Powered By Blogger

3 April 2018

Smart Kids Asia – 2018,


Weekend baru ni, Adni ada performance dekat KLCC Hall 2 sempena exhibition Smart Kids Asia, teacher dia sajalah hantar untuk buat persembahan, ada 6 student 6years yang attend untuk Krista Pusat Komersial Koi.

Event start pukul 5 petang, tapi teacher dia suruh ada dekat sana dalam pukul 5, aku & zakwan decide utk keluar rumah pukul 3.ooptg. Dalam pukul 1 tu si Adni pulak buat perangai tak nak pergi alasan dia takut ramai orang, pulak dah? Habis la yang selama ni dia buat konsert dekat tadika x ramai. Sesi memujuk pon bermula, pujuk dia ckp la kesian kat kawan2 dah buat latihan tiba2 kakak x pergi, nnt teacher mesti marah. Dia pulak sedu-sedu, last pergi gak mandi pakai baju.

Lebih kurang pukul 5.30 kami sampai biasalah janji melayu tambah hujan pulak memang la jem sikit jalan, sampai2 teacher dia ambil bawak tukar baju. Tengok tentative program performance start pukul 7.00 alahai lamanya. Sekali ada announce performance lebih kurang 15minute lagi. Okay la, dalam Hall 2 ada la banyak booth yang jual supplement, tution & art class, memang utk kanak-kanak. Dulu masa kerja Little Taiwan, selalu jugak si Patrick bawa datang Convention ni kalau ada Halal Fest. Apa la khabar dorang, yela dengar wife dia kena breast cancer stage 2. Hope she recover. Aku dah la selalu gaduh dengan bini dia time kerja.haha.

Turn Adni dengan kawan-kawan dia number 5, ada lebih kurang 11 tadika yang hantar contestant. Naik2 je pentas siap melambai2 tangan kat ayah dia, berlagak diva. Haha, punya lah tadi beria2 nangis x nak pergi. Habis je performance, teacher dia suruh tunggu sebab ada majlis penyampaian medal & sijil.

Sementara nak tunggu tu, ayah dia dah kena paw belanja main indoor park yang dorang bukak sebelah stage, RM15 untuk 20minute, tapi dapat diskaun RM5. X sempat habis 20min, dia dah nak keluar sebab kata teacher panggil, yela nak bab membzrkan duit ayah dia bagi kat dia. 

Semalam aku dapat wasap dari someone from Golden Place House katanya nak offer penginapan 2h1m dekat 4 resort terpilih, sebab aku ada isi surver masa kat KLCC, macam biasalah kena dengar ceramah dorang, kau dengar je. Hari sabtu ni ada preview. Okay gak tu haha. macam x biasa dengar je lepas tu abaikan amik voucher pergi holiday.haha


Pakai baju yang last year, performance yang sama Mukala Song.







29 Mac 2018

Siccin – Turki Horror


Masa tgh scroll fb Nampak la org duk share pasal cerita horror Turki, tajuk dia Siccin @ Jin, aku dah la memang minat tengok movie mcm ni, try la cari dekat Youtube, nasib baik ada sekali English subtitle. Ada empat movie, cerita dia memang best, bercampur baur ada sedih, takut tiba-tiba terkejut, sakit hati, haha. Cerita dia memang boleh layan. Ingatkan dekat negara asia je layan perkara khurafat ni dekat Turki pun boleh tahan dia punya bomoh, selalu tengak cerita seram Indonesia & Thailand je kan, kali ni layan cerita Turki pon best. Yang best tengok movie Turki cantik je semi photographic, angle camera, setiap shoot dia tu ada penceritaan dia. Movie pun based on true story.

Untuk Siccin 1, https://www.youtube.com/watch?v=LGcK__gYX8E&t=2s  kisah tentang Onzur, yang tangkap cinta dengan sepupu lelaki dia sendiri tapi cinta di tolak, sakit hati punya pasal, dia pi jumpa bomoh tapi malangnya jampi2 serapah tu memakan diri sendiri. Suka tengok muka Ceyda, comel je.

