Powered By Blogger

21 Januari 2018

Kelantan 2018

Last weekend, kitaorng pergi ziarah abg aki dekat HUSM, Kubang Kerian, huhu kebas punggung 7jam duduk dalam kereta, lagi2 jalan menghala ke Gua Musang, Ya Allah memang berzikir & bersabar je sepanjang masa.  Aku & zakwan tukar2 drive, tp yg bawak lebih zakwan la masa pergi kesana, kami pergi hari jumaat, bertolak dari Puchong kul 7.00 smp dkt KB, lebih kurang pukul 2.30, hujan, plus berhenti rehat tu yang jd panjang perjalananan

Smp2 je Kubang Kerian terus pergi HUSM, abg aki dapat bilik eksekutif since medical company dia masih cover smp bulan 3 nnt. Bilik dia  luas + selesa, abg aki pon dapat bilik utk seorang, sayu aku tgk dia terbaring ats katil, sampai2 Zakwan terus urut2 abg dia, sbb abg dia sengal2 badan ye la x boleh nak bergerak, baring je atas katil, dekat kul 5 kami gerak ke hotel (Bintang Square Hotel) memang dpn2 HUSM, kebetulan Husna dah booking bilik utk seminggu, hotel ini memang okay, selesa utk sapa2 yang nak ziarah pesakit dekat HUSM, lintas je jalan dah smp, kami ulang alik hospital pon jalan kaki je, x smp 5 min, sbb nak parking dlm kwsn hospital mmg la payah.

Since kami dtg waktu Kelantan cuti xda la kena bayar parking dekat area hotel. Esok ye ajak Zakwan pi breakfast dekat Kopitiam Kita yg famous dekat KB, masa dtg ni mmg ujan lebat, sebab teringin punya pasal redah bawak anak, tp entah la, bagi aku kedai dia biasa je, hehehe, makanan tu byk pilihan nasi je, kami makan roti titab special 6.00, nasi dagang ikan 4.00, sate 4 cucuk + nasi impt sikit 5.00, air kopi o, nescafe panas & teh ais kena dekat 24.00henget, + GST. Entah la macam x berbaloi pon ada. Haha, tp roti titab dia okay just nice, org ckp Kelantan suka masak manis2 tp sepanjang makan dekat sana mmg xda la makanan yg aku makan tu manis, just nice je. Tp kat sni makanan2 lain mmg murah2 kena pandai2 cari.

Ada 1 akak ni niaga nasi lauk 2ringgit, dpt ayam seketul, nasi + kuah gulai pekat sedap, + teh beng br 3ringggit haha, hotdog yg selalu jual kat sana pon kne pandai cr ada setgh jual mahai, kami suka beli dkt pakcik yg naik moto depan KK Square, murah sedap ye sosej pulut, cheese..  hari sabtu aku sempat g ziarah Lin, kesian dia keguguran, anak pertama pulak tu, lps je balik dr ziarah dia, hospital KB banjir, nasib baik aku dah balik, kalo x mesti sangkut. Kami memang xda nak pergi mana2 just singgah Muzium Islam je tu masa ujan2 rintik, lps kuar je dr muzium terus ujan lebat, plan nak bawak anak2 jalan2 pantai pon x kesampaian.

Masa dekat Muzium Islam ni Pameran dia okay, Cuma aku rasa pengurusan kena buat sesuatu kat toilet dia, geli gila mcm x sepadan dengan nama, Islam kan sukakan kebersihan. Dekat tingkat atas muzium ada pameran @ replica mumia, perjalanan arwah Tok Guru Nik Aziz pon ada, byk gambar2 arwah & sejarah kehidupan arwah. 




















Tiada ulasan:

Warna Warni Hidup 2020.

  Alhamdulilah lagi a few days kita nak ucapkan selamat tinggal 2020. Tahun ini memang tahun yang sangat tak disangka2 akan berlaku, siapa j...