Powered By Blogger

24 Ogos 2015

Calculator Si Pembawa Bekal :)

Oh yeeahh, ari ni dah 25hb Aug, gaji lmbt la pulak...hahaha tp x kisah pon gaji lambat @ x sbb aku dah beli bahan2 untuk masak selama seminggu, mcm ni lah rutin aku, setiap hari aku akan masak utk breakfast, & lunch merangkap dinner, bagi aku tabiat bawak bekal ni dah sinonim, sbb dari tadika smp la sekarang, aku mmg jenis org yang suka bawak bekal, ingat lg time duk asrama mase belajar, setiap kali balik, mesti mama akan bekalkan macam2 sbb dia tahu anak dia kuat makan..hohoho,  yg plg penting siap bwk tok anak2 angkat dia lg, hahaha...

Sebenarnya bwk bekal ni byk kelebihan ye, lagi2 kalau kerja jauh dari tmpt makan, ye la nak kena kuar makan, lunch 1 jam je, nak kena drive lg, duk menunggu nak amik makanan lagi... kalau u alll bawak bento ke office mmg senang, kenapa aku cakap jimat tgk kira2 aku kat bawah ni, ni aku punya kira2,

Breakfast : Nasi Lemak Kosong  = RM 1.50
Lunch : Nasi Cmpr + Air = RM 7.00
Dinner : Apa2 je la = 5.00
Total  =  13.50 * 2 (Sbb laki bini ) = RM 27 henget Sehari.. * 5 = RM 135 seminggu.

Kalau macam aku every week, spent RM 100 utk beli bahan mentah & sayur, so nampak x? RM 35 balance ko blh spend, tok makan yang sedap2 every weekend, @ ko blh simpan tuk melancong, @ emergency case.

Lagi pun dengan masak la ko blh dapat byk pahala, sambil masak, berselawat, berzikir, titik2 peluh yang keluar itu pahala, sbb menyenangkan suami & anak2. Tapi kalau rase penat, jgn paksa diri, mungkin dalam seminggu, 4 hari bawak bekal, 1 hari makan kat luar, bersosial ngn kwn2 office...

Just my 2cents..

16 Ogos 2015

DNA Lembu, Susu & Ustazah

First time aku tengok gambar ni di viralkan, aku x da rase marah, cuba rasa sedih, rendah diri, & pedih.. Yes, aku hanya berpeluang menyusukan Adni, selepas di lahirkan atas faktor masalah penyusuan. Selebihnya melalui pam & susu formula Lembu. 

Mungkin, Ustazah ni nak menyatakan susu ibu, adalah susu terbaik untuk anak. Ya dalam Alquran sendiri terkandung, betapa hebatnya susu IBU, sememangnya tidak dapat di tandigi oleh mana-mana susu Mahal yang ada dipasaram, tapi aku di uji, dengan masalah yang sememangnya tidak dapat diceritakan. Tp aku sgt2 terkesan dengan apa yang dinyatakan. 

Selama 10 bulan Adni dalam kandungan aku dah niatkan di dalam hati, aku nak bagi susu ibu, tanpa seberang campuran susu lain. Barang2 kelengkapan bayi pun aku susun penuh rapi, aku x pernah terfikir nak beli Botol SUSU ke, Pam Susu ke, sbb mase tu just fikir habis pantang, baru nak beli, utk persediaan berkerja, tp Takdir yang Allah bagi penentu segalanya. Selepas Adni lahir, aku cuba untuk susukan dia, Adni tercari2 arah untuk menyusu, sedih tu hnya Allah je yang tahu, menangis2 dia nak menyusu, bila nurse tgk, dia paham yang aku mmg x boleh susukan anak, dia amik Adni, bawak pergi satu sudut, aku terfikir mungkin mase tu dia bagi Susu Formula dekat Adni, sbb lepas 20 minit Adni tidur lena. TQ nurse, sbb memahami keletihan seorang ibu yang baru lepas melahirkan.

Benda yang paling menyakitkan aku bila ada sedara sendiri kata OKU pon boleh susukan anak, aku hanya boleh menangis, terdiam & rehda dengan apa yang Allah bagi. Smp satu tahap aku bagitahu Zakwan, aku dah x nak mengandung, sbb aku x nak seksa anak aku. Alhamdulilah sepanjang Adni minum susu formula, x pernah kena penyakit yang teruk, x da masuk hospital, x da alahan, mungkin ini bahagian lain yang Allah bagi, & dia sekarang dia membesar bagai Juara, Terima Kasih Allah

Kadang2 tu rase iri hati sangat2 bila tgk gambar susu ibu dalam peti ais, melimpah ruah, kenapa aku x da macam ni,  kenapa aku yang kena dugaan ni, kenapa Adni..Maafkan Ibu sayang (NurAdni Humairah) 
Rehda dengan Ujian Allah, pasti ada hikmah terselindung di sebalik sesuatu. 

14 Ogos 2015

Tugas Kau & Aku

Sekarang ni banyak  orang share pasal tggjwb isteri dulu & sekarang, perbandingan dulu & sekarang. Kononnye dulu isteri hantaran 60henget, sekarang 60000, tp isteri dolo2 ciap segala bagai dari A-Z. Okey perlu ke compare dari segi hantaran? what the??? Bagi aku masalah sekarang ni bukan dari segi hantara, tapi dari segi adab & etika, tanggungjawab, nilai kasih syg & kemalasan laki bini. Kalau ko bg 30k pon kt bini ko, tpi kalau dia mmg jenis yang baik hati, mesti semua kelengkapan rumah tersedia rapi, dapat pulak ko bg 5k je, tp bini ko dah tahap bebal malas nak mampus, same je, no point hantaran rendah@mahal.

Bagi aku tugas isteri & suami tetap sama dari dulu & sekarang, cuma sekarang cabaran berumah tangga tu lagi banyak kot.. Mcm aku rutin harian lepas kahwin, same je la, layan suami, & tp mase mula2 kawen aku stay rumah mama, so, x la aku bgn awal2..hahaha, sume mama yang masak, kdg2 mama yang tlg jemurkan baju..  I luv u mama...hehehe.

But, after 2 years, dah pindah rumah sendiri, segala rutin harian aku berubah, baru aku tahu nikmat seorang ibu & isteri yang berkerjaya...ushhh mmg menguji kesabaran, tp semua tu menjadikan aku lebih matang. Rutin bermula seawal 6.00 pg, aku akan mula bertinju di dapur, tips aku untuk yg senang nak masak pg2 make sure malam sblm tidur aku dah potong2 segala bahan yang nak di masak, kalau nak goreng malam2 dh gaulkan dengan kunyit, sayur pon dah dipotong. Semua ni bergantung pada kerajinan sebenarya. Stail aku dah siap masak lauk, turn Encik Suami pulak masak nasi, mandikan Adni, buat susu Adni, nampak x kat situ, kerjasama antara suami isteri ni sebenarnya jadikan semua kerja lebih mudah, x da la bini ko hegeh2 buat semue, ko goyang segala benda...

Macam ni la rutin harian aku, cuma kadang2 bila smp mood malas aku memang x masak, buat2 terbangun lambat..Antara suami & isteri  bagi aku komunikasi 2 hala mmg penting, jgn cakap dia je dengar, jgn pulak cakap ko je kena dengar..Nama pun dah jd suami isteri, segala benda kita kongsi, apa slh ye kita berkongsi tanggungjawab, konsep sama je macam nak dptkan ANAK. Perempuan perlukan Lelaki, Lelaki perlukan Perempuan..lain la kalau ko jenis tetttttt.....

Dari segi kemas rumah, baju & anak, aku & zakwan mmg akan bahagi2 tugas, Such as, aku basuh, lipat & gosok baju, Zakwan akan jemur & angkat baju. Kemas rumah pon sama, aku mengemas dia pi bawak adni main jauh2 supaya x kacau aku mengemas. Aku dah siap masak dia akan basuh segala pinggan mangkuk. Cuma kadang2 aku tanya jugak abg x kisah ke buat semua ni, & dia selalu je jwp xda apa2 lah..


Carta Rajah di atas sememang ye sukar nak di aplikasikan masa sekarang ni...Please laa, jgn banding2 kan nilai hantaran dulu, kini & selamanya...


*pssstt : terase, sbb zakwan kata hantaran aku mahai..hahaha..ada aku kisah?





15 Julai 2015

Nyawa Saya

Ayah, Mama, Aku, & Adik-adik....

Okey aku Aku ada Ayah yang sgt Hensem.. Encik Rambly Jambol & My mama hot Puan Mariah Ulfah Hamzah, me, anak sulung dari 7 orang adik beradik, ada lagi 6 orang berderet-deret dkt bawah ni..mama ooo mama kenapa la bg akak adik ramai-ramai ni... wlpn ramai, tp x terase sgt ramai, sbb time sekolah aku banyak habiskan masa kat asrama... peluang tuk aku lari dr jaga adik..hahahaha.... Bijak x?
So siapa yang ada adik ramai blh guna tips ni.. belajar rajin2 masuk asrama...niatttt....

Adik Aku K'2 

Mohd Alief Rambly, kat rumah just call alip...biase la kitorang xda, angah ke, along ke, ajang ke.. x da okeh... kitorang tua setahun jee..biase la bila jarak x jauh ni bergaduh tu benda biase, bukan calang2 gaduh, ada gak la smp bertumbuk, aku rasa mama ada simpan lagi gambar aku bergaduh, ushh sempat gak amik gambar, adik aku ni ada sakit Asma mase kecik2 la, skg aku rase kurang sikit kot. 

K'3 Mohd Alham. 

Dia ni agak berlainan cikit hahaha, kulit dia ala2 Indian gitu, mama ckp mama x suka supervisor tempat dia kerja dulu tu yang di kenan..kecian ko aam..kat area rumah org panggil dia botak, aku x taw la pasai apa, mulut peramah ni, kuat makan, x dapat makan sentap, tp aku suka adik aku ni, senang utk mintak tolong, bdn dia sasa cikit dr alip yang kurus kering, sll jd mangsa haha apa2 je semua suruh dia, angkat almari la, angkat peti ais la.. bdn sado.. tp x tahan, cewek bila tgk hisdutan & tamil, bila part sedih je buat2 tutup muka coverline bek punya....setia beb...x tahan tu, tp muka awek sume alahaiii..


K'4 Siti Sarah, aku kecik2 ingat ni adik aku yang last dah xda adik lg lepas ni...tp.... dia ni kitorang pangil baby, motippp... smp ke besar terpanggil baby... mulut dia suka ckp main lepas jee...rajin kerja, cuti2 sekolah ke mesti kerja, tp matlamat dia satu je x nak buat kerja rumah, ko ingat akak x tahu?? now dia tgh pratikal kat tempat aku, jd asst aku, hahahaha...kesian ko kan. Adik aku ni kecik2 je orang ye.. mcm budak darjah 6..katik..


K'5 Muhamad Alimran ohhhhhhh, ada lagi sorang, aku pon ingat ni yang last kot...tp..... dia ni punya perangai Ya Allah, hazab degil gila ni.. dia ni la yang paling lama minum susu ibu, tp mengalahkan orang mimum susu lembu, jd tolong jgn salah kan susu lembu okehhh... bakhil pulak tu, ni mmg aku jujur..ada sekali tu dia dengar ceramah agama kat masjid, balik2 nangis mintak maaf kt mama jgn x nak degil, seronok gila mama, tp tahan semiggu je...iyan2.. suka bergaya ala2 K-pop, besday kitorang sama... wlpn degil, nakal, dia tetap adik aku... 