Siccin 2, huhuhu, cerita no 2 mula-mula cerita aku dah menangis sedu-sedu bila anak Hirican, Birol mati. Aku memang tak boleh tengok cerita kalau ada scene baby @ anak2 ni terbayang2 anak sendiri, emosi tengok. Dah la tengok kat office, nasib baik dua orang tu keluar lunch kalau tak mesti pelik apahal sedu-sedu depan PC. Tengok kubur dorang pon seram macam dalam hutan pon ada.


Siccin 3, kisah cinta pulak, cerita ini aku confius sikit tang nama, sebab selalu dekat m’sia nama Kader lelaki, dalam movie ni perempuan, teringat kedai Kader kat Sepintas.haha hari2 duk lalu bila duduk umah arwah opah.  Husband Kader ni tak dapat terima kenyataan isteri dia meninggal dunia, ambil keputusan untuk hidupkan balik isteri dia dengan pertolongan Jin, tapi isteri dia bukan hidup pun. Sedih jugak la. Bagi aku dalam tiga-tiga cerita aku suka yang no 2, sebab plot & ending dia memang tak boleh nak jangka. Nk tengok no 4, tapi belum ada subtitle BI lagi, tunggu la dah ada baru tengok kang x paham aku.



2 3 Hari ni kecoh dekat fb sebab ada seorang ni tengok dia kata sampai terkena batuk tak berhenti-henti, batuk sampai Rahim sakit, ye kot xberapa pasti sangat sebab dia bgtw jampi2 dalam movie ini semua menyeru Jin, entah aku bukan focus sangat tang jampi serapah dia, aku focus dekat visual je, apa yang di baca pon aku x paham, lg 1 aku bila tengok kebanyakkan aku slowkan volume ye la tengok kat office, gila pasang kuat? Dah la mengular. Sorry bos, lagi pun minggu ini memang aku x byk kerja. Banyak lagi cerita horror Turki dekat youtube, Cuma kalau nak tengok sekali sekala tu bolehla kalau dah hari-hari kau pun boleh jadi Jin x pun Hodja, sebab dah byk sangat jampi kau dengar. 





18 Mac 2018

Short Trip - Bukit Tinggi Pahang

Memang last minute plan, masa tgh kerja, pale duk pk nak pergi jalan mana ye yg pakai bajet minimum, hahaha, aku bkn kedek tp lebih kepada mengawal ekonomi keluarga, aku pun buat list belanja, minyak, tiket masuk toll, makan & wasap dekat zakwan, mcm biasa zakwan akan on je. Biasala bila dah hari jumaat kau memang mls nak buat kerjakan?

Aku call mama, Tanya mama nak ikut ke pergi bukit tinggi? Mama ckp dah org nak ajak mesti la pergi, ye la mama. Kami bertolak dari rumah pukul 7.30 pg, siap2 isi minyak top up touch n go, pergi amik mama & pia, official pukul 8.30 gak la br bergerak ke bukit tinggi. Masa dekat Toll Gombak dah start byk kereta maklumlah musim cuti sekolah, harap2 kat atas tu x ramai la org. Lebih kurang pukul 9.30 kami sampai, beli tiket dewasa RM 15.00 Kanak-kanak RM 8.00 (Bwh 2 tahun free).

Kami terus pergi ke Japenese Botanical, masa kami smp adalah dalam 10 kereta je, x ramai mungkin sebab awal lg. Xdala rasa sejuk sgt, walaupun ada atas bukit,hahaha. Nak mendaki 88 anak tangga memang mengah, semput aku. Lebih kurang 2 jam duduk kat situ, kami turun balik nak ke Colmar, masa turun tu best la laju je, jumpa la dua tiga orang perempuan duk Tanya kak, jauh lagi ke nak smp? Mengah sgt dah aku tgk, hahaha. Ada jugak yg mengandung, kalau aku memang x la nak mendaki time pregnant, pemalas.

Jarak antara Japenese Botani & Colmar agak jauh jugak, ada yg pilih naik shuttle @ tram, tp kami naik kete sendiri je senang. Jalan2 tangkap2 & tgk performance, smp la pukul 2.00. Sampai kat parking dah lapar, kami memang x makan kat Colmar, sebab mahai. Adik aku beli air tin kena RM 5.00, hamik ko. Nak jimatkan? Aku memang dh siap2 masak Spaghetti Bolognese. Kami berkelah dekat parking kereta, haha. Nikmat lepas tu turun pergi ke animal farm yang ni kena bayar asing, Dewasa & kanak2 RM 5.00. Kat sini boleh pegang arnab & rusa haiwan2 lain kena kurung. Nak bagi makannan dekat haiwan pon boleh tapi kena pi la beli makanan dekat kaunter. Kami idok ler, pegang je la.

Turun je dari Bukit Tinggil lebih kurang 3.30 kami singgah dekat RNR Genting Sempah, siap2 solat Zuhur, masuk je highway hujan lebat. Kami bawak mama pi makan kat Café DR.M, tempat kami berdating lagipun masa smp br pukul 4.30, sebab kedai ni ada buat happy hours dari pukul 3.00 smp 5.00 makanan goreng harga jadi RM3.90. Aku suka makan cucur udang dekat sini, ada jagung sedap. Dulu masa kerja dekat little Taiwan selalu jugak lunch dekat sini, harga pon boleh tahan.






















15 Mac 2018

Supraventricular Tachycardia - SVT & RFA Radiofrequency Ablation

Semalam sebelum balik kerja, aku dah mood  ke laut malas nak buat kerja saja la baca2 conferonce dalam IIUM Confessions. Sekali tgk ada yg tulis pasal SVT, http://iiumc.com/svt/#disqus_thread yep, memang pengalaman penulis ni lebih kurang dengan aku, pengalaman pasang holter, tu benci x boleh mandi dalam masa 24 jam. haha.,, Aku rase hampir 3 kali aku masuk red zone sebab benda ni. 2 kali sebelum operation & sekali lepas aku buat RFA Treatment (radiofrequency ablation)  br je last 2 weeks.

Mula-mula kena masa pregnantkan Adni, tp aku x pernah ambil apa2 treatment & senyap je x bagitahu sapa2,konon2 x nak susahkan org lain. Setahun lepas Adni lahir aku kena lagi, dalam 2013 tapi masa ni, Zakwan perasan yang muka aku pucat & nak pitam dia terus bawak g Klinik Kesihatan smp sana kena buat ECG, lps tu doc decide hantar ke Serdang Hospital, bila dah duduk dlm ambulance mmg la jantung kau rasa nak tercabut, 1st time kena campak ke red zone, doc on ubat & bila masuk je ubat ni automatik badan kau rasa bergetar.

Org malas mcm ni memang nak kena sebat, sebab aku x pergi pun follow up lps tu, end up kena lagi sekali, lps pindah masuk rumah sendiri, x silap masa tahun 2014 hujung tahun, bila dah kena campak red zone kali kedua, doc pon dah start bising aku pun kena fikirkan Adni, yela x boleh pentingkan diri sendiri, aku pi la follow up, doc suggest tuk buat RFA  bulan 5, 2015 masa operation ni kau boleh nampak apa yg doktor buat sebab ada monitor dekat tepi, firts step doc akan toreh sikit tanpa bius okeh,hewhew, dekat pangkal peha kiri & kanan untuk masukkan alatan macam tiub. Sakit, tp x boleh lawan sakit bersalin..huhu, Lepas je abis treatment kau tak boleh bergerak dalam tempoh 6 jam, kena baring ja. Kena juga la admit ward 2 hari, lepas tu tibai dapat mc seminggu. Cost buat RFA ni dekat Hospital Serdang tak sampai RM300 pun , tu pun company aku bayar. haha.. tak silap aku dari hasil bacaan, kos utk buat RFA dekat IJN almost RM30k above, tapi mungkin cepat, kalau kat Hospital Serdang kena tunggu turn tapi tak lama pun masa case aku tak sampai 5 bulan.

