Memang last minute plan, masa tgh kerja, pale duk pk nak pergi jalan mana ye yg pakai bajet minimum, hahaha, aku bkn kedek tp lebih kepada mengawal ekonomi keluarga, aku pun buat list belanja, minyak, tiket masuk toll, makan & wasap dekat zakwan, mcm biasa zakwan akan on je. Biasala bila dah hari jumaat kau memang mls nak buat kerjakan?Aku call mama, Tanya mama nak ikut ke pergi bukit tinggi? Mama ckp dah org nak ajak mesti la pergi, ye la mama. Kami bertolak dari rumah pukul 7.30 pg, siap2 isi minyak top up touch n go, pergi amik mama & pia, official pukul 8.30 gak la br bergerak ke bukit tinggi. Masa dekat Toll Gombak dah start byk kereta maklumlah musim cuti sekolah, harap2 kat atas tu x ramai la org. Lebih kurang pukul 9.30 kami sampai, beli tiket dewasa RM 15.00 Kanak-kanak RM 8.00 (Bwh 2 tahun free).Kami terus pergi ke Japenese Botanical, masa kami smp adalah dalam 10 kereta je, x ramai mungkin sebab awal lg. Xdala rasa sejuk sgt, walaupun ada atas bukit,hahaha. Nak mendaki 88 anak tangga memang mengah, semput aku. Lebih kurang 2 jam duduk kat situ, kami turun balik nak ke Colmar, masa turun tu best la laju je, jumpa la dua tiga orang perempuan duk Tanya kak, jauh lagi ke nak smp? Mengah sgt dah aku tgk, hahaha. Ada jugak yg mengandung, kalau aku memang x la nak mendaki time pregnant, pemalas.Jarak antara Japenese Botani & Colmar agak jauh jugak, ada yg pilih naik shuttle @ tram, tp kami naik kete sendiri je senang. Jalan2 tangkap2 & tgk performance, smp la pukul 2.00. Sampai kat parking dah lapar, kami memang x makan kat Colmar, sebab mahai. Adik aku beli air tin kena RM 5.00, hamik ko. Nak jimatkan? Aku memang dh siap2 masak Spaghetti Bolognese. Kami berkelah dekat parking kereta, haha. Nikmat lepas tu turun pergi ke animal farm yang ni kena bayar asing, Dewasa & kanak2 RM 5.00. Kat sini boleh pegang arnab & rusa haiwan2 lain kena kurung. Nak bagi makannan dekat haiwan pon boleh tapi kena pi la beli makanan dekat kaunter. Kami idok ler, pegang je la.Turun je dari Bukit Tinggil lebih kurang 3.30 kami singgah dekat RNR Genting Sempah, siap2 solat Zuhur, masuk je highway hujan lebat. Kami bawak mama pi makan kat Café DR.M, tempat kami berdating lagipun masa smp br pukul 4.30, sebab kedai ni ada buat happy hours dari pukul 3.00 smp 5.00 makanan goreng harga jadi RM3.90. Aku suka makan cucur udang dekat sini, ada jagung sedap. Dulu masa kerja dekat little Taiwan selalu jugak lunch dekat sini, harga pon boleh tahan.
18 Mac 2018
Short Trip - Bukit Tinggi Pahang
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Warna Warni Hidup 2020.
Alhamdulilah lagi a few days kita nak ucapkan selamat tinggal 2020. Tahun ini memang tahun yang sangat tak disangka2 akan berlaku, siapa j...
-
Family Day – 2020. Wak Miah & Enjah 2-4 October 2020, adik beradik mama decide buat family date dekat Teratak Kabung, Janda Baik. Fu...
-
29/10/2017, Adni ada performance untuk annual concert dekat Golf Club Kinrara, event start pukul 9.30 tp kena dtg pkl 8.30 tp idok ye la kam...
-
Last week kami cuti lama, start dr 31hb.8 - 5hb.9, cuti dr Merdeka, Raya Haji smp la M'sia menang SeaGames KL 2017, Waw...hebat ko nyah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan