Powered By Blogger

29 November 2015

What Pregnant?????

Sebelum tahu diri ni mengandung, Oh noo, lebih kurang seminggu jugak aku x sihat bdn, malas nak masak, nak bau apa2 pon jd x menentu je, Jumaat aku mintak ngn boss nak blik awal 1 jam plan nak g check up apa masalah bdn aku ni, sbb demam on off, muntah2 cirit birit semua ada. Pi klinik, doc check darah semua normal, demam mase tu pon light2 je, aku ngada2 mintak la mc, ye la sbb esok ye plan blh pergi kenduri kahwin pka awal ckit, tp tidok, lmbt gak, ye la penat... smp2 umah pka pon dkt pukul 5, sempat la sembang2 dlm 1 jam gitu..

Mlm tu jugak aku pakse Zakwan beli pregnant test sbb aku tgk tanda2 aku ni mcm org mengandung, pagi tu sanggup aku tahan kencing mase  nak solat subuh, sbb tertinggal pregnant test dlm kete. Mase nak check tu terketar-ketar la jugak tgn, bila naik je line keduaa, oh my , ada 2 line la...uhuk uhuk ase nak menangis, terkejut,  ye la kehamilan kali ni mmg x dijangka...waaa..... tp sbb kan aku still x percaya gigih aku ajak Zakwan pi scan nak compemkan betol2 mana la taw slh kan.

After breakfast, ajak Zakwan pi clinic Reddy tok scan, masuk2 je bilik doc, tanye bila last period aku main tibai je hahaha, ye la aku jarang ingat date aku period bila, ye la aku sll gak 2 bln sekali br period, so bila x period x da la aku jangka akan mengandung, aku pon  tibai la ckp 26 sept hahaha...tp aku suka doc ni x igat sapa name dia mmg ramah one by one dia terangkan mase sesi scanning.


Scan2 dpt la tgk dah 5 miggu dah anak ibu dlm rahim ni, patut la ibu rase x sihat je, perubahan hormon, tp mengandung untuk kali kedua ni mmg sgt mencabar, bukan setakat morning je, evening, night pon kena, makan pon x berapa lalu, but perot still besar.hahaha.... alhamdulilah Adni x demam, ye la sblm ni kalau tanye dia nak adik, comfirm ptg tu demam,hahaha...tp Adni skg mg sgt2 sensitif sikit2 nangis, kesian dia..ibu pon kadang2 rase macam buat awak terabai, sorry syg, bg ibu mase sikit tuk adapt hormon changing ni..


Ibu syg anak ibu, Nur Adni Humairah, & bakal adik awak ni, In sha Allah awal bln 1 ibu nak scan lagi sekali check progress anak ibu macam mane.


11 November 2015

Desa Water Park - Kuala Lumpur

Dah lama plan sebenarye nak bawak adni dtg sini, belek2 groupon tgk ada less tp time weekdays je.. x silap aku dlm 16 ringgit tok adult, harga biasa 37.20, so nmpk x jimat kat situ??? skrg zaman ajibul kena nak berjimat cermat..tq ajib...

Aku dah beli dari bln 9 lg, mmg plan nak pergi one day before deepavali, sbb blh cuti lama sikit, aku ingatkan x ramai la org ye la pergi hari isnin, tp uper ye semua spesis aku.hahahaha, spesis jimat masing2 beratur bawak tiket groupon...syabas beteh...

Okey la jugak kat sini, x jaw pon dr rumah dlm 27 minit gtu, & paling penting x pyh lalu tol, nmpk x kos percutian aku...sampai2 sane macam biase la kena beratur tok check beg..part ni aku mmg x suka sbb aku biase la mmg sentiasa bwk bekal dlm beg nak jimat.hahahaha, lg pon mknn kt tempat2 mcm ni sll ye x sedap mahal pulak tu, aku tgk hotdog seketui 2.50, apa kejadah je..tmbh ckit dapat beli hotdog ayam mas 10 biji.
Tips aku bila nak curi2 bwk mknn adalah : - 

1) Makanan letak dlm beg susu anak, utk yang ada anak kecik mcm aku mmg sesuai sgt.hahaha, sbb pakguard @ makguard bila nmpk beg baby mmg x check, padahal xtaw dlm tu aku tibai letak nasi goreng, nugget & chicken ball..hahaha

2) Mknn tu jgn la korang letak dlm bekas2 yg besar letak dlm bekas yang comel2 cikit, biar boleh selit2 kat celah2 baju ke, tuala ke...hidup kena bijak jgn jd mcm ajib...


Kt desa water park ni okey la tok kanak2 tempat dia pun bersih je..tuk bagi anak2 enjoy tu mmg la sesuai sgt..yg x best ye aku x pakai sun block, ingat muka ko suci murni kena matahari x terbakar, abis muka aku anak beranak..