Alhamdulilah lps bulan 11, aku mengandungkan Aisha, doc ckp kalau mengandung xda apa2 masalah. Cuma yg letihnye kena follow up dekat KK & Serdang Hospital. Masa mengandung aku pernah jugak kena tahan wad sehari sebab rasa nak pitam, tp bila check ECG semua normal, mungkin penat lagi la mengandung masa bulan puasa. Sebenarnya sampai sekarang aku still kena follow up dengan cardiologi department tapi aku hold dulu sebab nak bagi tumpuan untuk Aisha dulu, hopefully after semua okay, aku plan nak continue checkup..

http://health.facty.com/ailments/heart/what-is-supraventricular-tachycardia-10-symptoms-and-treatments
https://en.wikipedia.org/wiki/Supraventricular_tachycardia


Image result for radiofrequency ablation heartcontoh masa kami buat RFA 

11 Mac 2018

Permohonan Tahun 1 2019 :)

Last week aku & zakwan cuti selesaikan hal sekolah adni, maklumlah next year anak I dah masuk darjah 1, oh my mcm x percaya, sebelum submit borong dekat sekolah pilihan kenalah register dekat online dulu, selalunya setiap 1 March,jam 10 pagi, sebab mak kau excited anak pertama pukul 8.45, masuk2 office je trs bukak server tp nan hado, dibuka smp 30.April,  https://public.moe.gov.my/  , borang online ni x da la susah sgt nak isi standard je. Cuma bab nak masukkan date imunisasi anak-anak tu macam blur sikit, sebab dalam buku rekod anak KKM guna singkatan & dalam kolum bulan yang sama.

Contoh :-
DTap/DT untuk Difteria, Pertussis, Tetanus
Hib untuk Haemophilus Influenza
IPV untuk Polio
MMR untuk Measles, Mumps, Rubella

So kena pandai2 semak bila date anak kita disuntik, masa register kat office aku x bawak buku pink so main agak2 je, lps tu submit permohonan, x pa kalau ada salah ada peluang 3 kali utk kita kemaskini. Lepas tu kena hantar dalam masa 14 hari selepas memohon. 

Pukul 9.30pg aku dah smp dekat SK Puchong Batu 14, smp je kat pakguard, dia cakap kerani yang incharge xda lps tu aku Tanya la, macam mana boleh xda, x kan xda sapa2 yg boleh accept borong? Sekarangkan dah bukak permohonan tahun 1, mestilah kena ada atleast seorang kerani utk standby x pon letak la memo sebarang urusan permohonan x boleh dibuat hari ni, kan senang, dia sakit hati kot dengan aku, Lps tu buat muka kerek dgn aku kalau x percaya pergi la naik, aku peduli apa naik je la.

Tekan loceng ada kerani keluar, see mesti la ada someone yg standby, kecoh betol pakguard ni. Selesai je hantar borong aku pergi ke sekolah agama intergrasi Kafa Al-thaqafah, sebelah sekolah rendah ni je. Ingat nak register sekali, risik2 la dengan ustazah kat sini, dia bagitahu sekolah ada 2 sesi, pagi x ramai dalam 30 org kebanyakkan yg sekolah sesi petang dekat Hang Ming. Petang ada lebih kurang 500 student, oh ramainya. Sekolah ni x da sediakan transit bayaran bulanan RM25. Aku just amik borang je lps tu cakap ngn zakwan, kita pergi tgk sekolah dekat belakang pasar cina tu nak?


Zakwan pon okay je, alang2 cuti ingat nak selesaikan & cr sekolah yang okay, kami pergi la, aku x ingat nama sekolah ni, sekolah dia kecik je, tempat dia x serabut sangat sebab bukan dengan jalan utama, sembang dengan ustazah, dia bagitahu student sini x ramai, masa kami datang dalam 10 org je sesi pagi, petang dalam 150 orang, memang x ramai. Sebab area batu 14 ni memang xda sekolah SRA, kelolaan Jais, kebanyakkan berbayar. Ustazah bagitahu, kalo student x ramai murid2 akan diletakkan dalam 3 kelas berbeza, cthnya darjah 1 & 2, 3 & 4 lebih kurang mcm tula. Kat sini pon xda transit, sebab dia kata x ramai parents yg nak hntr aku orng parents pertama yg risik2 pasal thn 1. Sebab kebanyakkan register dekat AL-Thaqafah. Yuran bulanan 30, kalau nak sekali mengaji, yuran tambahan 25ringgit. Okay la sangat2. Yuran tahunan, lebih kurang RM 300. Aku dengan zakwan decide utk hntr sini je. Cuma sekarang nak cr transport utk balik sekolah pagi & pergi sekolah petang. 

