12.5.2018, birthday Zakwan yang ke 30..hoho tua dah laki aku.. mula-mula plan nak pergi ke Kajang guna voucher free, tapi boleh guna time weekdays je sayang pulak cuti nanti tinggal x banyak, lps tu plan nak ke PD sygnya khemah yang aku beli kat lazada belum sampai lagi, so kena la fikir tempat lain dengan kos minimum.hahaha..
Aku decide pergi hulu langat mandi air sungai je la, kami pergi tempat yg sama celebrate anniversary last year. Mula tu singgah dekat tapak pondok lubuk manggis tapi tempat dia x berapa sesuai untuk anak-anak kecil, air dia agak laju & deras, so kami pergi la tempat yang dah pernah pergi yang penting Adni&Aisha happy main air.
Bangun pagi siap2 masak untuk picnic, malam sebelum tu aku dah gigih buat kek coklat sendiri..hahaha kesian laki i sejak kawen baru firts time dia potong kek, selama ni celebrate tanpa kek. Sempat la masak spagetti bolognese, goreng nugget masak nasi, panaskan lauk asam pedas leftover lauk sehari sebelum.haha best layan asam pedas tepi sungai.
Kami sampai awal pagi gak dalam pukul 9.30, biasa la jalan x jem orang belum balik lagi dari mengundi, sonok la depa sakan cuti, #GE14 dalam sejarah, aku adalah orang yang tak tidur utk dengar keputusan.. puas beb..
Sampai je kami sewa pondok dalam 27ringgit, masa kami sampai ada keluarga yg tgh buat gahtering, satu keluarga je, campur kami jd 2 keluarga je yg ada dekat situ. senang kalau ada pondok mana tahu tiba-tiba hujan boleh la berteduh memang hujan pun dalam pukul 2 ptg, nasib kami memang dah siap2 nak balik.
13 Mei 2018
11 April 2018
99 Wonderland - Selayang
Semalam, Aisha ada check up dekat
HKL, sebelum ke HKL, kami pergi singgah sekejap Golden Palaces, Mines hantar
voucher 2d1n yang dorang bagi sebab pergi review hotel dorang, hahaha. Biasalah
lepas tu dia akan convince kami untuk sign up membership, memang idok la kami
nak tambah komitmen kami yg sedia ada. Salesgirl ni siap Tanya berapa monthly
yang kami mampu bayar? Aku Tanya balik berapa minimum yang dorang offer, dalam
RM 300/M kemudahan 8d7n free hotel, 300 belum termasuk annual fees yang kena
bayar dalam 40++ sebulan, compare antara SGI Vacation dengan under Membership Country
Homes, better country homes, sebab kau akan dapat medical screnning free,
facilities free, mcm nak mandi pool dekat hotel anytime, nak guna gym hotel pon
anytime, datang je. Kalau aku memang banyak duit lebih bolehla nak labur, sebab
aku memang suka pergi jalan2.
Dalam form voucher tu dia bagi
kita letak 3 date, tapi kena dari hari Isnin – Khamis, public holiday x boleh,
biasa la nama pun free mesti la macam-macam syarat dia bagi, ada 4 pilihan,
country homes kajang, Langkawi, Cameron Highland & Golden Palaces. Aku
decide pergi Kajang je, sebab dekat, date pulak 14 & 15 Mei ngam2 birthday
Zakwan, 12 May. Rupanya kalau amik Kajang dapat resort 3 bedroom capacity 6
pax, bolehlah bawak mama & ayah, dekat dengan mothers day kan?
Lebih kurang 3.30 baru kami
sampai HKL, appointment kul 2.00, biasa kami memang datang lambat sikit, sebab
selalunya turn Aisha memang yang akhir, aku pun x taw napa. Pukul 5 baru nama
Aisha kena panggil, Alhamdulilah darah
dia drop dari 9 ke 2.9, kebetulan doc yang sama operate Aisha consult kami
semalam, dia pun macam tak percaya dah nak masuk 2 tahun.
Balik tu Zakwan Tanya nak pergi
ke 99 Wonderland tu? Sebab minggu lps tak dapat pergi hujan lebat lepas amik
darah Aisha, aku pun on je la bila lagi nak pergi sementara cuti lepastu free
smp 13/4/18 je, nanti kena bayar. Alang2 dah kat KL, tengok waze pun dalam
25min je dari HKL, kami sampai lebih kurang pukul 6.30, tempat dia memang dekat
sangat dengan pasar borong selayang. Jangan risau parking di sediakan, tapi
kena bayar la RM 5. Kalau x nak bayar parking je la tepi2 jalan kalau rasa x
menyusahkan penguna lain.
Masuk je kau akan nmpk signage I
LOVE BN, hahaha, amik kau, Zakwan Tanya x nak amik gambar kat sini, sian abe
ajib. Buat semak hp je, tempat dia dalam bentuk pusingan, one way, ada cruise
kalau naik kena bayar 10ringgit x silap, lepas tu Nampak la itik2, angsa,
merak, ayam turki, budak2 suka la datang sini, makanan utk itik saja dah rm5.00
kalau kau nak beli, masuk je free lain2 kau kena bayar. Lepas tu kau akan Nampak
patung2 haiwan calendar lunar. Masa sampai tempat rusa & ostrich ada la
yang jual sayur carrot & kacang pjg RM5, utk bagi haiwan makan, Adni dah nangis
nak duit, kami buat x taw je smp ada budak yg jaga tu nak bg, hahaha, nmpk x
tips dia. Kami bukan kedekut, jimat. Lebih kurang 1jam dalam tu
pusing-pusing kami keluar sebab nak pergi solat, singgah la dekat Shell, sebab
kalau nak ke surau dekat situ takut ramai.
3 April 2018
Smart Kids Asia – 2018,
Weekend baru ni, Adni ada performance dekat KLCC Hall 2 sempena exhibition Smart Kids Asia, teacher dia sajalah hantar untuk buat persembahan, ada 6 student 6years yang attend untuk Krista Pusat Komersial Koi.
Event start pukul 5 petang, tapi teacher dia suruh ada dekat sana dalam pukul 5, aku & zakwan decide utk keluar rumah pukul 3.ooptg. Dalam pukul 1 tu si Adni pulak buat perangai tak nak pergi alasan dia takut ramai orang, pulak dah? Habis la yang selama ni dia buat konsert dekat tadika x ramai. Sesi memujuk pon bermula, pujuk dia ckp la kesian kat kawan2 dah buat latihan tiba2 kakak x pergi, nnt teacher mesti marah. Dia pulak sedu-sedu, last pergi gak mandi pakai baju.
Lebih kurang pukul 5.30 kami sampai biasalah janji melayu tambah hujan pulak memang la jem sikit jalan, sampai2 teacher dia ambil bawak tukar baju. Tengok tentative program performance start pukul 7.00 alahai lamanya. Sekali ada announce performance lebih kurang 15minute lagi. Okay la, dalam Hall 2 ada la banyak booth yang jual supplement, tution & art class, memang utk kanak-kanak. Dulu masa kerja Little Taiwan, selalu jugak si Patrick bawa datang Convention ni kalau ada Halal Fest. Apa la khabar dorang, yela dengar wife dia kena breast cancer stage 2. Hope she recover. Aku dah la selalu gaduh dengan bini dia time kerja.haha.
Turn Adni dengan kawan-kawan dia number 5, ada lebih kurang 11 tadika yang hantar contestant. Naik2 je pentas siap melambai2 tangan kat ayah dia, berlagak diva. Haha, punya lah tadi beria2 nangis x nak pergi. Habis je performance, teacher dia suruh tunggu sebab ada majlis penyampaian medal & sijil.
Sementara nak tunggu tu, ayah dia dah kena paw belanja main indoor park yang dorang bukak sebelah stage, RM15 untuk 20minute, tapi dapat diskaun RM5. X sempat habis 20min, dia dah nak keluar sebab kata teacher panggil, yela nak bab membzrkan duit ayah dia bagi kat dia.
Semalam aku dapat wasap dari someone from Golden Place House katanya nak offer penginapan 2h1m dekat 4 resort terpilih, sebab aku ada isi surver masa kat KLCC, macam biasalah kena dengar ceramah dorang, kau dengar je. Hari sabtu ni ada preview. Okay gak tu haha. macam x biasa dengar je lepas tu abaikan amik voucher pergi holiday.haha
29 Mac 2018
Siccin – Turki Horror
Masa tgh scroll fb Nampak la org duk share pasal cerita horror Turki, tajuk dia Siccin @ Jin, aku dah la memang minat tengok movie mcm ni, try la cari dekat Youtube, nasib baik ada sekali English subtitle. Ada empat movie, cerita dia memang best, bercampur baur ada sedih, takut tiba-tiba terkejut, sakit hati, haha. Cerita dia memang boleh layan. Ingatkan dekat negara asia je layan perkara khurafat ni dekat Turki pun boleh tahan dia punya bomoh, selalu tengak cerita seram Indonesia & Thailand je kan, kali ni layan cerita Turki pon best. Yang best tengok movie Turki cantik je semi photographic, angle camera, setiap shoot dia tu ada penceritaan dia. Movie pun based on true story.
Untuk Siccin 1, https://www.youtube.com/watch?v=LGcK__gYX8E&t=2s kisah tentang Onzur, yang tangkap cinta dengan sepupu lelaki dia sendiri tapi cinta di tolak, sakit hati punya pasal, dia pi jumpa bomoh tapi malangnya jampi2 serapah tu memakan diri sendiri. Suka tengok muka Ceyda, comel je.
Siccin 2, huhuhu, cerita no 2 mula-mula cerita aku dah menangis sedu-sedu bila anak Hirican, Birol mati. Aku memang tak boleh tengok cerita kalau ada scene baby @ anak2 ni terbayang2 anak sendiri, emosi tengok. Dah la tengok kat office, nasib baik dua orang tu keluar lunch kalau tak mesti pelik apahal sedu-sedu depan PC. Tengok kubur dorang pon seram macam dalam hutan pon ada.
Siccin 3, kisah cinta pulak, cerita ini aku confius sikit tang nama, sebab selalu dekat m’sia nama Kader lelaki, dalam movie ni perempuan, teringat kedai Kader kat Sepintas.haha hari2 duk lalu bila duduk umah arwah opah. Husband Kader ni tak dapat terima kenyataan isteri dia meninggal dunia, ambil keputusan untuk hidupkan balik isteri dia dengan pertolongan Jin, tapi isteri dia bukan hidup pun. Sedih jugak la. Bagi aku dalam tiga-tiga cerita aku suka yang no 2, sebab plot & ending dia memang tak boleh nak jangka. Nk tengok no 4, tapi belum ada subtitle BI lagi, tunggu la dah ada baru tengok kang x paham aku.
2 3 Hari ni kecoh dekat fb sebab ada seorang ni tengok dia kata sampai terkena batuk tak berhenti-henti, batuk sampai Rahim sakit, ye kot xberapa pasti sangat sebab dia bgtw jampi2 dalam movie ini semua menyeru Jin, entah aku bukan focus sangat tang jampi serapah dia, aku focus dekat visual je, apa yang di baca pon aku x paham, lg 1 aku bila tengok kebanyakkan aku slowkan volume ye la tengok kat office, gila pasang kuat? Dah la mengular. Sorry bos, lagi pun minggu ini memang aku x byk kerja. Banyak lagi cerita horror Turki dekat youtube, Cuma kalau nak tengok sekali sekala tu bolehla kalau dah hari-hari kau pun boleh jadi Jin x pun Hodja, sebab dah byk sangat jampi kau dengar.
18 Mac 2018
Short Trip - Bukit Tinggi Pahang
Memang last minute plan, masa tgh kerja, pale duk pk nak pergi jalan mana ye yg pakai bajet minimum, hahaha, aku bkn kedek tp lebih kepada mengawal ekonomi keluarga, aku pun buat list belanja, minyak, tiket masuk toll, makan & wasap dekat zakwan, mcm biasa zakwan akan on je. Biasala bila dah hari jumaat kau memang mls nak buat kerjakan?Aku call mama, Tanya mama nak ikut ke pergi bukit tinggi? Mama ckp dah org nak ajak mesti la pergi, ye la mama. Kami bertolak dari rumah pukul 7.30 pg, siap2 isi minyak top up touch n go, pergi amik mama & pia, official pukul 8.30 gak la br bergerak ke bukit tinggi. Masa dekat Toll Gombak dah start byk kereta maklumlah musim cuti sekolah, harap2 kat atas tu x ramai la org. Lebih kurang pukul 9.30 kami sampai, beli tiket dewasa RM 15.00 Kanak-kanak RM 8.00 (Bwh 2 tahun free).Kami terus pergi ke Japenese Botanical, masa kami smp adalah dalam 10 kereta je, x ramai mungkin sebab awal lg. Xdala rasa sejuk sgt, walaupun ada atas bukit,hahaha. Nak mendaki 88 anak tangga memang mengah, semput aku. Lebih kurang 2 jam duduk kat situ, kami turun balik nak ke Colmar, masa turun tu best la laju je, jumpa la dua tiga orang perempuan duk Tanya kak, jauh lagi ke nak smp? Mengah sgt dah aku tgk, hahaha. Ada jugak yg mengandung, kalau aku memang x la nak mendaki time pregnant, pemalas.Jarak antara Japenese Botani & Colmar agak jauh jugak, ada yg pilih naik shuttle @ tram, tp kami naik kete sendiri je senang. Jalan2 tangkap2 & tgk performance, smp la pukul 2.00. Sampai kat parking dah lapar, kami memang x makan kat Colmar, sebab mahai. Adik aku beli air tin kena RM 5.00, hamik ko. Nak jimatkan? Aku memang dh siap2 masak Spaghetti Bolognese. Kami berkelah dekat parking kereta, haha. Nikmat lepas tu turun pergi ke animal farm yang ni kena bayar asing, Dewasa & kanak2 RM 5.00. Kat sini boleh pegang arnab & rusa haiwan2 lain kena kurung. Nak bagi makannan dekat haiwan pon boleh tapi kena pi la beli makanan dekat kaunter. Kami idok ler, pegang je la.Turun je dari Bukit Tinggil lebih kurang 3.30 kami singgah dekat RNR Genting Sempah, siap2 solat Zuhur, masuk je highway hujan lebat. Kami bawak mama pi makan kat Café DR.M, tempat kami berdating lagipun masa smp br pukul 4.30, sebab kedai ni ada buat happy hours dari pukul 3.00 smp 5.00 makanan goreng harga jadi RM3.90. Aku suka makan cucur udang dekat sini, ada jagung sedap. Dulu masa kerja dekat little Taiwan selalu jugak lunch dekat sini, harga pon boleh tahan.
15 Mac 2018
Supraventricular Tachycardia - SVT & RFA Radiofrequency Ablation
Semalam sebelum balik kerja, aku dah mood ke laut malas nak buat kerja saja la baca2 conferonce dalam IIUM Confessions. Sekali tgk ada yg tulis pasal SVT, http://iiumc.com/svt/#disqus_thread yep, memang pengalaman penulis ni lebih kurang dengan aku, pengalaman pasang holter, tu benci x boleh mandi dalam masa 24 jam. haha.,, Aku rase hampir 3 kali aku masuk red zone sebab benda ni. 2 kali sebelum operation & sekali lepas aku buat RFA Treatment (radiofrequency ablation) br je last 2 weeks.
Mula-mula kena masa pregnantkan Adni, tp aku x pernah ambil apa2 treatment & senyap je x bagitahu sapa2,konon2 x nak susahkan org lain. Setahun lepas Adni lahir aku kena lagi, dalam 2013 tapi masa ni, Zakwan perasan yang muka aku pucat & nak pitam dia terus bawak g Klinik Kesihatan smp sana kena buat ECG, lps tu doc decide hantar ke Serdang Hospital, bila dah duduk dlm ambulance mmg la jantung kau rasa nak tercabut, 1st time kena campak ke red zone, doc on ubat & bila masuk je ubat ni automatik badan kau rasa bergetar.
Org malas mcm ni memang nak kena sebat, sebab aku x pergi pun follow up lps tu, end up kena lagi sekali, lps pindah masuk rumah sendiri, x silap masa tahun 2014 hujung tahun, bila dah kena campak red zone kali kedua, doc pon dah start bising aku pun kena fikirkan Adni, yela x boleh pentingkan diri sendiri, aku pi la follow up, doc suggest tuk buat RFA bulan 5, 2015 masa operation ni kau boleh nampak apa yg doktor buat sebab ada monitor dekat tepi, firts step doc akan toreh sikit tanpa bius okeh,hewhew, dekat pangkal peha kiri & kanan untuk masukkan alatan macam tiub. Sakit, tp x boleh lawan sakit bersalin..huhu, Lepas je abis treatment kau tak boleh bergerak dalam tempoh 6 jam, kena baring ja. Kena juga la admit ward 2 hari, lepas tu tibai dapat mc seminggu. Cost buat RFA ni dekat Hospital Serdang tak sampai RM300 pun , tu pun company aku bayar. haha.. tak silap aku dari hasil bacaan, kos utk buat RFA dekat IJN almost RM30k above, tapi mungkin cepat, kalau kat Hospital Serdang kena tunggu turn tapi tak lama pun masa case aku tak sampai 5 bulan.
Alhamdulilah lps bulan 11, aku mengandungkan Aisha, doc ckp kalau mengandung xda apa2 masalah. Cuma yg letihnye kena follow up dekat KK & Serdang Hospital. Masa mengandung aku pernah jugak kena tahan wad sehari sebab rasa nak pitam, tp bila check ECG semua normal, mungkin penat lagi la mengandung masa bulan puasa. Sebenarnya sampai sekarang aku still kena follow up dengan cardiologi department tapi aku hold dulu sebab nak bagi tumpuan untuk Aisha dulu, hopefully after semua okay, aku plan nak continue checkup..
http://health.facty.com/ailments/heart/what-is-supraventricular-tachycardia-10-symptoms-and-treatments
https://en.wikipedia.org/wiki/Supraventricular_tachycardia
contoh masa kami buat RFA
Mula-mula kena masa pregnantkan Adni, tp aku x pernah ambil apa2 treatment & senyap je x bagitahu sapa2,konon2 x nak susahkan org lain. Setahun lepas Adni lahir aku kena lagi, dalam 2013 tapi masa ni, Zakwan perasan yang muka aku pucat & nak pitam dia terus bawak g Klinik Kesihatan smp sana kena buat ECG, lps tu doc decide hantar ke Serdang Hospital, bila dah duduk dlm ambulance mmg la jantung kau rasa nak tercabut, 1st time kena campak ke red zone, doc on ubat & bila masuk je ubat ni automatik badan kau rasa bergetar.
Org malas mcm ni memang nak kena sebat, sebab aku x pergi pun follow up lps tu, end up kena lagi sekali, lps pindah masuk rumah sendiri, x silap masa tahun 2014 hujung tahun, bila dah kena campak red zone kali kedua, doc pon dah start bising aku pun kena fikirkan Adni, yela x boleh pentingkan diri sendiri, aku pi la follow up, doc suggest tuk buat RFA bulan 5, 2015 masa operation ni kau boleh nampak apa yg doktor buat sebab ada monitor dekat tepi, firts step doc akan toreh sikit tanpa bius okeh,hewhew, dekat pangkal peha kiri & kanan untuk masukkan alatan macam tiub. Sakit, tp x boleh lawan sakit bersalin..huhu, Lepas je abis treatment kau tak boleh bergerak dalam tempoh 6 jam, kena baring ja. Kena juga la admit ward 2 hari, lepas tu tibai dapat mc seminggu. Cost buat RFA ni dekat Hospital Serdang tak sampai RM300 pun , tu pun company aku bayar. haha.. tak silap aku dari hasil bacaan, kos utk buat RFA dekat IJN almost RM30k above, tapi mungkin cepat, kalau kat Hospital Serdang kena tunggu turn tapi tak lama pun masa case aku tak sampai 5 bulan.
Alhamdulilah lps bulan 11, aku mengandungkan Aisha, doc ckp kalau mengandung xda apa2 masalah. Cuma yg letihnye kena follow up dekat KK & Serdang Hospital. Masa mengandung aku pernah jugak kena tahan wad sehari sebab rasa nak pitam, tp bila check ECG semua normal, mungkin penat lagi la mengandung masa bulan puasa. Sebenarnya sampai sekarang aku still kena follow up dengan cardiologi department tapi aku hold dulu sebab nak bagi tumpuan untuk Aisha dulu, hopefully after semua okay, aku plan nak continue checkup..
http://health.facty.com/ailments/heart/what-is-supraventricular-tachycardia-10-symptoms-and-treatments
https://en.wikipedia.org/wiki/Supraventricular_tachycardia
11 Mac 2018
Permohonan Tahun 1 2019 :)
Last week aku & zakwan cuti
selesaikan hal sekolah adni, maklumlah next year anak I dah masuk darjah 1, oh
my mcm x percaya, sebelum submit borong dekat sekolah pilihan kenalah register
dekat online dulu, selalunya setiap 1 March,jam 10 pagi, sebab mak kau excited
anak pertama pukul 8.45, masuk2 office je trs bukak server tp nan hado, dibuka smp
30.April, https://public.moe.gov.my/
, borang online ni x da la susah sgt nak isi standard je. Cuma bab nak masukkan
date imunisasi anak-anak tu macam blur sikit, sebab dalam buku rekod anak KKM
guna singkatan & dalam kolum bulan yang sama.
Contoh :-
DTap/DT untuk
Difteria, Pertussis, Tetanus
Hib untuk
Haemophilus Influenza
IPV untuk Polio
MMR untuk Measles,
Mumps, Rubella
So kena pandai2 semak bila date
anak kita disuntik, masa register kat office aku x bawak buku pink so main agak2
je, lps tu submit permohonan, x pa kalau ada salah ada peluang 3 kali utk kita
kemaskini. Lepas tu kena hantar dalam masa 14 hari selepas memohon.
Pukul 9.30pg aku dah smp dekat SK
Puchong Batu 14, smp je kat pakguard, dia cakap kerani yang incharge xda lps tu
aku Tanya la, macam mana boleh xda, x kan xda sapa2 yg boleh accept borong? Sekarangkan
dah bukak permohonan tahun 1, mestilah kena ada atleast seorang kerani utk
standby x pon letak la memo sebarang urusan permohonan x boleh dibuat hari ni,
kan senang, dia sakit hati kot dengan aku, Lps tu buat muka kerek dgn aku kalau
x percaya pergi la naik, aku peduli apa naik je la.
Tekan loceng ada kerani keluar,
see mesti la ada someone yg standby, kecoh betol pakguard ni. Selesai je hantar borong
aku pergi ke sekolah agama intergrasi Kafa Al-thaqafah, sebelah sekolah rendah
ni je. Ingat nak register sekali, risik2 la dengan ustazah kat sini, dia
bagitahu sekolah ada 2 sesi, pagi x ramai dalam 30 org kebanyakkan yg sekolah
sesi petang dekat Hang Ming. Petang ada lebih kurang 500 student, oh ramainya.
Sekolah ni x da sediakan transit bayaran bulanan RM25. Aku just amik borang je
lps tu cakap ngn zakwan, kita pergi tgk sekolah dekat belakang pasar cina tu
nak?
Zakwan pon okay je, alang2 cuti
ingat nak selesaikan & cr sekolah yang okay, kami pergi la, aku x ingat
nama sekolah ni, sekolah dia kecik je, tempat dia x serabut sangat sebab bukan
dengan jalan utama, sembang dengan ustazah, dia bagitahu student sini x ramai,
masa kami datang dalam 10 org je sesi pagi, petang dalam 150 orang, memang x
ramai. Sebab area batu 14 ni memang xda sekolah SRA, kelolaan Jais, kebanyakkan
berbayar. Ustazah bagitahu, kalo student x ramai murid2 akan diletakkan dalam 3
kelas berbeza, cthnya darjah 1 & 2, 3 & 4 lebih kurang mcm tula. Kat
sini pon xda transit, sebab dia kata x ramai parents yg nak hntr aku orng
parents pertama yg risik2 pasal thn 1. Sebab kebanyakkan register dekat
AL-Thaqafah. Yuran bulanan 30, kalau nak sekali mengaji, yuran tambahan
25ringgit. Okay la sangat2. Yuran tahunan, lebih kurang RM 300. Aku dengan
zakwan decide utk hntr sini je. Cuma sekarang nak cr transport utk balik
sekolah pagi & pergi sekolah petang.
Langgan:
Catatan (Atom)
Warna Warni Hidup 2020.
Alhamdulilah lagi a few days kita nak ucapkan selamat tinggal 2020. Tahun ini memang tahun yang sangat tak disangka2 akan berlaku, siapa j...
-
1)hehehehe ari nii dlm sj puase selama 8 hari, baru ari ni dpt buka mkn kt luar..sob2...ye la seblm ni kan ujan 2)hehehehehe mama tersyg dt...
-
Family Day – 2020. Wak Miah & Enjah 2-4 October 2020, adik beradik mama decide buat family date dekat Teratak Kabung, Janda Baik. Fu...
-
Barang-barang camping untuk yang dah ada family lagi2 anak kecik macam kami ni memang banyak yang kena senaraikan, aku rasa setakat ni kami ...












