Powered By Blogger

27 Mei 2020

Cameron Highland Trip 2020







Our last trip untuk tahun 2020 sebelum Malaysia isytiharkan PKP/MCo  Perintah Kawalan Pergerakan start dari 18.03.2020-9.06.2020.. memang satu perkara yang belum pernah satu dunia hadap dalam masa yang boleh di anggap moden. Kami plan ke Cameron lepas balik dari kenduri anak pakngah zakwan dekat Alor Setar.

Masa ni sebenarnya dok pikir nak pergi ke tak, sebab 2 hari sebelum ke kedah WHO isytiharkan Covid19 as pandemic satu penyakit yang berbahaya  masih belum ada vaksin, so kita kena amik langkah pencegahan sendiri, basuh tangan, pakai mask every where yang kita nak pergi. Tak perlu keluar kalau tak ada urusan penting.

Kami balik alor setar sehari sebelum kenduri, sebab takut penat lagipun nak lepak ngn maklong dorang ni dkt hotel sambil mandi pool, lepas je kenduri kami terus gerak ke baling tidur rumah husna. Esoknya lepas breakfast kami bertolak dari Baling ke Cameron Highland ikut jalan Gerik, lebih kurang 4 jam jugak la, campur anak2 ko buat perangai lagi. Jalan belakang ni agak sunyi la kalau lalu malam mak aii seram, kalau kereta terjatuh gaung tak tahu la jumpa ke idok, menakutkan jalan dia.


Sampai je Cameron, double aa aishaadni soo excited maklumlah tak pernah sampai, adni pernahlah dtg tapi masa umur 5 bulan apa la yg dia ingat. Kami book hotel dekat tanah rata, sebab senang nak cari kedai makan, dobi pun ada, Cuma tapak pasar malam kat sini dah xda. Kami pun datang hari ahad mana nak ada pasar malam dah. Aktiviti masa trip kali ni tak banyak pun tempat kami terjah, kami just pergi Kea Farm, Ladang Teh & Mardi je, lepas tu singgah la kejap pasar pagi, Cuma sekarang tempat dia dah upgrade ada 1 tempat dorang buat macam kiosk.

Sekarang ni masing2 dah kematu dekat 3 bulan dah tak dapat pi mana2, nak ke taman mainan pun bahaya, nak ke pantai amik udara segar, pantai jauh. Hopefully cepat2 la Covid ni  terhapus, atleast ada vaksin pun bersyukur sangat2…

26 Februari 2020

Tesco 🚚 Delivery.. Pon Pon..

Rasanya dah Lebih dari 3 kali aku shopping guna apps tesco delivery ni.. Dulu mcm tertanya gak la, elok ke ayam dorang anta.. Entah2 ayam busuk ke.. Ikan dah lama ke.. Tapi rupanya brg yang dihantar setakat ni segar, cuma kalau ada brg yg kita order xda dorang akan replace dengan brg lain yg sama cuma lain jenama ja.. Cthlah kau order coco powder cap AA yg dihantar cap BB, boleh ja kalau kita return..

Senang betul hidup ni skrg shopping barang dapur.. Yg lg best hantar smp depan pintu, kesian jugak kt delivery guy ni.. Kena hantar smp Tingkat 3..cuma Kena hati2 la kita x tahu apa2 yg jadi kan ye la zakwan selalu oustation lepas tu pulak sabtu ahad ada je hal nak kena keluar.. Tesco ni memang memudahkan Kerja mak2 yg berkerja.. 🀭🀭🀭Lagi 1 kalau order pakai apps ni blh la kontrol belanjawan xda la terlebih2 sebab dah appear berapa jumlah yg bakal Kena Bayar.. Kalau pi tesco sendiri mesti terlebih kalau list 2 pages pun mesti ada ja brg2 lainπŸ˜πŸ˜‚. Bab payment pulak accept via card ja.. Not cash.. Yg penting mana2 brg yg x nak masa dorang hantar nnt dorang akan Cross dlm receipt Bayar barang yg kita amik ja.. Kos yg dorang amik kos delivery depends pukul berapa kita nak..

Sekarang ni hujung minggu kalau X keluar pun Kena settle kan kain baju, lagi2 anak dh start sekolah rendah. Kalau masa tadika baju x sempat kering boleh la pakai baju lain.. πŸ˜‚ Sekarang hari ahad ja Kena makesure baju2 sekolah 10pasang semua dah siap gosok.. Baju adik 5, Ibu 5 pasang campur seluar slack 5 dah 10..ayah dia pulak 5.. Kematu bontot kalau gosok baju ni.. Jd x yh penin pale nak curi masa beli barang dapur boleh la order ja.. X penat Xyh handle drama Anak2 aku kat tesco ✌️ni yang paling utama..






3 Februari 2020

Grand Beach Resort Port Dikson

Cuti CNY tahun ni plan asalnya nak lepak kat rumah maklumlah belum gaji, bonus pun x nampak bayang, tapi last minute mommy to be.. My SIL ajak pi ke melaka,  cuti public holiday mcm ni memang banyak la hotel dah sold out, kalau ada pun harga dia macam tel aviv.

Last2 kak anim book ja hotel pd. Kami pi 2h1m, bertolak dari Puchong Lebih kurang kul 8, smp dekat pukul 10 pg. Jalan jem sikit cuti umumkan, sampai pd plan asal nak ke muzium, tapi aku ajak zakwan pi PD Ostrich Farm, ticket utk 2dewasa 2 kanak kanak rm50.. Ada banyak lagi pakej lain tp kami ambil yg standards ja.. Lagi pun sampai dekat kul 11, matahari dah terpacak..

Tempat dia x berapa besar sangat. Dalam ni ada jual satey & omelette ostrich tapi kami x cuba pun.. Zakwan 2 3 kali ajak cuba tp aku geli.. 🀭🀭🀭 Takut muntah. Kat dalam ni ada la haiwan lain, rabbit, donkey, goat.. Birds2..gitew..

Kami lepak dekat 2 jam dalam tu lepas tu zakwan ajak makan cendol durian dekat stall luar kaunter. Cendol dia sedap berbaloi la harga semangkuk RM10.. Sementara tunggu kak anim sampai dari melaka.. Lepas lunch baru kami check in hotel tapi tu la sementara nak dapat bilik Kena menunggu la.. Sebelum check in tu dorang ada la persembahan lion Dance. Dung dung cheng... Hotel dia ni agak lama. Perabot pun sedih sangat.. Kayu kerusi & meja dah nak patah.. Tp yg best swimming pool dia agak besar.. Pantai pun belakang hotel ja.. View hotel superb.. Cantik Sgt..

Lepas check out baru kami ke plan asal melawat muzium tentara.. Besar rupanya muzium dia. Sambil tu perhatikan abam2 askar tengah berlari2.. Masa kat sini ramai gak pelancong dari China tp sebab aku skeptical sikit cepat sebab coronavirus kan. Terus aku ajak zakwan balik 😭.. Ye la Kena berhati hati Lebih sikit skrg ni.. πŸ˜” πŸ˜”.

Lepas balik holiday Kerja sehari. MC dua hari sakit mata.. Mesti bos bebel dalam hati baru dapat bonus terus mc. Sorry bos.. Mata I buat hal.. 🀭🀭 X percaya bonus dah masyukkkk...

2 Januari 2020

Happy 2020 & 1ST Day School



Alhamdulilah, masih lagi bernafas dengan izin Allah, dulu2 selalu terbayang macam mana lah kehidupan bila dah masuk tahun 2020, rupanya dah jadi isteri & ibu untuk dua puteri. As usual selalunya new year memang x pernah celebrate pun..memang dari kecik, smp ke sekarang aku tak pernah pi mana2 tempat untuk celebrate, nak celebrate apo pukul 10 mlm kepala dah ada kat bantal.

This year sekolah start 2nd Jan, bila dah jadi mak2 untuk dua anak yang dah start sekolah busy la sikit pagi2 I, rutin sebulan cuti sekolah dah bertukar, pukul 5.30pg dah start bangun prepare breakfast,lunch lepas tu pakaikan tudung si kakak, ye la tahun ni berlagak sikit x nak pakai tudung sarung dah senior..hahaha.. Tahun ni turn SRA Sesi Pagi, masih kelas yang sama 2 Arrazi, SKPM pula sesi petang tukar nama kelas ke Kelas 2 Saga..

Preparation anak2 aku dah siapkan 2 minggu awal, senang tak dalah terkoncoh bila nak buka sekolah. Almost barang2 anak aku beli online, dekat shopee, dari bag, tudung, singlet, scaft, stoking, pencil2 hahaha.. sebabnya kalau bawa dua2 pergi shopping kesabaran tahap kulit bawang kau di uji, muka aku dah boleh bertukar jadi warna pelangi…langkah paling selamat online je lor, lg pun masa 12.12 sale semua free delivery kan indah je,. Klik-klik tunggu je J&T hantar x pun post laju, jimat minyak kesabaran aku pun masih tebal..Cuma kasut sekolah je memang kena beli dekat kedai, tu pun bercinta nak cari, meragam yg ni x nak, nak yang ni..lepas tu x nak pulak tu br 1 brg kau bayangkan utk barang2 yg lain..

Cerita pasal adik, yeayy dia dah 4tahun, tadika Permataku Bestari, entah lah banyak sgt nama tadika ni kejap Raudah Islamic Montessori, kejap best kids..haha. biasalah tadika baru, banyak benda yg kena diperbaiki..Masa mula2 hantar mulalah drama dia, dalam kereta dah pesan don’t cry, masuk tadika menangis x berhenti, drama taw…Teacher dia kata biasa lah ni, teacher dia pun dah masak sgt dengan perangai bambam ni..

Aku memang dah ckp ngn Zakwan setiap tahun, I nak makesure 1st day anak sekolah kita yang uruskan, biarlah ada moment yang indah untuk anak2 kenang…Sementara tunggu sikakak balik dari SRA pukul 11.05pg, kami pi breakfast dekat gerai mama, lps tu amik si kakak, makan2 kt rumah, hantar ke SKPM, sesi petang mula pukul 1.20pm smp 6.10. Apo logi sementara ada masa kami lari pi dating..haha sempat la tengok wayang cerita IP Man Finale, sedih la cerita ni..ending ip man mati sebab kanser..movie ni aku memang follow since no 1 tengok dekat wayang..Tips nak ticket murah Bayar lah pakai touch go ewallet, RM10 perticket, tp syarat dia kena beli dekat kiosk kami pi tgk wyg dekat tgv dpulze. Cuma harga kanak2 still remain rm9.

Masa berdua ni lah baru boleh berpegangan tangan, kalau bawak dua bodyguard tu sorang dengan aku, sorang dgn bapaknya.. taktahu la kalau ada no 3, mana nak letak..








30 Disember 2019

Perbezaan Rumah Subsale & Under Construction.


Alhamdulilah rezeki / nikmat dunia yang Allah bagi, tahun kami di berikan rezeki untuk rumah kedua. Kali ni berbeza sikit urusan pembelian rumah dari rumah yang pertama. Banyak beza beli rumah subsale & under construction lagi2 bab duit.. menguji keimanan & kewangan..haha..


Rumah Subsale
Under Construction
Rumah
Pangsapuri Cempaka
Kita Bayu – Rumah Bandar (TownHouse) Upper Unit
Status
Freehold – Non Bumi (Tertakluk pada Lembaga Perumahan Sel.)
Leasehold – 99 Years -Bumi
Harga
RM84000
RM409900/ After Rebate @ deposit 10% pemaju RM368,910
Booking
10% - RM8400
RM 2000
Loan
90% - RM 77400
90% RM368910+MRTT
Lawyer Fees
Estimated RM 9000 (SNP&Bank)
FOC – waiver by developer
Rate Loan
4.8% - OCBC Islamic Loan
4.4% CIMB Islamic Loan
Montly
RM 380
RM1818
Insurance
RM750  (MLTT) – Yearly Cover RM77400
RM 24000 (MRTT) Cover RM305+++ Lumpsum – include dalam loan
Valuation
RM 600
N/A
Maintaince Charges
RM 38.50
RM 130
Pro&Cons
1.Perlu sediakan wang yang banyak sekaligus macam kami lebih kurang RM19000, hasil pinjam duit ayah RM9000, yang lain saving kami.

2.Macam biasa kena pastikan semua bil, cukai, outstanding buyer dah settlekan semua.

3.Kerosakkan kena tanggung sendiri, cat berwarna – warni, kos untuk betulkan rumah saja lebih kurang RM 1500


1.Tak perlukan sediakan wang sekelepuk, tapi kena makesure ada lebihan duit setiap bulan untuk bayar progress payment –
Cthnya 10%, 50% dalam tempoh 24 bulan/lebih, depends pada agreement, kena selalu follow up dengan bank, mcm kami Tanya bank berapa maximum progress claim yg kena bayar smp vp, banker kata RM 1+++, maknanya kami kena allocate duit sikit2.

2. Kena selalu followup dengan bank, pastikan bank disburse dekat developer ikut stage yang dinyatakan kalau tak masa ambil kunci masalah lain pulak timbul, mungkin kena bayar penalty sebab lambat interest.

3.Selalu lawat tapak project



Apa-apa pun niatlah beli rumah untuk keselesaan keluarga, walaupun mungkin banyak benda yang terpaksa di korbankan.. lepas ni dah x boleh la nak selalu keluar jalan2.. spend time duduk dlm rumah baru berbaloi bayar mahal2..hahaha..ayat nak sedapkan hati.. Harap-harap April 2021  rumah kami siap tanpa sebarang masalah. So far developer LBS top 5 developer dekat Malaysia..Harapnya keputusan kami beli rumah yang baru ni tak salah.


29 Disember 2019

Hi Tea~ Atmosphere 360

Finally merasa la jugak makan kat sini walaupun sekadar hi tea. Hahaha.. Last 2 weeks masa tgh scroll fb ada link share info traveloka buat promotions kaw2, I apa lagi pantang nampak benda murah haruslah rembat.. Ginilah nasib rakyat marhean m40🀣🀣...

Memang murah la promo hitea dalam rm18/adult RM13/kids.. Total 4beranak dlm RM60. Okey lah kan compare dgn harga biasa dorang RM60 tu 1 pax tuk adult. Actually aku book 25hb December sebab plan nak celebrate anniversary yg 8 kat sini.. Masa nak ke step payments tu agak heng la jugak apps traveloka ni.. Biasa la benda murah sapa yg x nak kan.. Alhamdulilah ada rezeki.. Tp after 1 week customer service call inform 25hb block date utk krimas so blh reschedule @ refund.. So I pilih utk reschedule sebab teringin nak mkn sambil berpusing.. Gitew

Kami sampai dlm pukul 1.30 tp parking azab nak dpt Last2 keluar parking dekat open space depan balai polis dang wangi per entry rm6, naik mycar ke sana dlm rm7. Tp ada code promo byrlah rm5je.. Okay la kan..

Sampai2 solat zohor dulu, tp Betul2. X puas hati dgn surau dia kecik gila. X sesuai dengan Tempat pelancongan, aku rasa besar lg surau shell. Apo la tu blm lg yg x solat duk melempek dlm tu tunggu kawan sakit hati kita..lepas tu br kami pi redeem vouchers Kena beratur biasa lah ramai gila org weekend kan. Ada dua que tuk ke sky deck & restoran.. Staff akan guide utk ke lift sbb dorang pakai akses card.. Sapa yg nak ke restoran boleh pergi ke observation deck dulu.. Sebab pukul 3.30pm baru boleh masuk restaurant. Puas ronda2 kami naik je tangga ke restaurant.

Makanan dia x berapa onzzz sangat sikit je mcm murtabak, pancake, kek2, sup2, aiskrim, lemang n rendang, ada lah nasi goreng cina & nasi ayam. Lebih kurang mcm breakfast dekat Hotel 3bintang.😜😜
Cuma suasana dia yg mahal makan berlatar belakangkan Klcc, & Kuala Lumpur..staff kat sini agak friendly boleh tlg snapkan gambar, tu yg penting kan..











15 Disember 2019

BirthdayTripAdni ~ Bangi Wonderland


Last weekend, baru sempat bawa kakak pergi berjalan sempena birthday dia yg ke 7, besar dah anak sulung I, tuptup esok dah nak kahwin, alahai.. sedihnya.. Sebabkan birthday kakak hujung tahun, annual leave ibu pun dah habis kita bawa je tempat yang dekat-dekat, kali ni kami pilih ke Bangi Wonderland Theme Park, tempat dia bukan dekat Bandar Baru Bangi, iye iye dulu kami ingat dekat dengan UKM, hahaha, location dia dekat sangat dengan mcdonald bandar sri mahkota..

Tiket macam biasa kami beli online dekat wonder.fly, lepas compare dengan travaloka, & fave, wonderfly murah sikit plus ada potongan lagi 6%, so total kami 4 beranak pi berjimba dalam RM159/4, perpax RM39.75, murah compare kau nak kena beli dekat kaunter, dah la kena beratur panjang. Tp sygnya masa kami pergi seharian hujan, lepas tu ada lebih 4company buat family day, kau bayangkan betapa crowdednya tempat ni…nak tukar date x boleh, ticket bukan boleh refund, lagi  pun kau dah janji dgn anak, jgn sekali2 break the promise…gitew, kalau x kau dengar dia punya ungkitan 8hari8mlm.

Kami sampai lebih kurang pukul 10, bertolak dari Puchong pukul 9.15am, jauh gak la. Sampai2 kami parking dekat basement rate rm6.00, masa tu memang dah ramai orang start beratur, rasanya yang join family day dah start awal, macam biasalah pi themepark kena check bag. Sampai2 terus cari port utk letak barang, kami x sewa pun locker, kat sini ada cabana @ pondok sewa dalam rm75, mahai, baik buat makan mcd, lagipun anak2 dah besar, kalau ada baby sesuai la utk sewa selesa sikit. Masa kami sampai ni khemah utk public seating memang xda org lg kemas barang apa yg patut, lgpun kami memang dah pakai baju renang dari rumah..senang aku x pyh pk nak cari toilet..hahaha..
Kat sini makanan dia kebanyakkan set RM12 include air tin, Cuma yang x berapa best portion nasi ayam dia sikit sangat, aisha makan x cukup, hahaha…ada macam-macam menu, staff/lifeguard pun ramai, rasa safety sikit la anak2 main..So far aku rasa zakwan 2 attraction ja yang dia x cuba, yang lain semua dia pulun, yg x cuba tu pun sebab kena ada 4 orang, lagipun ada hari minggu memang kena beratur pjg, x syok sgt nak main..haha. Kat sini kebanyakkan mainan ni berat badan ko kena make sure bawah 80kg, kalau sado sgt jangan bermimpi korang dapat main, kesian aku tgk budak2 badan sasa berat over langsung x boleh main...sedih akk tgk dikk..

Kami kat sini dari puku 10 sampai ke 5 ptg, hujan memang x berhenti langsung, alhamdulilah hujan dia jenis renyai2, bukan yang pakej guruh+petir, tu lagi si kakak dah sound ibu jangan ajak balik kul 3 ya.. I kena sound u.. Sebab memang dah plan nak stay lama, kami bawak 2 set baju tuk mandi, ngam2 masuk waktu zuhur, aku gilir-gilir dgn zakwan pi mandi & tukar baju solat, lepas tu sambung main balik sampai pukul 5, masa ni orang memang dah start kurang, ye la lagi 1 jam nak shutdown, masing2 berebut la nak mandi, yg best kat sini toilet & changing room banyak, jadi x da isu x cukup tempat nak mandi.


Balik tu kami singgah mcd jarak dalam 4km ja, lapar gila, ye la makanan dia portion sikit sangat, bila dah berendam comfirmlah lapar. Kesimpulannya aku & zakwan pk, lepas ni kena avoid dtg weekend, kami kena ponteng keje, utk berjimba sorry bos..dan aku rasa lepas ni kena datang lagi nak tgkp gambar puas2 sebab hujan, mood nak bergambar dah lari…







Warna Warni Hidup 2020.

  Alhamdulilah lagi a few days kita nak ucapkan selamat tinggal 2020. Tahun ini memang tahun yang sangat tak disangka2 akan berlaku, siapa j...