K'6 Muhamad Adam , Okeh yang terakhir kot...tp...dia ni muka jambu, degil jugak ni, lagi 1 banyak cakap, mulut dia, pernah accident smp kena masuk besi kat peha, tu la degil, dah ckp jgn naik moto berlagak, kaki pendek, tp teruk gak, smp nangis ayah aku risau...nak je aku ketuk2 pale dia ni, dia ni mmg terkenal 1 kg, mama panggil penghulu.


K'7 akhirnya yang terakhir gak...mama dapat Pia, mase aku Form 4, malu beb dah besar dpt adik lagi.hahaha, kena bahan pulak tu ngn budak2 class, aku ingat mase tu tgh2 dok dlm class, blh pulak ada siren ambulance, kena bahan aku, sue mak ko dah nak bersalin, okeh fine.... adik aku yg bongsu ni, harap2 bongsu laa...haha..macam kurang zat besi, vitamin sume ada, dah lebih kurang mcm etnik rohigya aku tgk, kulit dia gelap ckt, kesian ni sll kena buli, hahaha...tp rajin belajar, otak dia cekap cikit dari yang lain2, setakat dia darjah lima mmg x pernah tukar kelas, dok duduk kelas pertama je... tahniah pia...plg x tahan nak jd model, ye la piah jd la... 


Ohhhh akhirnya....abis gak cite adik2 aku yang aku sayang sgt2 ni.Akak dookan korang semua, rajin2 solat,kerja rajin2, berjaya hidup di dunia & akhirat...Luv u, Salam Sayang Akak Korang Yg Cantik.. 

26 Jun 2015

Suami & Terima Kasih

24 June 15, tgh sibuk2 buat kerja, mama call, akak, cik aa dah meninggal, serta merta air mata aku mengalir, cik aa, (Mohd Shahril B.Hamzah) adik mama yang ke 4, Inaliliahiwainalilairojiun, dari Allah kita datang, kepada Allah juga kita kembali, dlm kepala aku terus terbayang isteri & anak2 yang masih kecik 4 orang. Beratnya dugaan Kau Ya Allah buat mereka di bulan Ramadhan ni..

Cik a, meninggal kemalangan di tempat kerja, tengkuk tersekat di mesin. Allahu Akbar, Alhamdulilah di berikan kesempatan utk mencium dahi Cik A, buat kali terakhir, cik a tenang mengadap Ilahi, setenang org yg sedang tidur. Semoga Cik A, di tempatkan di kalangan orang yang beriman. Alfatihah.

Bila situasi ni berlaku dlm hidup aku, terus aku cuba menbayangkan kehidupan aku tanpa seseorang yang bergelar SUAMI, Ya Allah pedih ye rase hati, Suami seorg yang kenal luar & dlm kita, seorang yang ada disisi saat kita terjaga dari tidur, seorg pendengar setia, seorg kwn yg setia, segala2nya kita serahkan hidup ini, perginya Cik A, buat aku terjaga bahawa SUAMI, adalah pinjaman dari Allah buat kita, buat aku tersedar hidup ini terlalu singkat, bila2 je Allah akan tarik pinjaman yang di beri, samada aku, atau dia.

Abang, terima kasih utk segala penat lelah abang, segala usaha abang utk kesenangan kita, terima kasih utk kasih syg abg, terima kasih utk segala kesabaran abg melayan kerenah syg, terima kasih kerana berusaha untuk menjadi seorang ayah yang terbaik, terima kasih sudi terima syg dlm hidup abg, terima kasih utk segala2nya yang abg berikan, In Sha Allah, ganjaran ada buat abg. Syg berharap untuk jd Bidadari abg di Jannah...