23 Oktober 2015

The Power of Kasih Mama

Semalam, mama mengadu tak sihat, dah demam on off, kejap panas kejap sejuk, nak hantar g klinik x sempat, sbb abg nak pakai kereta. So aku ckp ngn mama, akak belikan mama panadol Activ5 dulu ngn air 100 plus, tgk hari ni macam mana, kalau still demam lagi aku ingat nak bawak pergi klinik ptg ni, sbb KK still bukak lg smp pukul 9.45mlm. Risau jugak, so mase nak bagi duit dkt Iyan, belek2 wallet tinggal 20 je balance tok belanje miggu ni, ada lagi 2 hari seblm ahad. Dlm hati kalau bg mama tinggal berapa je. Biase la tgh2 hujung bulan ni, dlm hati aku tekad, lantak la, duit habis tok mama je, esok mana tahu ada rezeki lain Allah bg. so aku bagi la Iyan 10 buat beli ubat & air 100plus. tinggal la 10 tok survive..

Pagi2 ni masuk masuk, Amber AKA Manager aku tanye u nak tahu sekarang ke berapa u punya performance bonus, sblm2 ni dia ada la jugak ckp u punye performance bonus tahun ni more than u punya gaji, tp aku x amik pusing sgt ckp dia kadang2 suka merapu..hahaha sory incik boss..aku ckp u bagi je la tahu berapa, nmpk sgt gelojoh ko.. ye la aku nak buat kira2 sbb duit roadtax yang aku simpan dah kena kikis tukar tayar kete bln lepas melayang 800, kejadah punye #najib.

Aku pon tunggu la smp ptg, x bgtaw jugak, end last aku buat trick pandang2 dia, hahaha nasib baik menjadi, dia panggil bgtaw u punye performance this year, around sekian...., okey mmg lbh dari gaji, terus berbunga2 hati aku hanya Allah je tahu. last2 smp nak balik aku still buat kira2 nak beli apa ye, tp x blh nak jimba2 jugak, tadika adni kena register dah ni.. hahahaha...x pala rezeki Adni & Keluarga aku. Alhamdulilah...

Nampak x point kat sini, sekecil mana pun pemberian kita pada Ibu&Ayah, asalkan Ikhlas, & Rehda, In Sha Allah ada ganjaran yang Allah sediakan.. Semoga mama & ayah pjg umur, sebabkan akak nak cuba yang terbaik utk mama & ayah, mcm mana yang mama & ayah bagi tok akak.. Doa akak setiap lepas Solat,

Ya Allah pjgkanlah umur Mama & Ayah, ampunilah dosa mereka, permudahkan urusan mereka, permudahkan rezeki mereka..Mati kan lah kita sekeluarga dlm Husnulkhatimah.

Akak syg mama & ayah..

Ikhlas
Anak mama yang cantik..

16 Oktober 2015

Tadika Survey 2015 (Nuradni Humairah Binti Muhammad Akmal Zakwan)

Kalau ikutkan tahun ni umur Adni ibu dah 2 tahun 10 bulan, lagi 2 bulan je nak masuk 3 tahun, besar dah anak ibu sorang ni.. next year ibu dah plan nak hantar ke tadika, sekarang ni ibu tgh survery mana-mana tadika yang okey, sebabkan ibu & ayah dah sepakat nak hantar adni ke chinese school, so bermula dari sekarang ibu akan hantar adni, biar terdedah sikit dekat dunia luar, asyik2 Opah, Atuk, Acik Pia, Upin Ipin, Frozen tu je la..

Aku kalau blh nak cari tadika yang bukan tekankan sgt pasal akademik, but more to social knowledge. Kat Puchong ni mmg byk sgt tadika yang wujud, tinggal sediakan duit je la..

Miggu lepas baru sempat survey2 monthly commitment for daycare & learning session, tu pon hasil carian google & by phone call, x sempat lagi nak singgah menyinggah bawa Adni.. Tp aku ni bengap jugak pi tanya monthly je..hahaha x tanye registration fees berapa, x sempat nak borak lebih2 maklum la guna harta intelek company...

Bawah ni ada la sikit list yang dah tanya, plan nak mencari lagi list tadika ni, tp mcm dah lmbt sekarang dah bulan 10, ayoook...penin ibu, kerja berlambak, nak kena cuti lagi pi check up, nak buat itu buat ni...alasan...
minggu depan ibu nak habiskan misi call tadika2 area Puchong yang convenient.  Dari 4 tadika yang ibu call miggu ni, aku rase Smart Reader paling okey yang lain tu ibu boleh pengsan tgk yuran dia.


Day Care
Learning
Total
Location
Chinese
Smart Reader
255
295
550
Corner Lot
Yes
Saujana Puchong





No.43, Jalan SP9/4, Saujana Puchong
Postal code/ZIP : 47100
03-8062 5855 (Sheern)





Q DESS
349
360
709
Corner Lot
Yes
Tmn Puchong Utama 03-8066 6006





No. 24, Jalan PU10/1B,





Taman Puchong Utama, 47140 Puchong,





Ms Goh





D Excel Kids

520


Yes
No. 2, Jalan PU 10/6C





Taman Puchong Utama





47100 Puchong, Selangor, Malaysia





012-3211356 (Ms Ng)





Krista Taman Putra Perdana 
Nil
240

Corner Lot
No
GM 1A Jalan Putra Perdana 5D/1,
No day care



english
Taman Putra Perdana, 47130 Puchong




medium only
Person In Charge : Ms. Gauri





Tel : 012-309 5684 











24 Ogos 2015

Calculator Si Pembawa Bekal :)

