pun berbeza. Sebenarnya aku lebih suka
hantar anak ke tadika yang ada berlainan bangsa, im not racist, hahaha. Sebab
bagi aku bila berkawan dengan bangsa-bangsa lain dia terpaksa communicate in English,
no matter how.
Sebab itu dia boleh berkomunikasi
dengan agak baik in English, membaca dlm BI pon lebih lancar compare Bahasa melayu
sendiri. Adni pon ada amik kelas mandiran wlpn feedback teacher kata prestasi
dia kurang menyerlah but its okay teacher dia selalu puji tulisan cina dia lawa
berbanding tulisan anak cina, haha. Plan
aku mulanya nak hantar SJKC tp sebab teacher dia feedback macam ni batal je la
niat ko.haha Cuma Zakwan plan utk continue class mandiran dekat luar next year.
Insha Allah.
Pernah juga Zakwan ckp fees dia
mahal, kalau hantar Kemas banyak boleh jimat, aku pon ckp dengan Zakwan,aku
kena berkerja, utk apa aku kerja kalau duit2 aku abis tuk diri sendiri je, dah
la tinggalkan anak masa kerja. Sekurang-kurangnya aku bagi yang terbaik utk
anak,+ jangan rampas hak orang yg lebih susah. Entah la aku tgk kat Kemas ni
Parents hantar pakai Mitsubishi Lancer. KO ada?
Start awal tahun ni aku dah susun
jadual utk Adni, smp je rumah mandi, makan, solat margib dengan Ibu, lepastu
mengaji, sekarang dia dah masuk Iqra 3. Alfatihah pon dah lancar, doa harian
pon dah hafal sikit2, doa makan, tidur, penerang hati. Surah-surah lazim masih
lagi dalam percubaan. Tp aku bangga sebab aku yang mengajar anak sendiri
mengaji sampai dia boleh menghafal..:) semoga Ibu terus istiqomah. Lepas mengaji aku buat jadual utk dia, Isnin –
Membaca (Bahasa Melayu), Selasa – Matematik, Rabu – Jawi , Khamis – Bahasa Inggeris.
Alhamdulilah dia ikut tanpa bantahan. Semoga Allah berikan kesihatan utk Ibu besarkan anak-anak Ibu.