Powered By Blogger

31 Januari 2018

Adni & Kindergarten.


Tahun ni Adni dah 6 tahun, berdebar-debar Ibu,next year dah std 1. Cepat ye anak ibu membesar syg. Baru-baru opah dia complaint napa adni x pandai membaca lagi? Bayar yuran mahal2 tp x boleh baca, baik hantar kat Kemas, murah, membaca pon cepat mcm acik pia dia.

Aku pon explain kat mama, perkembangan semua budak bukan sama, tadika bukan batu pengukur utk tentukan kebolehan & kecekapan dalam membaca. Rumah mama memang dekat je ngn Kemas, x smp 5 min jalan kaki, tapi ramai sangat student kat sini, kita yang berkemampuan hantar la yg bayarannya lebih sedikit.

Yang memang diakui Adni agak lambat membaca, biasa la sekarang silibus terlalu kehadapan masa kita dulu pembacaan masa tadika bermula dengan dua suku kata, sekarang buku (K1) 5 tahun, ada lebih 3 suku kata. Teknik mengajar pun berbeza. Sebenarnya aku lebih suka hantar anak ke tadika yang ada berlainan bangsa, im not racist, hahaha. Sebab bagi aku bila berkawan dengan bangsa-bangsa lain dia terpaksa communicate in English, no matter how.

Sebab itu dia boleh berkomunikasi dengan agak baik in English, membaca dlm BI pon lebih lancar compare Bahasa melayu sendiri. Adni pon ada amik kelas mandiran wlpn feedback teacher kata prestasi dia kurang menyerlah but its okay teacher dia selalu puji tulisan cina dia lawa berbanding tulisan anak cina, haha.  Plan aku mulanya nak hantar SJKC tp sebab teacher dia feedback macam ni batal je la niat ko.haha Cuma Zakwan plan utk continue class mandiran dekat luar next year. Insha Allah.

Pernah juga Zakwan ckp fees dia mahal, kalau hantar Kemas banyak boleh jimat, aku pon ckp dengan Zakwan,aku kena berkerja, utk apa aku kerja kalau duit2 aku abis tuk diri sendiri je, dah la tinggalkan anak masa kerja. Sekurang-kurangnya aku bagi yang terbaik utk anak,+ jangan rampas hak orang yg lebih susah. Entah la aku tgk kat Kemas ni Parents hantar pakai Mitsubishi Lancer. KO ada?

Start awal tahun ni aku dah susun jadual utk Adni, smp je rumah mandi, makan, solat margib dengan Ibu, lepastu mengaji, sekarang dia dah masuk Iqra 3. Alfatihah pon dah lancar, doa harian pon dah hafal sikit2, doa makan, tidur, penerang hati. Surah-surah lazim masih lagi dalam percubaan. Tp aku bangga sebab aku yang mengajar anak sendiri mengaji sampai dia boleh menghafal..:) semoga Ibu terus istiqomah.  Lepas mengaji aku buat jadual utk dia, Isnin – Membaca (Bahasa Melayu), Selasa – Matematik, Rabu – Jawi , Khamis – Bahasa Inggeris. Alhamdulilah dia ikut tanpa bantahan. Semoga Allah berikan kesihatan utk Ibu besarkan anak-anak Ibu. 








Tiada ulasan:

Warna Warni Hidup 2020.

  Alhamdulilah lagi a few days kita nak ucapkan selamat tinggal 2020. Tahun ini memang tahun yang sangat tak disangka2 akan berlaku, siapa j...