I Love U, Encik Muhammad Akmal Zakwan B.Mohamed Zahir

2 Jun 2015

Cardio, Minor Operation - Serdang Hospital Fibrilasi Atrium (FA)

21st May 15, aku baru je selesai operation kecik, di sebabkan masalah degupan jantung tidak normal, hohoho, takut je dgr, Alhamdulilah berjaya, wlpon doc ckp kecik, tp sakit ooo, ye la mana x ye, kena toreh kat peha kiri & kanan utk masukkan saluran tiub. Ada la jugak 1 jam lebih. Alhamdulilah jugak, sbb aku dapat kesan awal benda ni, kalau x mungkin sakit yang lain dtg. 

Aku ada la jugak baca2 pasal penyakit aku ni,Fibrilasi Atrium (FA) iaitu keadaan degupan jantung tidak normal berpunca daripada kegagalan impuls elektrik jantung semula jadi.  Sebenarnya mula2 kena mase aku pregnant x silap aku mase tu kandungan dlm 8 bln++,  1 mlm tu, tgh2 tidur tiba-tiba rase, x blh nak bernafas, mcm nafas tersekat kat kerongkong, aku x kejut pon Akmal, sbb fikir mgkin sekejap je kot, tp masa dl kepala, mungkin hari ni hari terakhir aku dlm dunia ni, mata melilau cari kelibat, yela org ckp lau nk meniggal malaikat ada. Adeh, lama jugak la aku terduduk kat birai katil, lps 15 minit, baru nafas aku, dengup jantung jd normal, &; benda ni aku mmg x pernah cerita kat sapa2.. 

Aku ingat, tu la last aku kena, mase kena 2nd time tu, aku tgh siap2 nak pi kerja, tp jantung tiba2 rase x normal, kali ni, x blh ngelak sbb Akmal nmpk muka aku pucat dah lain, dia ajak pi klinik kesihatan, smp sana, terus dorang suruh masuk bilik kecemasan, & check degupan jantung lbh 190, normal ialah 60 hingga 100 kali seminit. Dorang decide untuk hantar hospital serdang, naik la ambulance, first time dlm hidup naik ambulance, bukan makin kurang dengup jantung aku, makin laju, ada la, smp hospital, nurse tolak masuk bilik zon kritikal. Kena la tahan dalam 5 jam untuk check jantung, &  mase tu kena masuk ubat, mase masuk ubat tu hanya Allah je taw sakit dia, seolah2 badan macam masuk dadah, bila ubat tu masuk je dlm darah, automatic bdn terangkat sendiri... 

Start dari tu aku kena follow up case kat Serdang, tp taw je la kesabaran aku mmg berada dlm tahap mininum nak menunggu la, apa la, diknon dah g gov hospital, buat gaya pi gov, #xsedardiri hahaha, aku pon skip la pi followup, & padan muka, kali ketiga aku kena lg mase nak pergi breakfast, dah siap2 tiba2 jantung x blh control laju, terus zakwan anta pi hospital, smp2 biase la doc x membebel dl, dia membebel kemudian, bg aku sihat dl.haha pandai doc ni amik hati, kali ni br aku dpt ubat cair darah, lps 3 bulan, aku terus dapat date utk operation... pantas...

Alhamdulilah, sekarang rase sakit tu dah x da, aku harap lepas ni kalau preggy lg x da la  kena macam ni...




19 Mei 2015

Cinta , Kahwin & Keluarga

Tiba-tiba muncul idea untuk menulis, kesimpulanye aku malas nak buat kerja kat office hari ni..hahaha..sue jgn mkn gaji buta su, haram..aiyok.

Permulaan Cinta, 

Aku, &  Akmal, kitorang Kawan dari 1 Kelas, mase mula2 jumpa tu mmg aku ingat dia buruh kasar dari seberang, hahahahaha, seyes wei, bapak serabut seluar besar budget hiphop..rambut jgn ckp serabut, pakai lak baju lengan panjang, mengucap dlm hati, first day aku jumpa dia masa tu si Shada la kenal kan ye la dorang kan 1 kampung, 1 sekolah, rupa2 kitorg same kos, alahai..