Oh yeeahh, ari ni dah 25hb Aug, gaji lmbt la pulak...hahaha tp x kisah pon gaji lambat @ x sbb aku dah beli bahan2 untuk masak selama seminggu, mcm ni lah rutin aku, setiap hari aku akan masak utk breakfast, & lunch merangkap dinner, bagi aku tabiat bawak bekal ni dah sinonim, sbb dari tadika smp la sekarang, aku mmg jenis org yang suka bawak bekal, ingat lg time duk asrama mase belajar, setiap kali balik, mesti mama akan bekalkan macam2 sbb dia tahu anak dia kuat makan..hohoho,  yg plg penting siap bwk tok anak2 angkat dia lg, hahaha...

Sebenarnya bwk bekal ni byk kelebihan ye, lagi2 kalau kerja jauh dari tmpt makan, ye la nak kena kuar makan, lunch 1 jam je, nak kena drive lg, duk menunggu nak amik makanan lagi... kalau u alll bawak bento ke office mmg senang, kenapa aku cakap jimat tgk kira2 aku kat bawah ni, ni aku punya kira2,

Breakfast : Nasi Lemak Kosong  = RM 1.50
Lunch : Nasi Cmpr + Air = RM 7.00
Dinner : Apa2 je la = 5.00
Total  =  13.50 * 2 (Sbb laki bini ) = RM 27 henget Sehari.. * 5 = RM 135 seminggu.

Kalau macam aku every week, spent RM 100 utk beli bahan mentah & sayur, so nampak x? RM 35 balance ko blh spend, tok makan yang sedap2 every weekend, @ ko blh simpan tuk melancong, @ emergency case.

Lagi pun dengan masak la ko blh dapat byk pahala, sambil masak, berselawat, berzikir, titik2 peluh yang keluar itu pahala, sbb menyenangkan suami & anak2. Tapi kalau rase penat, jgn paksa diri, mungkin dalam seminggu, 4 hari bawak bekal, 1 hari makan kat luar, bersosial ngn kwn2 office...

Just my 2cents..

16 Ogos 2015

DNA Lembu, Susu & Ustazah

First time aku tengok gambar ni di viralkan, aku x da rase marah, cuba rasa sedih, rendah diri, & pedih.. Yes, aku hanya berpeluang menyusukan Adni, selepas di lahirkan atas faktor masalah penyusuan. Selebihnya melalui pam & susu formula Lembu. 

Mungkin, Ustazah ni nak menyatakan susu ibu, adalah susu terbaik untuk anak. Ya dalam Alquran sendiri terkandung, betapa hebatnya susu IBU, sememangnya tidak dapat di tandigi oleh mana-mana susu Mahal yang ada dipasaram, tapi aku di uji, dengan masalah yang sememangnya tidak dapat diceritakan. Tp aku sgt2 terkesan dengan apa yang dinyatakan. 

Selama 10 bulan Adni dalam kandungan aku dah niatkan di dalam hati, aku nak bagi susu ibu, tanpa seberang campuran susu lain. Barang2 kelengkapan bayi pun aku susun penuh rapi, aku x pernah terfikir nak beli Botol SUSU ke, Pam Susu ke, sbb mase tu just fikir habis pantang, baru nak beli, utk persediaan berkerja, tp Takdir yang Allah bagi penentu segalanya. Selepas Adni lahir, aku cuba untuk susukan dia, Adni tercari2 arah untuk menyusu, sedih tu hnya Allah je yang tahu, menangis2 dia nak menyusu, bila nurse tgk, dia paham yang aku mmg x boleh susukan anak, dia amik Adni, bawak pergi satu sudut, aku terfikir mungkin mase tu dia bagi Susu Formula dekat Adni, sbb lepas 20 minit Adni tidur lena. TQ nurse, sbb memahami keletihan seorang ibu yang baru lepas melahirkan.

Benda yang paling menyakitkan aku bila ada sedara sendiri kata OKU pon boleh susukan anak, aku hanya boleh menangis, terdiam & rehda dengan apa yang Allah bagi. Smp satu tahap aku bagitahu Zakwan, aku dah x nak mengandung, sbb aku x nak seksa anak aku. Alhamdulilah sepanjang Adni minum susu formula, x pernah kena penyakit yang teruk, x da masuk hospital, x da alahan, mungkin ini bahagian lain yang Allah bagi, & dia sekarang dia membesar bagai Juara, Terima Kasih Allah

Kadang2 tu rase iri hati sangat2 bila tgk gambar susu ibu dalam peti ais, melimpah ruah, kenapa aku x da macam ni,  kenapa aku yang kena dugaan ni, kenapa Adni..Maafkan Ibu sayang (NurAdni Humairah) 
Rehda dengan Ujian Allah, pasti ada hikmah terselindung di sebalik sesuatu. 

14 Ogos 2015

Tugas Kau & Aku

Sekarang ni banyak  orang share pasal tggjwb isteri dulu & sekarang, perbandingan dulu & sekarang. Kononnye dulu isteri hantaran 60henget, sekarang 60000, tp isteri dolo2 ciap segala bagai dari A-Z. Okey perlu ke compare dari segi hantaran? what the??? Bagi aku masalah sekarang ni bukan dari segi hantara, tapi dari segi adab & etika, tanggungjawab, nilai kasih syg & kemalasan laki bini. Kalau ko bg 30k pon kt bini ko, tpi kalau dia mmg jenis yang baik hati, mesti semua kelengkapan rumah tersedia rapi, dapat pulak ko bg 5k je, tp bini ko dah tahap bebal malas nak mampus, same je, no point hantaran rendah@mahal.

Bagi aku tugas isteri & suami tetap sama dari dulu & sekarang, cuma sekarang cabaran berumah tangga tu lagi banyak kot.. Mcm aku rutin harian lepas kahwin, same je la, layan suami, & tp mase mula2 kawen aku stay rumah mama, so, x la aku bgn awal2..hahaha, sume mama yang masak, kdg2 mama yang tlg jemurkan baju..  I luv u mama...hehehe.

But, after 2 years, dah pindah rumah sendiri, segala rutin harian aku berubah, baru aku tahu nikmat seorang ibu & isteri yang berkerjaya...ushhh mmg menguji kesabaran, tp semua tu menjadikan aku lebih matang. Rutin bermula seawal 6.00 pg, aku akan mula bertinju di dapur, tips aku untuk yg senang nak masak pg2 make sure malam sblm tidur aku dah potong2 segala bahan yang nak di masak, kalau nak goreng malam2 dh gaulkan dengan kunyit, sayur pon dah dipotong. Semua ni bergantung pada kerajinan sebenarya. Stail aku dah siap masak lauk, turn Encik Suami pulak masak nasi, mandikan Adni, buat susu Adni, nampak x kat situ, kerjasama antara suami isteri ni sebenarnya jadikan semua kerja lebih mudah, x da la bini ko hegeh2 buat semue, ko goyang segala benda...

Macam ni la rutin harian aku, cuma kadang2 bila smp mood malas aku memang x masak, buat2 terbangun lambat..Antara suami & isteri  bagi aku komunikasi 2 hala mmg penting, jgn cakap dia je dengar, jgn pulak cakap ko je kena dengar..Nama pun dah jd suami isteri, segala benda kita kongsi, apa slh ye kita berkongsi tanggungjawab, konsep sama je macam nak dptkan ANAK. Perempuan perlukan Lelaki, Lelaki perlukan Perempuan..lain la kalau ko jenis tetttttt.....

Dari segi kemas rumah, baju & anak, aku & zakwan mmg akan bahagi2 tugas, Such as, aku basuh, lipat & gosok baju, Zakwan akan jemur & angkat baju. Kemas rumah pon sama, aku mengemas dia pi bawak adni main jauh2 supaya x kacau aku mengemas. Aku dah siap masak dia akan basuh segala pinggan mangkuk. Cuma kadang2 aku tanya jugak abg x kisah ke buat semua ni, & dia selalu je jwp xda apa2 lah..


Carta Rajah di atas sememang ye sukar nak di aplikasikan masa sekarang ni...Please laa, jgn banding2 kan nilai hantaran dulu, kini & selamanya...


*pssstt : terase, sbb zakwan kata hantaran aku mahai..hahaha..ada aku kisah?





15 Julai 2015

Nyawa Saya

Ayah, Mama, Aku, & Adik-adik....

Okey aku Aku ada Ayah yang sgt Hensem.. Encik Rambly Jambol & My mama hot Puan Mariah Ulfah Hamzah, me, anak sulung dari 7 orang adik beradik, ada lagi 6 orang berderet-deret dkt bawah ni..mama ooo mama kenapa la bg akak adik ramai-ramai ni... wlpn ramai, tp x terase sgt ramai, sbb time sekolah aku banyak habiskan masa kat asrama... peluang tuk aku lari dr jaga adik..hahahaha.... Bijak x?
So siapa yang ada adik ramai blh guna tips ni.. belajar rajin2 masuk asrama...niatttt....

Adik Aku K'2 

Mohd Alief Rambly, kat rumah just call alip...biase la kitorang xda, angah ke, along ke, ajang ke.. x da okeh... kitorang tua setahun jee..biase la bila jarak x jauh ni bergaduh tu benda biase, bukan calang2 gaduh, ada gak la smp bertumbuk, aku rasa mama ada simpan lagi gambar aku bergaduh, ushh sempat gak amik gambar, adik aku ni ada sakit Asma mase kecik2 la, skg aku rase kurang sikit kot. 

K'3 Mohd Alham. 

Dia ni agak berlainan cikit hahaha, kulit dia ala2 Indian gitu, mama ckp mama x suka supervisor tempat dia kerja dulu tu yang di kenan..kecian ko aam..kat area rumah org panggil dia botak, aku x taw la pasai apa, mulut peramah ni, kuat makan, x dapat makan sentap, tp aku suka adik aku ni, senang utk mintak tolong, bdn dia sasa cikit dr alip yang kurus kering, sll jd mangsa haha apa2 je semua suruh dia, angkat almari la, angkat peti ais la.. bdn sado.. tp x tahan, cewek bila tgk hisdutan & tamil, bila part sedih je buat2 tutup muka coverline bek punya....setia beb...x tahan tu, tp muka awek sume alahaiii..


K'4 Siti Sarah, aku kecik2 ingat ni adik aku yang last dah xda adik lg lepas ni...tp.... dia ni kitorang pangil baby, motippp... smp ke besar terpanggil baby... mulut dia suka ckp main lepas jee...rajin kerja, cuti2 sekolah ke mesti kerja, tp matlamat dia satu je x nak buat kerja rumah, ko ingat akak x tahu?? now dia tgh pratikal kat tempat aku, jd asst aku, hahahaha...kesian ko kan. Adik aku ni kecik2 je orang ye.. mcm budak darjah 6..katik..


K'5 Muhamad Alimran ohhhhhhh, ada lagi sorang, aku pon ingat ni yang last kot...tp..... dia ni punya perangai Ya Allah, hazab degil gila ni.. dia ni la yang paling lama minum susu ibu, tp mengalahkan orang mimum susu lembu, jd tolong jgn salah kan susu lembu okehhh... bakhil pulak tu, ni mmg aku jujur..ada sekali tu dia dengar ceramah agama kat masjid, balik2 nangis mintak maaf kt mama jgn x nak degil, seronok gila mama, tp tahan semiggu je...iyan2.. suka bergaya ala2 K-pop, besday kitorang sama... wlpn degil, nakal, dia tetap adik aku... 

K'6 Muhamad Adam , Okeh yang terakhir kot...tp...dia ni muka jambu, degil jugak ni, lagi 1 banyak cakap, mulut dia, pernah accident smp kena masuk besi kat peha, tu la degil, dah ckp jgn naik moto berlagak, kaki pendek, tp teruk gak, smp nangis ayah aku risau...nak je aku ketuk2 pale dia ni, dia ni mmg terkenal 1 kg, mama panggil penghulu.


K'7 akhirnya yang terakhir gak...mama dapat Pia, mase aku Form 4, malu beb dah besar dpt adik lagi.hahaha, kena bahan pulak tu ngn budak2 class, aku ingat mase tu tgh2 dok dlm class, blh pulak ada siren ambulance, kena bahan aku, sue mak ko dah nak bersalin, okeh fine.... adik aku yg bongsu ni, harap2 bongsu laa...haha..macam kurang zat besi, vitamin sume ada, dah lebih kurang mcm etnik rohigya aku tgk, kulit dia gelap ckt, kesian ni sll kena buli, hahaha...tp rajin belajar, otak dia cekap cikit dari yang lain2, setakat dia darjah lima mmg x pernah tukar kelas, dok duduk kelas pertama je... tahniah pia...plg x tahan nak jd model, ye la piah jd la... 


Ohhhh akhirnya....abis gak cite adik2 aku yang aku sayang sgt2 ni.Akak dookan korang semua, rajin2 solat,kerja rajin2, berjaya hidup di dunia & akhirat...Luv u, Salam Sayang Akak Korang Yg Cantik.. 

26 Jun 2015

Suami & Terima Kasih

24 June 15, tgh sibuk2 buat kerja, mama call, akak, cik aa dah meninggal, serta merta air mata aku mengalir, cik aa, (Mohd Shahril B.Hamzah) adik mama yang ke 4, Inaliliahiwainalilairojiun, dari Allah kita datang, kepada Allah juga kita kembali, dlm kepala aku terus terbayang isteri & anak2 yang masih kecik 4 orang. Beratnya dugaan Kau Ya Allah buat mereka di bulan Ramadhan ni..

Cik a, meninggal kemalangan di tempat kerja, tengkuk tersekat di mesin. Allahu Akbar, Alhamdulilah di berikan kesempatan utk mencium dahi Cik A, buat kali terakhir, cik a tenang mengadap Ilahi, setenang org yg sedang tidur. Semoga Cik A, di tempatkan di kalangan orang yang beriman. Alfatihah.

Bila situasi ni berlaku dlm hidup aku, terus aku cuba menbayangkan kehidupan aku tanpa seseorang yang bergelar SUAMI, Ya Allah pedih ye rase hati, Suami seorg yang kenal luar & dlm kita, seorang yang ada disisi saat kita terjaga dari tidur, seorg pendengar setia, seorg kwn yg setia, segala2nya kita serahkan hidup ini, perginya Cik A, buat aku terjaga bahawa SUAMI, adalah pinjaman dari Allah buat kita, buat aku tersedar hidup ini terlalu singkat, bila2 je Allah akan tarik pinjaman yang di beri, samada aku, atau dia.

Abang, terima kasih utk segala penat lelah abang, segala usaha abang utk kesenangan kita, terima kasih utk kasih syg abg, terima kasih utk segala kesabaran abg melayan kerenah syg, terima kasih kerana berusaha untuk menjadi seorang ayah yang terbaik, terima kasih sudi terima syg dlm hidup abg, terima kasih utk segala2nya yang abg berikan, In Sha Allah, ganjaran ada buat abg. Syg berharap untuk jd Bidadari abg di Jannah...

I Love U, Encik Muhammad Akmal Zakwan B.Mohamed Zahir

2 Jun 2015

Cardio, Minor Operation - Serdang Hospital Fibrilasi Atrium (FA)

21st May 15, aku baru je selesai operation kecik, di sebabkan masalah degupan jantung tidak normal, hohoho, takut je dgr, Alhamdulilah berjaya, wlpon doc ckp kecik, tp sakit ooo, ye la mana x ye, kena toreh kat peha kiri & kanan utk masukkan saluran tiub. Ada la jugak 1 jam lebih. Alhamdulilah jugak, sbb aku dapat kesan awal benda ni, kalau x mungkin sakit yang lain dtg. 

Aku ada la jugak baca2 pasal penyakit aku ni,Fibrilasi Atrium (FA) iaitu keadaan degupan jantung tidak normal berpunca daripada kegagalan impuls elektrik jantung semula jadi.  Sebenarnya mula2 kena mase aku pregnant x silap aku mase tu kandungan dlm 8 bln++,  1 mlm tu, tgh2 tidur tiba-tiba rase, x blh nak bernafas, mcm nafas tersekat kat kerongkong, aku x kejut pon Akmal, sbb fikir mgkin sekejap je kot, tp masa dl kepala, mungkin hari ni hari terakhir aku dlm dunia ni, mata melilau cari kelibat, yela org ckp lau nk meniggal malaikat ada. Adeh, lama jugak la aku terduduk kat birai katil, lps 15 minit, baru nafas aku, dengup jantung jd normal, &; benda ni aku mmg x pernah cerita kat sapa2.. 

Aku ingat, tu la last aku kena, mase kena 2nd time tu, aku tgh siap2 nak pi kerja, tp jantung tiba2 rase x normal, kali ni, x blh ngelak sbb Akmal nmpk muka aku pucat dah lain, dia ajak pi klinik kesihatan, smp sana, terus dorang suruh masuk bilik kecemasan, & check degupan jantung lbh 190, normal ialah 60 hingga 100 kali seminit. Dorang decide untuk hantar hospital serdang, naik la ambulance, first time dlm hidup naik ambulance, bukan makin kurang dengup jantung aku, makin laju, ada la, smp hospital, nurse tolak masuk bilik zon kritikal. Kena la tahan dalam 5 jam untuk check jantung, &  mase tu kena masuk ubat, mase masuk ubat tu hanya Allah je taw sakit dia, seolah2 badan macam masuk dadah, bila ubat tu masuk je dlm darah, automatic bdn terangkat sendiri... 

Start dari tu aku kena follow up case kat Serdang, tp taw je la kesabaran aku mmg berada dlm tahap mininum nak menunggu la, apa la, diknon dah g gov hospital, buat gaya pi gov, #xsedardiri hahaha, aku pon skip la pi followup, & padan muka, kali ketiga aku kena lg mase nak pergi breakfast, dah siap2 tiba2 jantung x blh control laju, terus zakwan anta pi hospital, smp2 biase la doc x membebel dl, dia membebel kemudian, bg aku sihat dl.haha pandai doc ni amik hati, kali ni br aku dpt ubat cair darah, lps 3 bulan, aku terus dapat date utk operation... pantas...

Alhamdulilah, sekarang rase sakit tu dah x da, aku harap lepas ni kalau preggy lg x da la  kena macam ni...




19 Mei 2015

Cinta , Kahwin & Keluarga

Tiba-tiba muncul idea untuk menulis, kesimpulanye aku malas nak buat kerja kat office hari ni..hahaha..sue jgn mkn gaji buta su, haram..aiyok.

Permulaan Cinta, 

Aku, &  Akmal, kitorang Kawan dari 1 Kelas, mase mula2 jumpa tu mmg aku ingat dia buruh kasar dari seberang, hahahahaha, seyes wei, bapak serabut seluar besar budget hiphop..rambut jgn ckp serabut, pakai lak baju lengan panjang, mengucap dlm hati, first day aku jumpa dia masa tu si Shada la kenal kan ye la dorang kan 1 kampung, 1 sekolah, rupa2 kitorg same kos, alahai..

Actually, kitorg kwn macam yang lain2, lepak kuar minum, buat assignment sama2 mase kat UKM, buat project media sama2, dia jenis yg blh pergi la, tp yg x tahan, dia jenis yang banyak tanye..hahaha, lenguh mulut nak jwp setiap soalan dia.. dlm mase 2 tahun 1/2 kawan x da apa2 yang pelik pon, aku pon dah taw dia ada awek, dlm hati, muka mcm ni pon ada org nak..hahaha, jahat taw..skg amik ko dah jadi laki, dia pernah tunjuk mase tu kitarg pergi Rumah sayidah, sbb kakak dia kawen, okey la muka awek yang penting aku lg Cantik, hahaha..

Perjalanan mase dunia Uni, mmg best, lg best kalau korang x bercinta, sbb korang bebas buat apa sahaja yng korang suke, nak berkawan ngn 10 lelaki dlm mase same konon ye cari keserasian hahaha, jimat duit, lepak dgn kawan2 sbb bile dah abs belajar, kawan2 ni korang kena tolak tepi sikit, sbb dah smp mase utk fikirkan dunia perjalanan sendiri, masing2 akan bawak haluan masing2..

Macam biase bila dah masuk dunia pratikal, yela masing2 dah jarang lepak2, pi makan sama2, ye la bz konon, tp aku x la, mmg free beb mase pratikal, aku pon sampai x tahu apa yang aku buat mase pratikal. One day, received text dari Akmal, wei jom minum, aku pon macam pelik je, mamat ni x pernah2 ajak minum, aku dah la mmg jenis bukan kaki breakfast, aku pon saje reply rindu aku ke wei?hahaha, & blh dia reply baik rindu kambing kat kampung...whatever....

Sbbkan aku pratikal sem last, aku pon decide x nak duduk hostel, kadang2 bila rase nak lepak aku pi la UKM, jumpa ijan & elle, mase tu aku ingat ktwg pi Pasar malam, best wei pasar mlm bangi, mmg aku rindu pasar mlm ni mcm2 benda ada, terserempak dgn Zakwan, mase tu dgn sorang awek, entah la tiba2 rase macam ada rase cemburu, ko gila..benda yang dtg secara2 tiba2,padahal sblm ni x pernah wujud. Penat aku pk. Rupa2 baru aku tahu tu Kakak dia, Zuhairah Hanim, aka kakak ipar aku..hahaha.

Aku pon sebnr ye x tahu macam mana permulaan cinta dgn Zakwan,hahaha, mase mula2 dia bg hint nak sweet2 lps ktrg balik makan steamboat, ktrg pergi berlima, aku, shada, sya, & zai, mase tu ada la dia ckp, ayat2 berbaur ngorat, i taw la, sbb dah biase kne ngorat.hahaha. Actually dia sorang yg seyes la, bila nak kuar dia call mama ckp nak kuar, dtg umah. okey, mase tu kaw2 kena perli ngn mama, ye la, dl kan aku suka2 kutuk, aishh simpang malaikat 44, nak kan zakwan.hahaha..

Perjalanan berkawan, sesi kenal hati budi, dlm tempoh 8 bulan, & decide utk pergi keFasa seterusnya, wlpn masing2 mentah, baru 23 beb, br Konvo, br nak kerja, keje pon biase2 je.. hahaha..


Betol x aku ckp dia serabut, hahaha...

Gmbr kenangan mase ni kat rumah Sayidah 
Aku pon x taw apa motif gambar ni..hahaha.

Time ni dah bercinta la, bru lps dpt scroll, yeahh

Aku suka gambar ni

p/s: Banyak gmbr yang dah ilang tp nsb baik aku jenis, cuci2 semua gmbr




18 Mei 2015

Gold Coast Morib - Yehah

Okay, now nak cerita la sikit pasai pi Gold Coast Morib, Banting, on 10 & 11 May 2015, aku beli voucher dekat www.cuti.my, dlm 176, okey la 2 hari 1 malam, sbb aku beli weekdays, lau weekend mau kena 3++, tujuan aku beli ni sbb nak celebrate Besday my laki, hahaha en.Akmal, jatuh 12 May, lgpun kebetulan 10 May kan hari ibu, celebrate je la sekali..hohoho...

Lagi pun dah lame sgt x pi holiday, buzy,plus masing2 baru tukar kerja. aku bertolak dari kul 1, lalu SKVE, baru aku tahu highway belakang rumah aku ni terus smp teluk panglima garang, aiyoo.. tp penin gak la nak cari tempat ni, maybe sbb baru pestime nak dtg, mase aku review pasai tempat ni ramai gak yang ckp x best, service out, maintenance x okey, tp aku redah je, sbb teringin nak pergi..hahaha..

Smp lebih kurang pukui 2 suku, nasib baik blh terus check in, mungkin sbb ari ahad, org pun dah ramai check out, tp yg x best, dpt bilik view parking, nak view theme park..gigih laki aku layan hahaha nak pi tukar, tp malang ye, x da dek non. x pa la rehda je la. Masuk2 bilik tgk alahai katil single 2, macam mana aku nak tido ngn laki aku???? ni dah rase x best, aku beli set suite. Nasib bek la katil boleh tolak2, okey la not bad, ada TV, HYPP TV, PETIAIS, HEATER, & Paling Best Jakuzi, ni aku suke..haha.

Sampai2 my adni, melompat2 okeh dah nampak theme park, theme park dia kecik je aku bayangkan besar gila..haha, tinggi sgt cita2, tp padan la dengan harga, dkt sini, ada rules dia, ada gelongsor yang kena main buka baju tok lelaki, perempuan kena pakai swimming suit. mmg x la aku lakibini nak naik.

First day, x da amik gambar pon, sbb hp, camera sume tinggal dlm bilik, plan aku esok jela nak tgkp2 gambar, lg pun blh kat sini, blh masuk utk 2 hari, dorang ckp blh je tanggal tag tgn, asalkan x hilang, ye la aku mmg x selesa ada tag kat tgn kalau nak tidor.

Mlm tu mmg x tahu nak makan kat mane, main redah je, last2 jumpa medan selera kot, dkt pantai Morib nasib baik kalau x kebuloq.

2nd day, voucher ni pon dah c/w breakfast, nasib baik makanan2 dia best, ktrg pon menyantap la dulu seblm pergi swimming lg, tp kali ni aku x blh nak nak main2 air sbb pakai baju warna putih, gatai sape suh.haha.


Penat la taip, bwh ni ada gambar2 yg best.







12 Mac 2015

Second Interview – SPA

24 Feb 2015, okay lg sekali aku attend interview SPA, Hohoho, rajin ko, kena paksa ngn laki, ikut hati malas dah nak pi, plan aku nak amik halfday je means pukul 1 blh balik & pergi interview pukul  3 macam yg dlm surat tu mention, but pagi2 aku received 1 call dari SPA, puan blh dtg pukul 1 x interview? What?? Aku pon ckp x blh la sbb dah arrange jadual ,tp dia ckp Dato’ panel interview suh tukar, okay sesuka hati je.. x pa la, aku pon ckp ngn manager I nak balik kul 12, sbb sempat je dari USJ KE Putrajaya.

Pukul 1.00, tepat weii aku sampai, kali ni, sampai2 x da org hahaha yg ni aku suka, tp yg sadisnya aku dah naik level 6, baru pasan tertinggal resume, choiii, dah la jaw park kete, turun la dgn muka sebek..naik2 ats letak surat & nama kena panggil, ohh x sempat nak bernafas, dah nak kena interview..

Saat2 yang di tunggu telah tiba..okay kat sini adalah tips diantara soalan2 yang di tanya untuk 
PENOLONG PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT GRED 27 , kali ni aku di interview oleh 2 orang panel lelaki.. selama hampir 45 minit ko.. letih menjawap. 

1) Sila perkenalkan diri anda
2) Ceritakan tentang latar belakang famili
3) Kenapa nak keje gomen? sdgkan gaji & jwtn skg dah lumayan...lumayan la sgt
4) Soalan yg selalu aku dapat, apa related kerja JKM dgn Mass Com?
5) Definisi Kanak2
6) 7 Golongan sasaran JKM
8) Punca2 penderaan terhadap kanak2
9) lain2 ditanya ttg job scope kerja skg.. 

Okay setakat ni je la tgn mampu taip 


11 Mac 2015

SPA - Interview 2015

hohohoho.... cite ni dah lama tp saja nak tulis, sbb bila aku google " soalan2 interview spa" kurang sangat.. so i pon try la nak tulis pengalaman sendiri, okay, pernah attend 2 kali interview, 1st

Jawatan Penolong Pegawai Tadbir gred berapa aku x ingat, x silap masa 2013, perghhh masuk2 hall interview je ramai siot, mmg dtg buang mase je dlm hati aku.. first step kena susun semua resume,sijil2 dan bla bla....

Aku di interview oleh 2 orang perempuan, seorang berpangkat Nenek yang aku rase dah sepatutnya dia bersara dari kerja pergi main dgn cucu, & seorang berpangkat MakCik di usia lewat 40an, aku x paham la napa dorang naikkan umur persaraan, yang paling baru umur 62 beb kalau blh nak bagi bersara, gila ke apa?

Muka 2 orang ni mmg ketat la, ye la aku rase ada dkt 50 lbh orng di interview, sesi interview mmg singkat, just suruh, baiklah sila perkenalkan diri, sambil belek2 sijil2 aku... & second question, kenapa nak kerja kelulusan SPM, sedangkan awak degree holder? Yes, aku pun jawap dah ni yang di offer x kan nak demand? kuang ajoo x? sbb aku tahu mmg x dpt..aku pon dah letih menunggu..at last dia pun tanye siapakah perdana menteri keLIMA, yang ni mmg kelako...aku jawap ajib..bodoh ko sue, najib no 6 la.. muka confident tahap cipan...

tu la pengalaman interview aku yang paling bongokss.. x pernah aku interview rase bongok mcm nii..hahahaha


26 Februari 2015

Kembali AKtif

Entah kenapa hari ni tiba-tiba terasa nak menulis, nak meluahkan perasaan, gila ke hapa?

Aku suka baca blog org kadang2 rase macam nak aktif balik tulis blog wlpn x da orang nak baca hahaha...

yes aku sedar diri...

Masih lagi berada di awal tahun ** wlpn dah nak masuk bln 3 2015, cuma aku terfikir, biar la aku menaip, s

supaya dapat jadikan kenangan,wlpn secara maya.. sebab kalau nak tulis dairi, compem 500% Adni aka

anak Zakwan, akan mula rampas pen & buku aku...

Pelbagai pegalaman sepanjang 2 bulan di tahun 2015, nanti la aku tulis, skrg bz... ada ke org kisah ko bzz??tettt...

Warna Warni Hidup 2020.

  Alhamdulilah lagi a few days kita nak ucapkan selamat tinggal 2020. Tahun ini memang tahun yang sangat tak disangka2 akan berlaku, siapa j...