18 Februari 2018

KL Tour 2018

Cuti CNY tahun ni jatuh tengah bulan, tahun ni pon sedih xdok bonus haha, maka nak berjimba-jimba pun kena la cari tempat yg dekat2 je janji boleh bawak buah hati kami jalan-jalan, pon dah cukup bersyukur, belek2 hotel kat Agoda.com cari la hotel yg murah2 area KL, maka book la hotel Mandarin Court Hotel complete dengan breakfast 2d1n RM 96.40, bilik Superior Queen@2 Single masa kami datang check in katil queen dah xda x pa la single pon single la janji bilik dia selesa, view KL City shower dia pon ada bathtub sonok la Adni & Aisha.

Sebelum check, kami bawa jalan gi muzium negara tapi xda pon masuk main hall dia, sebab penuh gila, ingatkan xramai org datang, yela sapa nak g muzium sekali penuh ko, terpaksa park dekat platinum negara, sebab dia seberang jalan je kan. Kami masuk pameran yang percuma je,haha kata nak free kan? Masuk la pameran karikatur, banyak juga bahan2 bacaan komik lama2, tp x boleh nak bagi tumpuan sgt maklumlah Aisha mana suka kalau berdukung kerja dia berlari2 je. Puas nak berkepung laki bini, keluar je dari pameran karikatur Nampak pulak pameran Lagenda Pop Yeh Yeh, pergi la free kehkeh..

Ngam2 je keluar dari muzium pukul 2 ptg terus g cari makanan lunch bungkus makan kat hotel, siap2 check in, elok je check in hujan membasahi bumi, haha kesian dah kat Adni & Aisha ingat nak bawak mandi pool kat rooftop, Zakwan kata tunggu la kejap lagi reda la kot ujan, yg si kakak dah dok mengintai bila hujan nak benti, aku cakap ngn zakwan try la pi tgk kat atas mana tahu ada bumbung ke pool dia, rupa2 ye memang berbumbung, hahaha syok la dua2 tu hujan2 pon terjun dalam pool. Memang menyengat la sejuk dia, nasib baik xlama lps tu hujan berhenti elok je berhenti ramai pulak yg datang nak terjun pool.

Petang tu bawak dua2 jalan2 dekat Dataran Merdeka, nasib baik x ramai mat2 bangla & indon kat sini, yela KL ni dah macam negara dorang lagi2 musim cuti ni, semak je tgk. Mlm tu kami pi cari kedai makan yang arwah dikwan pernah belanja kami dekat Kg Baru, HR Steak House, masa kami sampai xda la crowded sgt, baca review kata x okay, tp time kami pergi elok je. Makanan smp cepat jugak xdala kena menunggu lama. Air Buah gelas besar pon baru RM2.50 okay? Hahaha jimat x? tp kalau dah murah jgn la mengharap sgt rasa buah tu pekat, adni complain napa air fresh orange dia x sedap.hahaha

Balik tu ingat nak bwk jln2 kat KLCC, tp nan hado masuk je kete dua2 dah tidur, mengantukla. Esoknya sebab breakfast dah include kami melantak jela, pakej breakfast utk 2 dewasa, kanak-kanak kena bayar asing tp kami x da kena bayar pon, kalau kena bayar memang rasa rugi Adni bukannya makan sgt. Lps je breakfast masing2 nak terjun pool. Siap2 check out bawa la anak2 g KL Gateway sebab aku ada beli voucher dekat Fave.Groupon utk indoor themepark. Sunyi gila shooping mall ni, masa wujud x wujud je. Ye la aku rasa byk sgt shooping mall dinaikkan area KL saja dah  berapa byk shoping mall baru buat.





























Warna Warni Hidup 2020.

  Alhamdulilah lagi a few days kita nak ucapkan selamat tinggal 2020. Tahun ini memang tahun yang sangat tak disangka2 akan berlaku, siapa j...