Actually, kitorg kwn macam yang lain2, lepak kuar minum, buat assignment sama2 mase kat UKM, buat project media sama2, dia jenis yg blh pergi la, tp yg x tahan, dia jenis yang banyak tanye..hahaha, lenguh mulut nak jwp setiap soalan dia.. dlm mase 2 tahun 1/2 kawan x da apa2 yang pelik pon, aku pon dah taw dia ada awek, dlm hati, muka mcm ni pon ada org nak..hahaha, jahat taw..skg amik ko dah jadi laki, dia pernah tunjuk mase tu kitarg pergi Rumah sayidah, sbb kakak dia kawen, okey la muka awek yang penting aku lg Cantik, hahaha..

Perjalanan mase dunia Uni, mmg best, lg best kalau korang x bercinta, sbb korang bebas buat apa sahaja yng korang suke, nak berkawan ngn 10 lelaki dlm mase same konon ye cari keserasian hahaha, jimat duit, lepak dgn kawan2 sbb bile dah abs belajar, kawan2 ni korang kena tolak tepi sikit, sbb dah smp mase utk fikirkan dunia perjalanan sendiri, masing2 akan bawak haluan masing2..

Macam biase bila dah masuk dunia pratikal, yela masing2 dah jarang lepak2, pi makan sama2, ye la bz konon, tp aku x la, mmg free beb mase pratikal, aku pon sampai x tahu apa yang aku buat mase pratikal. One day, received text dari Akmal, wei jom minum, aku pon macam pelik je, mamat ni x pernah2 ajak minum, aku dah la mmg jenis bukan kaki breakfast, aku pon saje reply rindu aku ke wei?hahaha, & blh dia reply baik rindu kambing kat kampung...whatever....

Sbbkan aku pratikal sem last, aku pon decide x nak duduk hostel, kadang2 bila rase nak lepak aku pi la UKM, jumpa ijan & elle, mase tu aku ingat ktwg pi Pasar malam, best wei pasar mlm bangi, mmg aku rindu pasar mlm ni mcm2 benda ada, terserempak dgn Zakwan, mase tu dgn sorang awek, entah la tiba2 rase macam ada rase cemburu, ko gila..benda yang dtg secara2 tiba2,padahal sblm ni x pernah wujud. Penat aku pk. Rupa2 baru aku tahu tu Kakak dia, Zuhairah Hanim, aka kakak ipar aku..hahaha.

Aku pon sebnr ye x tahu macam mana permulaan cinta dgn Zakwan,hahaha, mase mula2 dia bg hint nak sweet2 lps ktrg balik makan steamboat, ktrg pergi berlima, aku, shada, sya, & zai, mase tu ada la dia ckp, ayat2 berbaur ngorat, i taw la, sbb dah biase kne ngorat.hahaha. Actually dia sorang yg seyes la, bila nak kuar dia call mama ckp nak kuar, dtg umah. okey, mase tu kaw2 kena perli ngn mama, ye la, dl kan aku suka2 kutuk, aishh simpang malaikat 44, nak kan zakwan.hahaha..

Perjalanan berkawan, sesi kenal hati budi, dlm tempoh 8 bulan, & decide utk pergi keFasa seterusnya, wlpn masing2 mentah, baru 23 beb, br Konvo, br nak kerja, keje pon biase2 je.. hahaha..


Betol x aku ckp dia serabut, hahaha...

Gmbr kenangan mase ni kat rumah Sayidah 
Aku pon x taw apa motif gambar ni..hahaha.

Time ni dah bercinta la, bru lps dpt scroll, yeahh

Aku suka gambar ni

p/s: Banyak gmbr yang dah ilang tp nsb baik aku jenis, cuci2 semua gmbr




Warna Warni Hidup 2020.

  Alhamdulilah lagi a few days kita nak ucapkan selamat tinggal 2020. Tahun ini memang tahun yang sangat tak disangka2 akan berlaku, siapa j...